jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Monday, February 28, 2011

FROM AS TO SA WITH LUV..

Salam and sejahtera, wat pertama kali dalam tempoh 22 tahun aku menulis sebagai 'jemputan' di blog s3pasang s3lipar Biru..walaupon aku bukan lah berminat sangat ngan menda2 yg mcm nih...well da hell.. layan jer... cer aku adalah pengalaman aku idop di kota metropolitan yg disanjung ramai ni..for u all punya information.. aku dtg cni pada 16hb feb 2011..ramai mmber2 aku kt as kata aku tak bole idop kt cni dowg beat aku tak tahan lama ada gak yg ckp ''well nad...keje lah sana baik2 rezeki hang kt sana'' dlm mksd len ''bagoslah hang p..aku pon dh naek meluat tgk hang'' u know wat i mean...?

sebelum aku dtg sini pon aku ada wat 'taik' sket kt tmpt keje lama.biar aku cerkan dari a to z. cer nyer camni aku ni nk kata pemalas tak layak lah aku rasa coz aku dtg keje biasanya sblom kol 0730 aku msti smpai pnya wlaupon depatment aku timing nyer kol 0800 kira aku awal dr org len lah.aku nih plak jenis wat keje tak ska org kaco aku nk tumpu kt keje aku.tup2 aku dgr cer bos aku ''department head'' ckp aku malas wat keje..wallak??

tak penah lak aku tggal keje aku bersepah.tak penah lak aku tak abehkan brg2 yg dowg bg..biasanya slom kol 1200 sure keje aku beres.bygkan aku bgon kol 0600 pg and bersiap suma ngan tak bekfast sampai lunch hour aku wat jer keje diorang bole ckp aku malasss???camna cer..?buruk sial nama aku...satu department pulau aku...wallak...tp aku respek gak kt dorg...coz tkot kt aku...brani kata blakang jer dpan bile wat baek giler babi nk mampos..bengang ar aku kan org ckp camtu.. rasa bos aku nk aku wat keje dpan dia baqu stop kata kt aku...

so...aku pon  amiklah keputusan per2 aku nk wat aku gitau kt boh(bos)..aku nk p toilet.aku nk p minum air. nk p buang kotak nk p chek counter nk p tu nk p ni p mai p mai tang tu suma aku reaport kt bliaw.. then time brekfast shrap aku ada kt tmpat mkn bygkan dkat setahun setgah tak penah brek tetiba brek..plik ar dowg.. sepatunya brek kol 1000-1045 aku hentam sampai kol 1100...puas ati aku.

my sister kol me and ask if i want to come working here (s.a).so aku rasa aku nk wat surat trasfer jer.. aku ingt dpat blan 3 nih..tup2 tak smpai 2 ari aku dh bole  trasfer.wahhh...giler awal..best ar...aku pon mlas nk keje bwh boh yg bengong tue..4 u all information.. they all kt department aku tu tak suka pomp keje kt situ.. aku org yg ke2 'dlyan' cmtu.well..ad lagi sebarnya tp kira nasib baeklah coz aku nih dr baka yg tak suka mgutuk org lbey2..yg  tu jer ckoplah..

aku ada suka kt sorang mamat nih..bkn suka sgtlah...tp yalah org baekkan...suma suka..dia bqu gak ar tmpt keje aku..encem...rmbut dia lain dr yg len tu yg mhal tu..kete dia pon lain dr yg len..tu pon mhal gak tu..
tp adalah sorang 'setan' nih yg xsku kan 'kemesraan' aku and mamat nih well biar aku namakan  yg mamat aku M setan tu R ok senag sket nk paham.

Saturday, February 26, 2011

aku,dia dan encik scooter...siri 1

berapa hari asik terperap dalam umah
hujan lebat betul kat shah alam ni...
kau tengok aku, aku tengok kau
ishk...jemu ar...

so sempena dinihari yang amat tensen dan buhsan
juga sempena cuaca yang baru lepas hujan ni
kitorang amik kesempatan untuk merendek..
apa lagi..owang bujang..

disebabkan Mr KCJ stil kat spital
tak baik lagi dari kecederaan serius beliau tempoh hari
kitorng bawak Mr EGO
ala..jalan2 bukan jauh pon
area shah alam ni nak pegi mane lagi memalam cenggini?
seksyen 20-seksyen 18-seksyen 2o..

plan nak lepak kat Rafi Bistro seksyen 18..
kat sana lagi santai..
paling penting ada wifi..
tak de ar nak pakai sgt broadband cap sangap ni lagi..

lupe lak nak bagi tau...
sekarang ni aku da berkepit ngan girlfriend baru..
bukan lagi ngan jejaka yang tak berapa nak hensem...
de dirah keneishiro....
pemuda paling lawa didunia....hehe..jgn mara aaa...
boleh ar jadik teman bergaduh...

almaklumlah...aku ni kan sopan santun dan penyayang...
cantik cun dan jelita
susah nak marah (nak muntah dah ker? sile tahan dulu ye..)

ok...beliau da setuju nak jadi penulis jemputan kat seliparbiru..
(best gak kalau sekali sekala ada owang volunter nak jadik tukang karut,kan)


nanti kita tengok ar pulok ape berita dan cerita beliau...


nak tengok gak kau hebat tak hebat...
asik kutuk owang yang blogging jer...

Tuesday, February 22, 2011

penyakit malas...ape penyelesaiannya?

hari ni aku memeng malas gila...
banyak mende tergendala yang patut aku buat tapi tak buat
antaranya nak basuh baju
siram pokok bunga...(sejak bile aku tanam bunga ni)
jemor baju
mandi
makan
wei agak-agak lah...takkan makan pon malas?

 malas bace buku...esok dah nak exam...
ha?exam?...yelah...jap gi aku bce buku..

nak citer pasal exam aku ker?
ADVANCE CARDIOVASCULAR LIFE SUPPORT
exam paling advance untuk seorang yang bakal bergelar pendidik paramedik
kirenye staraf dengan doktor ar ni...
wooo...bangga seh..tak sumer doktor amik exam  ni tau!!!
~cayalah shera~


takut wooo...
nak citer tak?
korang nak tau ker?
tak payah lah kot?

aku malas!!!

Friday, February 18, 2011

hari pertama masuk keroje...gementar la pulok!!!

ni betul bukan cerita aku jugak
(sumpah aku tak tipu! uhuk!)

ini de dirah keneishiro punyer cerita
first day masuk keroje setelah amik coti selame 1 malam
ntah ape demam nye(mungkin jugak mengigau)

tetibe pulak mintak transfer kerje shah alam
mintak 13hb..tup tup 18hb terus kene lapor diri
(hebat betul company beliau ni kan?)
nak mintak kerje sane gak ar...mane tau kotkot leh balik alor star..
we exchange the place lah...

ape agaknye akan terjadi?
cambest jer kan?
agaknye beliau pon nak cari boipren baru gak kat sini..
(jangan pulak nak kawen sebelum aku nanti)
well...kalau sudah jodoh, apo nak dikato,kan?

eh, aku pon hari pertama masuk kerje lah..
semalam...baru agak-agak nak turun katil
nak capai tuala
tengah betul kan rambut yang ala-ala simba the lion king
tetibe jer hset aku yang paling mahal berbunyik..
(ala yang semalam aku campak ke dinding pat ploh kali tak pecah tu lah)

no telepon dari spital lah
ishk..ape pulak salah aku ni?
diorang ni kalau call, tak lain nak cari salah jer...
tapi semalam nye lagi aku off
SHARIPAH kauriNA SYED krishnan..
(ni name aku bagilah...identiti dirahsiekan)
'wei, ko nak coti tak arini? patient ade dua, nurse ade pat'

berita baik,
barang baik
AKU COTI...YAHOOOO!!!

cepat-cepat aku tarik selimut
sambong tido sampai subuh balik..
(orang bujang....apo nak dikato..)

jangan lah marah...abang-abang ustaz
kakak-kakak stazah
aku betul-betul coti-coti orang pompuan lah..
ahaks!!!

Wednesday, February 16, 2011

novel

siri 5

September 2003
Seksyen 16, Petaling Jaya

HARTINI mencampakkan begnya ke penjuru bilik. Dia keletihan. Bahang perjalanan tadi masih terasa. Dia menekan suis kipas. Tanpa menukar pakaian, dia memilih untuk terus berbaring di katilnya. Atikah, Farah, Juana dan rakan-rakan serumahnya yang lain masih belum pulang dari kampung. Nampaknya, dialah yang terawal tiba dari percutian hujung minggu.
Sengaja dia memilih untuk berhujung minggu dirumah ibu saudaranya di Klang, berbanding untuk pulang kekampungnya, memandangkan masih lagi dalam mood berhari raya. Dia berpeluang menghadiri enam rumah terbuka dalam masa dua hari sahaja. ‘ini rekod baru’.
            Tiba-tiba dia teringat peristiwa tadi, ketika dia berada di stesyen komuter Klang. Alangkah bodohnya orang bernama Hartini ni! Dia tersenyum sendiri. Bagaimana dia boleh terlupa untuk menyediakan wang kecil untuk tambang komuter? Dia tidak dapat membayangkan berapa banyak agaknya syiling yang bakal keluar andainya dia membayar tiket menggunakan not lima puluh dimesin tiket. Dia juga hairan kerana kaunter tiket juga tidak menyediakan baki wang sedangkan betapa ramai orang beratur sepanjang hari untuk membeli tiket. Dia berasa tertipu.
            Nasib baik ada mamat ‘yang tak berapa kacak’ menolong. Masih mengenangkan peristiwa tadi, hartini kembali senyum…

JAUH dia berangan. Malas rasanya untuk ke kedai seberang jalan untuk menukar wang kecil. Dia masih keletihan. Matanya memberat. Perutnya masih kekenyangan. Kedai yang paling dekat hanyalah restoran kfc. Dia memilih untuk melabuhkan punggung di deretan kerusi yang diletakkan di suatu penjuru stesyen itu sementara memulihkan tenaganya.
Tanpa disedari seorang lelaki turut melabuhkan punggung disisisnya.
“Tak sampai lagi ke? Dahlah panas, aku dah berpeluh. Dia ni balik ke, tak? Ohhh….Takkanlah komuter mati tangah jalan?. umpama berjanji kita bertemu disini. Kecewa bagai komuter berhenti.di alunan landasan. Oh…musnahlah impian kini. Gugurnya kalimah cinta…” Lelaki disebelahnya tiba-tiba menyanyi. Mengikut rentak lagu yang seakan pernah didengarinya. Cuma lirik lagu yang diubah. Hartini tersentak. Dia terpinga-pinga.
Dia memandang lelaki itu. Lama. ‘Mamat ni menyanyi ke? Orang gila ke? Alahai..kenapalah pulak dia duduk kat sini? Tadi kan kosong?’ tak ada kerusi lain ke dia nak duduk? Ketakutan mula menyelubungi dirinya..‘bismillah…’
            “cik, ada apa-apa yang tak kena ke?” sekali lagi dia tersentak. lelaki di sebelahnya menyapa.
            “Eh, tak ada apa-apa. Kenapa?” Dia bertanya kembali. Cuba menyembunyikan ketakukannya. Dia mengamati lelaki itu. Penampilannya kemas. Berkemeja kolar dan berseluar jeans. Rambutnya pendek dan di sisir ketepi. ‘orang waras agaknya. Takkan orang gila pakai macam ni’. Hartini cuba menyedapkan hatinya. Dia membetulkan duduk. ‘Tak apa. Ramai orang sini. Kalau ada apa-apa, aku jerit je.’
            “Tak adalah. Saya tengok gelisah dari tadi. Macam kucing nak beranak pulak.” Ada tawa hujung katanya.         sah. Orang gila. Macam mana  ni? Nak lari ke tak? Tenang, Tini. Tenang.
Bagaimanapun dia terlalu penat untuk bangun dan lari.
            “Eh, taklah. Saya panas. Tak selesa duduk”. Cepat-cepat dia mendapat akal. ‘lagi lima minit kalau dia tak blah, aku blah’.
            “Owh… macam tu…cik ni dari mana nak kemana?” Aik! Ramah pulak orang gila ni. Hartini mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.  Malas dia hendak melayan sebarang pertanyaan.
            “Sombong betul. Tanya pun tak boleh ke? Bosanlah”.lelaki itu memandang ke depan. Kearah landasan. Tidak satu pun keretapi yang berhenti ketika ini. Orang ramai yang baru turun dari landasan mulai berkurangan. Suasana dilandasan paling akhir itu tenang seketika.
            “Komuter ni mati tengah jalan agaknya. Penat tunggu”. kenyataan akhir lelaki itu menarik minat Hartini.
            “Tunggu kawan ke?” Lelaki iti memandang hartini. Lama. ‘bercakap pulak dia ni’.
            “tak. Tunggu komuter”. Lelaki itu ketawa. pendek. Hartini geram.
            “Ha,ah. Tunggu kawan. Dia suruh jemput. Katanya lagi sikit nak sampai. Dah sejam. Sampai manalah agaknya. Dahlah tengah hari panas. Banyak lagi kerja nak dibuat”. panjang lebar jawapannya. Ada nada keluhan dalam suaranya.
            “owh…”Hartini mengangguk. Cuba memahami perasaan lelaki itu.
            “Cik pula, menunggu orang juga kah?” Dia menunding hartini dengan ibu jari dan menggunakan bahasa baku. Lagaknya terlalu sopan. Meniru gaya Rashidi Ishak dalam filem Anak Mami. Hartini menahan tawa.
            “Tak. Saja duduk-duduk”. Hartini selamba. Wajah lelaki iu terus berubah. Kelat. Mungkin rasa terkena. Tawa hartini meletus. Dia menekup tangan ke mulut menahan tawa. lelaki itu turut ketawa melihat telatah Hartini.
            “Tak. Saya duduk sini sekejap. Malas nak ke kedai depan sana. Jauh sangat”. Lelaki itu terus memandangnya. Diam. Ada bayang-bayang kehairanan dalam matanya.
            “Nak ke kedai? Dari mana?” Dia bertanya. Masih kebingungan dengan jawapan hartini.
            “saya nak balik PJ. Tadi ada open house dekat-dekat sini. Nak naik komuter. Tapi pelik pulak kaunter tak ada duit pecah. Duduk sekejap. Nanti nak pergi kedai depan. Cari duit pecah.” Panjang jawapan hartini. Lelaki itu akhirnya menggangguk. Faham.
            “Pelik juga kaunter tak ada duit pecah. Kenapa tak pergi kfc? Kan dekat..” Lelaki itu mencadangkan. Hartini tersenyum.
            “Saya baru sampai. Penat lagi nak kemana-mana pun. Nak rehat sekejap.” Dia menerangkan.
            “Mak tak marah ke kalau balik lewat?” Aik.?. Orang gila ni. Dah macam-macam ditanya’. dia melihat jam tangan. Masih awal.
            “Tak. Awal lagi. Nak marah apanya”. Hartini tetap melayan pertanyaan demi pertanyaan lelaki itu. Dia semakin selesa.
            Mereka terus berbual. Masing-masing rancak bercerita. Hampir terlupa tujuan asal mereka berada di sini. Akhirnya hartini meminta diri untuk ke kedai bagi menukar syiling.
            “Eh, tak payahlah. Jauh nak jalan tu”. Lelaki itu menghalang. Dia cuba mengukur jarak stesyen itu dengan deretan kedai di hujung jalan.
            “Tak apa. Saya larat lagi.” Hartini menafikan. Dia berdiri. Lelaki itu turut bangun.
            “Awak tunggu sini sekejap...” seolah-olah satu arahan. tidak lagi memanggil Hartini dengan panggilan ‘cik’. Lelaki itu terus berlalu ke kaunter. Hartini hanya memerhatikan. dia duduk kembali. Tidak pasti apakah yang akan dilakukannya. Tidak sampai sepuluh minit, lelaki itu kembali ke tempat hartini.
            “tiket awak.” Dia menyerahkan sekeping tiket kepada hartini. Hartini tergamam.  Teragak-agak  dia menyambutnya.
            “Terima kasih. susahkan awak pulak” Hartini terharu. tiada kata-kata yang dapat diucapkan.
            “Tak apalah. Nanti saya susah, awak pulak tolong.” Lelaki itu tersenyum. masing-masing terdiam.
            “komuter awak dah sampai.” lelaki itu menunjuk ke landasan. Hartini memandang. serentak, mereka bangun.
            “Bagi nombor telefon awak. Nanti senang nak bayar balik.” Hartini memandang tepat wajah lelaki itu. ‘cheh, kedekut rupanya. Aku ingatkan nak belanja tadi.’ dia mengguman dalam hati namun tidak diluahkan. seketika, mereka sempat bertukar-tukar nombor telefon.
Hartini cepat-cepat memasukkan tiket ke mesin pemeriksaan tiket automatic. terasa dirinya dipanggil, dia kembali menoleh kearah lelaki itu.
“Awak! Apa saya nak save nama awak?” Lelaki itu separuh menjerit. dia mengangkat telefon bimbitnya melambai Hartini.
“Hartini! nama awak?” Hartini melaung.
“Khairul!” Dia hanya memerhatikan Hartini yang separuh berlari masuk ke gerabak. Sempat membalas lambaiannya.
Dia tersenyum. Seketika, dia menyambung kembali nyanyiannya
“…di bening sinar matamu...kulihat kasih berbunga rindu..menyelimuti rahsia diri..yang engkau cuba menyembunyi..ku meratap pilu…”

Thursday, February 10, 2011

aduhai jiran baru lagi..

dah masuk lima tahun aku dok sini
rasenye dah lima kali umah sebelah kiri  aku ni bertukar penghuni

dulu yang suke mengilai tengah-tengah malam
katenye ade hantu dalam umah nye

pastu yang suke kurung anak kat luor umah
tak bagi masok
sampai budak tu kering hingos nye nangis
apelah nasib dapat mak yang pekak?

pastu mamat-mamat kelantan
sepatah pon aku tak paham diorang cakap pe..
yang aku paham ayat nak mintak penumbuk diorang
"masak ape tu?..leh tumpang makan?"

tapi sejak seminggu lalu aku perati umahnye da kosong lagi
dah pindah kot...pintu umah dibiarkan terbukak memalam..
meremang jer bulu roma kalau lalu...

tup,tup,tup pagi ni bile aku balik keje
umah da terang benderang..
baguslah ade jiran baru lagi...

tapi malangnye..
geng AbangLa

ayo!!

Wednesday, February 9, 2011

sesi karoke ramai-ramai..

jom nyanyi lagu ni kalau korang tahu...


katakan padanya(aku rindu)


sebelum aku tahu akan artimya cinta
terlena aku dibawanya kesana
setelah dia pergi
baru aku mengerti
ku telah jatuh cinta..kepadanya..


hohohho...aku rindu..katakan padanya aku rindu
oh, burung nyanyikanlah..katakan padanya aku rindu


RAP:
apabila cinta singgah dihati
orang kata susah hendak memandang
melihat api seperti air
dan melihat air laksana api
meskipun banyaknya nasihat asmara
namun tiada satu pun pengubat rindu
telinga pun tuli mata jadi buta
begitu panasnya demam cinta asmara
mulut pun bibibibisu lidah kekekekelu
kakakaka karena cincincincin cinta


biarlah cinta berjuta-juta
menggoda jiwa
biarlah hati berkeping-keping
asal kau disisiku



hohohho...aku rindu..katakan padanya aku rindu
oh, burung nyanyikanlah..katakan padanya aku rindu


merah: pompuan nyanyi
biru: laki nyanyi
hijau: dua-dua nyanyi

Monday, February 7, 2011

untuk bacaan lelaki sahaja...

kebaikan berhenti merokok
1. Dalam sejam
Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun
2. Lapan hingga 12 jam
Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus
3. 24 jam
Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun
4. 48 jam
Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan
5. Dua minggu
Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus
6. Empat minggu
Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya
7. Setahun
Risiko sakit jantung turun 50 peratus
8. Lima tahun
Risiko strok sama dengan orang tidak merokok
9. 10 tahun
Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok
11. 15 tahun
Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok

Thursday, February 3, 2011

entry seorang misi yang berwibawa...

(sile beri tabik hormat)

febuary
genap setahun aku ditukarkan ke department ICU/CCU
banyak yang aku belajar
banyak jugak yang aku belum belajar

biaselah misi belajar ape lagi..
penyakit
sebab penyakit
cara menyetel masalah

banyak lagi lah..

tapi satu yang aku tak puas hati
dulu aku senior kat wad aku
asistant bos(walaupun bukan kesayangan)
in-charge macam-macam assignment
penyetel masalah

tapi sekarang
aku lah budak junior..
tak boleh in-charge itu,ini,
begitu,begini

sampaikan benda yang selalu buat hari-hari dan dah expert
dah tak bermakna lagi..

wibawa entah kemana..
skill berkurang
taulah aku ni sape..

tapi aku jadikan semangat
meneruskan kerjaya yang paling mulia
(alaa...tahun depan jer aku nak berenti...kesah ape..)


ok..untuk menamkan balik skill aku ni,
aku pelawa korang..
bloggers cute, macho dan agk seksi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAPE NAK KENE CUCUK?
SILE HULUR TANGAN ANDA...



Wednesday, February 2, 2011

girl outing...chills!!

(sila senget kan kepala anda untuk melihat gambo ini yer...)

gambar ni ade kne mengena ngan entry kali ni ker?
the answer is: ada dan tak ada

ok..nak cerita pasal outig kitorang kat key el..aritu...shera sebenarnye tanak upload...tapi da di ugut dan diberi amaran keras oleh miss de dirah...
(mak aih..takut ahhh..)
maka shera terpakse upload kan jugak....nak wat camner....naaseebb badan..





tau lah awak tu sangat saannntekkk...bergaya macam bukit bintang tu awak yang empunya pulokkk..








kitorang sebenar nye on the way nak p nonton SITI DI ALAM FANTASI..
lepak jap kat bukit bintang...alaaa..neik LRT...takdelah jauh bebenor jarak nye..

da dapat pon tiket nyer...tapi awal lagi ni....jom sambung merayap...



jom rayap!!!








ok..tak jauh rayap nye...sebelah jer...kat taman tasik titiwangsa...
nak rayap jauh lagi?
penat oi!!dahlah pakai kasut tumit tinggi pat belas inci!!

gambar dalam istana buaya budaya?

mntak maap ler...awal-awal lagi beteri hset da kong...tak dapat ar nak share...

apa kaitan ngan gambar pertama?
fizo omar kan ker pelokon dalam teater ni...pegang watak putera..

ok cik de dirah a.k.a scoot gurl...

ANDA SUDA BERPUAS HATI???

Tuesday, February 1, 2011

mood p3malas tahap ɐןןıɹob

oleh kerana shera still dalam mood p3malas tahap ɐןןıɹob


shera nak bagi uols teka teki...


ade sekor binatang..

tanduk dua

mata besar

badaan hitam

kaki empat

dia leh nampak kita,kita takley nampak dia...


hah!!! ape dia???


sape teka tepat dan CEPAT dapat hadiah misteri...


SELAMAT MENCUBA!!

selipar lama

selipar kaler lain