jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Monday, December 28, 2009

selamat menyambut ulang tahun...

selamat menyambut ulang tahun...
yang pertama kali dalam sejarah...
(since 28/12/2008)

aku berbangga sebagai rakyat malaysia yang majmuk dan penuh kesantunan lagi aman dan makmur...aku kibarkan jalur gemilang sempena hari sambutan ulang tahun yang pertama...
(ape aku merapik meraban nih)

musti korang tertanya2 ulang tahun mende yang aku nak sambut ni,kan?

merdeka ker?
besday aku ker?
besday adik sedara aku ker?
setahun umur kete aku ker?
genap setahun aku menang loteri ker?
ulangtahun ape,ek?




selamat ulang tahun pertunangan...


jarang2 betul orang sambut mende ni,kan?tapi aku dah berjaya pecah rekod!!!
yuhu!!!

ni sebenarnyer bukanlah khabar gumbira bagi aku...yelah sapelah nak bertunang lamer2

banyak dugaan yang menanti...
banyak lagi nak diharungi...

...anyway..aku still rase bangga dapat sambut menda lain yg org xpernah buat...



ape plan aku yek?aku ade surprise pling besar utk jejaka yang xberapa nak hensem!

korg nak tau ape dia?nak tau x?

lein entry aku citer!!!
hehehe...

-surprise untuk semua-

Wednesday, December 23, 2009

rintihan jiwa...

Aku xtau ape aku nak kesahkan untuk harini...tapi tetibe jer aku dengar lagu ni kat headphone aku maser aku bukak lagu kt laptop aku harini...


Lagu ni aku burn dari CD lamer aku curik dari mamat yg xberapa nak hensem...

Aku tujukan khas buat kawan2 yang baru putus chenta

Rintihan jiwa


Terbayang gambar wajahmu


Menjelma disudut hatiku


Tak terdaya aku membiarkan ia pergi


Walaupun telah berlalu


Tiada lagi kau disisi


Masih belum kusedia keranda untukmu...


Apakah salahnya diriku


Hingga sanggup kau tinggalkanku


Setelah ku beri kasih...ku padamu


Dan telah ku sandarkan harapan melangit pada dirimu


Chorus: Dengarkanlah...


Rintihan jiwa ini


Yang menjerit memanggil oh namamu..


Hanya tuhan yang tahu betapa aku cinta padamu


dan kerana-Nya jua kita terpisah


*ulang apakah salahnya diriku...


**ulang terbayang gambar wajahmu...




*Penyanyinyer aku xtau...


Tak silap aku kumpulan DATA...


Tapi macam pelik jer aku bile aku salin lirik lagu ni...


Korang xker rase pelik?





**Anyway cinta itu adalah petanda bahawa kita adalah seorang manusia normal yang masih mempunyai perasaan. jatuh cinta dan putus cinta adalah sebahagian daripada rencah dalam kehidupan kite....jadikan pengalaman putus cinta sebagai petanda untuk memulakan kehidupan baru...bukan petanda pengakhiran sebuah cerita dan bukan juga tandanya kita xlayak untuk dicintai...tapi mungkin ada seseorang diluar sana yang dijadikan untuk kite...mungkin kita belum temui...tapi lambat laun pasti akan kite jumpa juga...dan yang paling penting,cinta kepada yang yang maha Esa adalah cinta yang paling sempurna dan hakiki....AMIN...**




Monday, December 21, 2009

madah pujangga

Friend in different language...



Hindi-dosth



German-freund



Spanish-amigo



French-ami



Pinoy-kaibigan



Deutch-urend



Mexican-amigo



Tamil-thozan



For me?



It’s simple...





























U...


Saturday, December 19, 2009

perempuan melayu terakhir....

lamer tol aku x update blog kesayangan aku nih...
korang cbe teka aku ktner skrg ni? aku kt restoren nasmir alor star..(ni adalah promotion,mner tau,tauke nak bg aku mkn free pas ni...)
apelah aku wat jauh2 merantau kt utara ni?
sro beb? aku bkn merantau...tapi gue blik bercoti2 mesia...habiskan coti aku yg tertunggak....hehehe

kepulangan hamba kali ni xditemani gua nyer body guard yang xberapa nak hensem tu...
tapi gua blik sorg2 jer...(beliau kan org berkerjaya...mner leh tinggalkan keje lmer2 mcm gua...hehehe)

utk pengetahuan korg gak, ini coti pling lamer pernah aku amik since aku keje kt kpj selangor specialist hospital...korang jgn jeles ar...2 minggu bersamaan ngan 15 hari....lmer tu.....

sbb tu gak aku dah lmer x update blog ni..kt umah aku mner ler ader internet...aku nak masukkan broadband ker ape ker tapi mak aku ckp umah aku jauh dari pencawang,klu mskkn internet sure lmbat...aku iyakan jelah...nak bantah...emak...
hehheh..

hari ni aku nak story kat korng psl personaliti...
aku dah lmer nak menulis psl personaliti kt blog ni tapi xpernah kesampaian...
4 tahun yang lalu aku pernah menulis pasal personaliti aku tapi dalam diari jelah...xpernah lak aku terbitkan kt luar....

ape aku nak tulis pasl personaliti ni,ek?dalam diari aku dulu aku terjemahkan yang personaliti aku sebernarnye kasar,pendek kate mcm lelaki..
stail aku cakap,
tangan dan kulit kasar,xpernah berlosyen,
jalan kengkang,
stail rambut pendek,
jeans lusuh,cap and tee jer bler aku kuar...
yang paling wajib ble aku dressing ialah
SELIPAR!!
waktu tu pun aku seorang yang kalis lelaki...tapi aku pon xtau samada mmg xde lelaki yang teringin nk kenal ngan aku lgsung atau aku berpendirian aku ni xcantik...so,biarkan jelah aku mcm ni...
bak kate zizan raja lawak musim2
XDE HAL PUNYER...

dalam fikiran aku lelaki musti nak kan pompuan yang cantik,lemah lembut dan yg pling penting senang betul jatuh keriba lelaki...ala...budak2 melayu...
xkan korang xtau....

ni membuatkan aku merasa jijik ngan bangsa aku sendiri...termasuklah kwn2 aku...asal lelaki kenyit mate,dah layu,asal lelaki kate hai,dah tumbang...walaupun lelaki tu masuk dalam ketegori jongos....dan xde masa depan..
aku benci lelaki!!

pada masa yg same timbul gak perasaan jeles ngan kwn2...sume dah ade couple sdiri,time nilah aku tanamkan dalam diri yang pelajaran tu lg penting dari segala2nyer...
aku gak jeles ngan pompuan2 melayu terakhir kat luar sana...pada aku mereka mmg dilahirkan cantik,lemah lembut cara jalan dan berkulit halus dan mulus...

pastu aku mulai sedar aku dilahirkan sbg pompuan dan ttap akn mati sbg pompuan...masa sbnrnyer yg ,merubah penampilan and personaliti aku...termasuk kerjaya aku yang memerlukan aku menjadi seorg pompuan yang lemah lembut,dan sensitif terhadap persekitarn...paling penting,aku dah pandai mekap...
hehehe

yang paling penting aku berubah bile aku dapat tahu ade gak rupenyer hamba allah kt dunia ni yang sukakan aku...and aku berharap beliau mmg dilahirkan utk aku,dan dapat memimpin aku untuk menjadi seorg wanita solehah idaman lelaki
INSYA ALLAH..
lain entry aku story pasal pertemuan aku ngan jejaka yg xberapa nak hensem ni,dan mcm ner kitorg leh bersama sampailah skrg ni,ok?

mcm mner personaliti aku skrg agaknyer?aku skarg ni bukanlah berbeza sgt ngan aku yg dulu...perangai kasar aku still terbawa2 cume xdelah terlampau sgt....
aku jgk dah tinggalkan jean lusuh tee and cap aku...aku dah xtau mner aku campak sumer tu...


Posted by Picasaskrg ni plak aku lebih selesa
kasut tinggi,blouse,accessori mcm selendang,gelang,
dan baju kurung especially ble blik kampung...aku dah xsegan ngan baju kurung ble jln2 tgh bandar alor star walaupun aku still rase janggal kalau pkai baju kurung kuar dating kt shah alam...

yelah...persepsi org utara ngan org selatan berbeza...terlalu jauh mcm langit dan bumi...kalau aku kuar dating pakai baju kurung kt kuala lumpur,atau shah alam aku x nafikan mmg pergerakan aku terbatas...sume nak cepat dan laju...mase pon bergerak terlau pantas....tapi kt kedah kehidupan lebih santai dan rileks... 

banyak lagi sebenarnyer perbezaan antara antara utara dan selatan...nanti lein entry aku stori lg,ek?

-apa komen anda?-

Wednesday, December 9, 2009

benda yang pompuan jarang2 buat...

ni perkara paling jarang pompuan buat and aku xpernah terfikir nak letak dalam blog aku....

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA DUNIA 2010




GROUP A
South Africa
Mexico
Uruguay
France

GROUP B
Argentina
Nigeria

Korea Republic
Greece



Group C
England
USA
Algeria
Slovenia



Group D
Germany
Australia
Serbia
Ghana

Group E
Netherlands
Denmark
Japan

Cameroon

Group F
Italy
Paraguay
New Zealand
Slovakia

GRoup G
Brazil
Korea DPR
Côte d'Ivoire
Portugal

Group H
Spain
Switzerland
Honduras
Chile


bab paling aku teruja pasal fifa world cup:
juara dapat AS$31 juta(RM104.8j)
kedua dapat AS$25 juta(RM84.5j)
ketiga dapat AS$20 juta(RM68j)
keempat dapat AS$20 juta(RM68j)
ke5 -ke8 dapat AS$18 juta(RM61.2j)
kalah pusingan k2 dapat AS$9 juta(RM30.6j)
kalah peringkat kumpulan dapat AS$8 juta(RM 27.2j)
semua pasukan yg layak masing2 dapat AS$1 juta (RM3.5j) sebelum lawan

*(bayangkanlah kalau Malaysia tercinta layak at least senarai 32 pasukan terpilih,x ker kaya pakcik2 penyepak bola kite?)*

-Agak2 korang sape menang,ek?-
-korang tafsirlah sendiri-

Thursday, December 3, 2009

when shera goes wild

huargh....
when shera goes wild!!!what will happen next??
u decide!!!

(gambar xde kne mengena ngan criter...harap maklum...)

Friday, November 27, 2009

selamat menyambut raya haji....

entry aku utk arini adalah....
selamat menyambut hari raya haji!!!!

mintak maaf zahir dan batin!!!

Tuesday, November 24, 2009

perempuan memang tak guna...

i dapat artikel ni dari 'somebody' yg send kt emel i few years ago...yesterday when i read blik emel lamer,i terbace balik artikel ni,so i think you all patut bacer eventought u all musti dah tau...anyway ni just nak refresh balik pale hotak kiter yg sebenarnyer dah tersumbat ngan unsur2 karat and berkerak....enjoy...

1.Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.

Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.
Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik"'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.
Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.
Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

-insaf tak?-

Monday, November 16, 2009

mari berpantun bersama kak shera...

ape entry aku utk mlm ni?aku igtkan nak berpantun jelah malam ni...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan aku makan,
suruh berpantun aku xtahu

waah...pandai sungguh aku mencipta pantun...xsangka ek?jangan marah....

dulu mser aku sekolah aku memang juara bab berpantun...almaklumlah akukan budak sastera..so,apa2 event,akulah yg tuliskan skrip nyer...siap pantun 8 kerat lagi...jgn xcaya...aku memang akui dulu cinta aku terhadap sastera memang tinggi...aku start membaca novel dari darjah 2 lagi...(awal,kan?macam xcaye jer...kalau korang time ni musti lari2 lagi,xpakai sluar,kan?) and novel yag selalunyer jadi perhatian aku adalah novel penyiasatan bersiri the hardy boys...novel pertama dari genre sastera dan sejarah yg pertama aku bcer mase aku darjah 4,tajuknyer debu2 hiroshima...kisah benar abdul razak,satu-satunyer anak melayu yang hidup di jepun mser hiroshima dibom oleh amerika...(tahun bile la ni aku dh x ingat....xsilap aku tahun 1941 sampai jepun menyerah kalah kt amerika....korg musti xpernah jmpe n bcer novel ni,kan?kan?)novel ni memang betul2 mengubah perseption dan haluan aku hidup aku seawal yang mungkin...and start dari situlah aku start menjadi pembaca novel yang setia,sampailah aku besar skrg ni....

antara novel2 kesayangan aku...(kawan2 yang kenal ngan aku musti xcayer pnyer ble dapat atu mende ni...yelah aku kan bengong2 sket orgnyer....)
  • dewa cintaku-dila hussein(novel terbitan pertama rosyam nor)
  • trilogi bagaikan puteri-ramlee awang murshid(sumer 3 siri aku beli)
  • ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih siri 1&2-Habiburrahman el-syrozi (aku beli setahun sebelum kuarnyer movie ayat2 cinta and ketika cinta bertasbih)
  • hartini-aziz afkar(novel klasik terbitan tahun 1972,)
  • awang vampiro-nizam zakaria (kisah hero melayu yg xpernah kte kenal,watak2 dia macam betul2 hidup,respek betul kt novelis dia)
  • mangsa-fathilah anas (sepuluh kali aku bcer,sepuluh kali aku nangis...xtau knape)
banyak lagi nak criter kt cni...oklah...dah nak start wat keje...dah kul 5.30am abis keje kul 7,pastu tido,esok coti....

Sunday, November 15, 2009

peace no war....


kitorang dah berbaek...jangan marah.....


(ni bkn gambar aku,ek!!)
aku mne lah marah lamer2 ngan dia...paling kuat pon smiggu jer....coz aku sayang giler2 ngan dier...xtaulah sma ada aku ni kene angin pukau atau pn....xbaek tau...yang aku tau..inilah cita aku satu-satunyer n buat selamenyer...

jiwang abis,beb!!!

arini aku edit layout aku...cantik x?cantik atau x,sile beri komen anda...timekasih.....


Friday, November 13, 2009

sesi meluahkan perasaan...

malam ke3?waaahhh...hebatnyer aku!!!
tapi apahalnyer malam ni sumer org meluahkan perasaan?
tadi aku bace perasaan che ma kat facebook,banyak lagi problem dia kat arab nun...aku ingatkan dah pi arab,settle ar problem dia rupenyer lagi same jer....hmmm...

ni sambil aku menaip,sambil mendengar luahan perasaan sarah and nurul...masing2 ada tekanan kat tempat kerja...masing2 stress...hai...kiter sumer senasib..mne de tmpat kat dunia ni yg xde masalah...

tapi masalah kitorng ni berpunca dari bos kitorg yang bodoh lagi bahalul..!!
tulah sayang sgt kt anak buah dia,tapi dia xsedar yg anak buah dia dah pijak2 kepala dia...bodoh tahap kambing...kitorng ni hanya perhatikan dari jauh dan gelakkan kebodohan dia...

sumpah aku xpernah jumpa org sebodoh bos kitorang tu...seumur hidup aku..nilah pertama kali...

Thursday, November 12, 2009

gaduh,gaduh,gaduh dan gaduh lagi....

gaduh!!!aku ker yg ego sebenarnyer??
sebenarnyer aku kesian sangat2 kat dia...tapi aku geram!!!!!geram!!!!bengang!!!!!
maybe sebab hormon,kot??tapi memang aku tengah stresss sangat2 skrg ni!!!!
salah ker aku???ker sebab stress aku lepaskan geram kt dia???aduh!!!

ape patut aku buat??
kanda maafkan dinda xmampu kawal perasaan dinda...tapi dinda harap kanda dapat fahami dilema yang dinda hadapi...
(ayat skema habis!!)

korang nak tau ape dilema aku???mesti korang terkejut bile dapat tau hal ni,kan?semalam dahlah aku bengang pasal xdapat coti raya,hari ni mak aku call suruh aku putuskan tunang!!!!korang mesti terkejut,kan?kan?kan?alasan sebab kitorg dah lamer sgt2 tunang and still xde tanda2 yg kitorang nak kawen!!!dah 6 tahun,beb!!!!munasabah ker alasan tu?kalau korang jadik aku,ape korang nak buat?????

Wednesday, November 11, 2009

xdapat coti raye!!!!!geramnyer!!!

keje malam arini...bosannye...sepanjang hati aku dok termenung jer kt umah...nak tido xleh.....
dah 2 hari gaduh ngan org tuer tu....ader ker boleh dia xpedulikan aku lgsung!!!dah 2hari berturut2 aku balik kul 9 n terus bersiap2 nak kuar...sampai kul 12 aku tunggu....ble cal...ader ker dia ckap penat!!!abis tu pi lepak ngan geng vivac xpenat lak!!!sakit hati....tadi just hantar laptop jer...sepatah haram pon dia xckp ngan aku...arrrrrggghhh!!!!!firasat aku mmg kuat mengatakn dia ada org lain!!!salah ker aku????

(shera,rilex jgn sbb kecik ni ko putus tunang!!!!,tapi,ni bkn kali pertama...dah dekat seratus kali dia wat hal yg same!!!,tapi aku still bagi dia peluang!!!sebab aku sygkan dia....and aku mmg xnak kehilangan dia...kalau leh aku nak spent all my lifetime with him...(itu kate aku 3tahun nan lalu...sekarang aku terpaksa fikir balik))

malam ni lagi satu barah yang dah lamer bernanah dalam jiwa aku.....X DAPAT COTI RAYE!!!! aku bukan ape,coti tahunan aku ada lagi 20 hari,tau x!!!!!and now is NOVEMBER...xkan nak carry forward tahun depan!!!!ni bkn kes aku dapat coti utk raya puasa atau x...tapi ni kes coti aku banyak lagi!!!!DATIN FATIMAH dah bising pasal aku xbalik2....

aaaarrrrrrrggggghhhhhh sumer orang!!!!!cubelah fahami!!!!!

anyway mak aku marah sekejap jer...pastu cool balik....aku pon trylah mesej ngan mak aku balik......

SHERA:sayangku dah makan?bosanlah keje malam ni(jangan silap,ni memang ayat skema untuk mak aku)
DATIN F:siang tadikan dan tanyer??(aiseh,aku luper ar siang tadi aku dah call beliau)hidup ni kena ceria.fikirkan yang positif,baru x bosan(bagus gak ayat mak aku ni....novel maner dia petik agaknyer?)
SHERA:tengah bosan sgt2 ni...xdapat coti raye!!!apecerite ni??(ayat nak luahkan persaan)
DATIN F:Eh,itu je? that's small matter..ambil cuti pd 11-15dec.ramai2 kite p pahang.mak,bapak,adik2,tok,paksu,maksu,pakcik & family,makngah & family dan makpon & family,tokngah...semua turun ke pahang!so,pejam mata tok hari raya dan bergembiralah d pahang nanti!ok?(senang betul jadik mak,ek?boleh bg idea spontan mcm tu...at least terubat sket bengang aku mlm ni....eh! tapi bukan ker tarikh tu shah ajak aku p teluk batik ngan geng vivac dia??ah....mampuslah....saper sruh gaduh ngan aku???)
SHERA:tapi...susah betul nak dapat coti skrg ni...akak klu leh nak berenti keje sgt2...tension mcm nak giler....
DATIN F:ayiak..jgn susahkan hati.just forget apa yg dh berlalu and gift a very special tahniah kpd diri sendiri utk memulakan hari ini dan hari2 ygstrusnye...bye!(tiggi betul motivasi mak aku ni...manelah ayat dia petik?anyway aku mmg respek betul kt mak aku ni...kata2 dia selalu jadi perngsang utk aku trus bertahan smpai skrg...klu x, mmg aku dah lamer give-up)

kalau mak aku dah bye,maknenyer dia dah nak masuk tido...dah kul 2,beb!!!mne leh berjaga lamer2...nanti masyukkk anginnnnn...


macam maner ni???

aaaarrrrrrrggggghhhhhh sumer orang!!!!!cubelah fahami!!!!!

Sunday, November 8, 2009

futsal?seswai ker?

mlm td ada perlawanan futsal kt extreme park,shah alam....abis smpai kol 12...

seswai ker aku mein futsal? awww...mcm xcaye jer?

bkn aku xnak mein..cume aku ni jnis malas ah nak sport ni..aku lg seswai dok dpn pc..menaip blog atau pon dok jer kat wad....melayan pesakit aku...anyhow berat badan aku xpernah lak naik...n aku pn xderlah masalah kesihatan setakat ni...alhamdullillah....

so,aper aku wat kt futsal center mlm td?
aku jadik penonton jek kt tepi gelanggang...sokong jelah tunang tersayang mein bola....sepak sana,sepak sini...ishk..kesian lak aku nengok bola tu kene sepak....xsmpai ati lak aku nengok lame2....pastu dengar org citer psl fotography...minat aku tu....
eventhough aku bknlah fhm sgt istilah yg diorg pkai tu....aku yekan jelah...istilah medical aku tau lah.....

hari ni aku bce paper dapat tau negeri sembilan menang lwn kelantan 3-1,setelah 61 tahun diorg xpernah menang piala?ishk...dah same umor ngan atok aku tu.....bangga ade,kesian pon ade....
tapi aku bknlah peminat bola, so aku xdelah nak sokong sesape...(walaupon sblm ni aku sokong kelantan)
oklah banyak keje ni....esok sambong...chow chin chow....

Friday, November 6, 2009

.....stress.....

arini dah masuk hari ke5 aku kje dari kul 7pg smpailer 930mlm....tension....rse mcm nak nagis jer.....huhuhu...

ble lah diorng ni nak amik staff baru agaknyer....xfikir ker org yg kerje tunggang terbalik kat wad ni?
(tapi pon klu amik staff baru asik menyemak jer kepala hotak aku...itu xreti,ini xtau....apeler pnyer nurse zaman skrg ni?kolej mne agaknyer diorang training???)

Monday, November 2, 2009

cerita ngeri

  • takut wei cite ni...aku amik kt internet....

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

 
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....


"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.


"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"


"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..


Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...


"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

hahaha....sila gelak....

Friday, October 30, 2009

coti...ker aku?

dah abis keje malam....arini start coti....tapi dua ari jer....ape plan aku arini?

  • malam ni majlis berinai azie,geng vivac
  • esok majlis kawin stylo,geng PTT
  • esok gak plan nak p mandi kt PD
  • ikutkan hati,nak balik kedah...(hmmm xsempat kot?)
  • balik umah mak mertua kt banting,jiran die kawen.......

insya-allah...tapi tu sumer bergantung pada ketentuan...manusia hanya mampu merancang....
chow chin chow.....

hari jadi yang mmebosankan

besday aku br jer berlalu...sgt2 membosankan...xde ape pn yg special...just a little wish from my facebook pal and geng vivac...so,utk x membosankan,aku pn cariler criter2 best kt internet...criter ni agak menghiburkan hati aku(walaupun dah berapa kali aku bcer)dan mmg ade kne mengena ngan mood happy besday aku arini....ENJOY!!

hadiah harijadi

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!


Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...
P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.
Yang Menyayangimu,
Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

selamat bekerja kepada diri aku sendiri.....

dah lamer x bekerja dgn sepenuh ati dan keiklasan mcm arini...hehehe...korg nk tau apa jadi arini?


5:30am-bgn dari tdo,maka, berbunyiklah hset aku nagn penuh tekun dan berwibawa....aku syg sgt hset baru aku ni...walaupun jnis N1120 jer...sbb aper? sbb beliau xpernah jemu2 berbunyik tiap2 5menet smpailah aku btl2 boring ngan bunyik dia kul 6.45am....hehehe,.....


6:45am-bgn dari tdo...brulah nak cri bilek air....ishk..mnelak washroom umah aku ni? tetibe jek ilang?setahu aku dpn bilek aku jer....owh..ni pintu umah aku upenyer...naseb baik aku xkuar umh trus arini..klu x sesia jek aku jdik manusia...


6:55am-br lps mandi belek2 mke sat...mekap sikit2...alamak dah kul 7pg? giler ar aku arini...x penah lak lewat msk kj(eh bkn ker smlam pn aku msk kj kul 7:45?dua ari lps pn sme??....hehehe..)


7:10am-bersme2 ego kesayangan aku,nsb baik x wat hal arini,klu x,maunyer aku nangis..(..smlm aku lupe nk isik minyaknyer.).eh,ank makcik jual nasik lemak rilek je,xder custumer pn....xleh jdik ni...aku mcm biase mne lah tgk org senang...saje je aku belek2 kueh dia skjp....nak bli ker xnk?....nak bli ker xnk?...."bang!!!nsik lemak paru satu!!!!""aik,dari td pilih kuih,agtkan nk bli?xpelah...dah lewat,xsmpt dah(baek punya...padahal dlm poket aku ade rm3 jer)


7:20am-masuk keje...fuhhh ngan selamber bongoknyer...dahlah lewat,x amik report lak tu...ikut ske2 aku jek...biasek ar...spital ni mak bapak aku yg punyer....tgk linda wat kj sorg...mnelak si sapi ni? oh emergency leave ghupenyer,...baguslah xkcau kaje aku...


7:40am-tuan2 dan puan2 doktor xsampai lg....aderlah mse aku bkk my facebook skjp....hehehe...pc kak ayu jdik mgse...mcm biase ar beb..mcm xknl lak....


12:00n-bizi punyer bizi xsedar dah tgh ari....xleh sronok lg....

2pm-rehat skjp

5:00pm-rehat lg...wad dah x berapa bz...bkk lg facebook...ada gak crite baru dr kengkawan mser kt kolej dulu....rindunyer kenangan lalu...

9.00pm-lagi sket nak balik...tp xleh nak blik lg...huhuhu....kne tgu abis report dlu....

9.20pm-bebas!!!merdeka!!!settle gak kj aku arini...time to enjoy!!!!

9.25pm-xsempat smpai umah shah call....syg,jom ar kuar....bosan ni...(ok boss)

10.40pm-aku selamat atas perut viva shah..."syg kter lepak dataran pas mkn..."

12.00pm-lepak,lepak,lepak dan lepak lg...mcm2 topik kitorg sembang...x terkecuali gak mengumpat....dah hobi kitorg...nk wat camner??

1.00am-time untk balik n tdo...esok ader lg 1 hari yg panjang utk dilalui...tp nsib baik aku kj separuh hari jer sok,,..xderlah pnt sgt mcm arini...

Thursday, October 29, 2009

NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
nyanyian:yassin

Friday, October 23, 2009

malam vivac

mlm ni aku join tunang aku ngan geng vivac.ada newbie join...bdk jln langgar,alor star.(ishk...dah dkt umah aku dah tu.nti raya blh konvoi lg..blik skali).kul brp nak abis ni?dah msk tarikh baru ni....
nasib hset aku jahanam klu x aderlah pic baru untk tatapan korg....so,rugilah....

mcm biaser kitorg lepak kt dataran shah alam tapi mlm ni xdek lak geng2 pompuan...so,aku on9 sorg2 jer....cian.......nti hset aku elok aku download,ok?

bdk2 bise jer yg lpk mlm ni...aku,shah,newbie nmernyer klu xsilap aku apis...lagi...izat,naz,ikmal,amirul,khairul...yg lein2 tu aku xberapa tau nmernyer....

si amirul psg speaker dia baik punyer....shah ckp rm6k dia abiskn...bergegar jantung aku beb,....rse mcm kt disco plk...nti aku pn nk psg mcm tu gak kt viva aku...agk2 korg,bile,ek?

ishk,....esk kj pg,tp mcm biase aku xleh tdo klu smlm kj mlm...
xpelah aku try gak tdo...nak wat cmner?

Thursday, October 22, 2009

kisah keje malam

arini hari kedua aku kj mlm kt wad ni...(aku masuk shif kul 9mlm smpai 7pg nanti)
aku nak citerkan kesah smlm,tp agak2 busy dan byk kj nak dibuat...tmbah2 aku kne cover all this bullshit2 yg dah dibuat staff baru siang td...nak dimarah,akak...dah senior lak tu....nak kne mrh...akuuuuuu jugk....malam ni giliran si sarah plk...(hehe...nasib ko ler sarah...)

tpi si sarah ni mood dia lein mcm sket...walaupun mke nmpak suci,tp klu dia marah...dinosor pn takut wei.....esok siaplah si sofi bdk baru tu...(ntah nmer dia sofia ker...safi ker,,,)aku plk walaupun nmpak brutal,tapi ati aku kecik jer...

korang musti tertanya2 ape salah beliau smpai sume org asal nmpk mke beliau jer,muti rse mcm nak marah....
  1. beliau x settle kan intake/output chart...time dia kj sumernyer kosong...xder lgsung nak criter ape yg patient kitorg makan & keluarkan...(benda ni penting klu kter nk tau yg patient kter ni kurang air dalam badan atau terlebih air-espesially patient post operation atau yg puasa)
  2. beliau x enter vital sign dari pagi,bawaklah ke malam...(menda utk tau yg patient kter ada tekanan darah tinggi atau rendah,stbil atau x,demam ke,dan nak tau denyutan nadi-normal atau tidak sepanjang mser pesakit kt dlam wad/jagaan kter...)
(mau2 sampai kul 7pg nti pn xabis lg kj si sarah ni)

korang xkan tau betapa pentingnyer benda2 ni sumer...(sbb korg bukannyer nurse)tp klu nurse yg bcer blog ni,musti beliau kesian kt aku ngan sarah,and tlglah bg cadangan mcm mne nak settlekan problem manusia binawe ni....

Sunday, October 18, 2009

pengenalan

ehem...
lamer siot aku x update blog ni...suram jer...dahlah first entry aku ngan lagu biarkan aku menangis,mcm life aku sebenarnyer amatlah menydihkan jer....xjugak,...intro mmglah mcm tu,,...but i wish my life will end as a happy ending,....
sebenarnyer....
aku jelous tgk blog2 org lein,meriah ngan crita cerihik,sampai kdg2 aku tergelak terguling sorg2 bcer...
ape tujuan aku create blog ni,ek?
saje jer..sesekali teringin nak ada laman diari interaktif sdiri walaupn aku bukanlah pndai sgt bab2 pc ni....
dlu mser aku kecik2 ada gak tulis diary...tp angat2 teik ayam jer...hjg thn aku pn xtau mner diary aku tu pegi...tapi thn dpnnyer aku bli lg diary...dan perkara yg smer gak berulang,...this story will never end sampailah aku besar...itulah aku...
kenapa tajuk blog aku ni selipar biru?
sbb aku rsekan kerjaya yg aku ceburi adalah tahap selipar jer....
knape aku ckp mcm ni?
buknlah aku nak menghina perjaan mulia ni,tapi bagaikan selipar,aku adalah yg paling diperlukan oleh kaki....walaupun letaknyer paling bawah...iaitu di tapak kaki....dan warna biru adalah warna uniform aku,staff kpj selangor specialist....
korang bayangkanlah kalau korang jln2 xpakai kasut ataupun selipar....xker nanti kaki korang akan cedera terpijak batu ker,kaca ker...apa yg nak lindungi kaki korang? selipar gak kan?so,secara automatik nyer aku org yg pling penting dlm idup korang...xgitu?....
gituler,gituler....
korang fhm x? xfhm...ishk...mlslah aku nk terangkan lg....nnti lein entry aku cite lg,ok? aku pal nak citer psl aku,family aku,life aku...and much more yg ada kne mengena ngan aku sebagai sepasang selipar biru.....aku jgk plan nak menjejaki salasilah keluarga aku yg khabarnya berasal dari sumatera,indonesia dan khabarnya masih wujud sampai k hari ini...insya allah..
aku pn plan nak letak koleksi gmbar2 hasil photo shoot aku sdri...utk pengetahuan korang aku mmg minat giler ngan fotografi dan ada lbih kurang 1000 koleksi mke aku n family aku sdri sbgai model...kalah fotographer profesional nak habaq mai...mostly aku amik dri hset aku jer...(aku mne der kamera mhl2 nak shooot baek punyer....aku pn bkn nyer ade basic course dlm seni,sokolah dlu pn aku amik ekonomi beb,,...)
aku pn ada lbih kurang 1500 lagu2 koleksi dlm laptop aku...aku ske sgt kumpul lagu...walaupun aku sdri jrg dgr radio...kebanyakan lagu adalah english evergreen...ssh nak cari ooo...korang musti bosan kan dgr lgu mcm ni...aku dah agak...
korang nak knal ngan aku x?
korang pegi jer kat web ni..
www.facebook.com search wany shera

Wednesday, June 24, 2009

biarkan aku menangis

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta
( korus )
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis

selipar lama

selipar kaler lain