jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Tuesday, November 29, 2011

wishlist untuk tahun 2012


tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita. dah masuk pon tahun baru...
maser nilah kita akan buat wishlist masing-masing, nak tengok ape azam tahun baru untuk tahun depan.

abang nara pon dah buat wishlist untuk tahun depan...waahhhh...berangan yer...tapi tak salah pon sebenarnye..
(klik sini..)

aku pon ade wishlist aku sendiri...
tapi ape,ek?
eh, sekejap... wishlist aku tahun lepas pon banyak tak tercapai lagi laaaa...
huurrrmmmm....

bisakah?

Wednesday, November 16, 2011

andai ini takdirnya..(2)


ntah..
saya tak faham
betul-betul tak faham
apa lagi salah saya? tak cukup ker pengorbanan saya selama ni?

saya dah cukup sengsara selama ni.
tak boleh ker awak tolong saya hilangkan duka ni?
tak boleh ker awak tolong saya?

saya tak pernah minta apa-apa dari awak
tak pernah!
saya cuma nakkan perhatian awak,
nakkan perlindungan dari awak
saya dah bagi semua yang awak nak
apa lagi yang tak cukup?

awak abaikan saya
buat saya macam tak wujud dalam dunia ni
saya ada perasaan
saya ada harga diri

awak mintak saya tolong
bila saya tak dapat tolong
awak ugut
nak putuskan hubungan
awak fikir tak apa yang saya rasa?

saya betul-betul tak faham
benarkah saya yang bersalah?

teruk ker saya ni?

saya cintakan awak
betul-betul cintakan awak
tapi apa yang saya dapat?
saya tak dapat apa-apa
cinta awak pun saya tak pernah rasa

tak pernah awak hubungi saya
bertanyakan khabar
dah makan ker belum
alasan awak
penat!
sampaikan hujung minggu pun
hari penat awak

tak pernah awak ajak saya keluar
jalan-jalan
macam dulu
macam mula-mula kita kenal

saya terima awak sepenuhnya
siapa awak
darimana awak datang
bagaimana awak?
dulu awak layan saya macam puteri
sekarang macam sampah

apa lagi salah saya?
tak cukup ker apa yang saya bagi?

maafkan saya andai saya bersalah
walaupun sebenarnya saya tak tahu apa kesalahan saya

saya tak tahu samada awak ada pengganti saya
atau tak
tapi kalau ada saya ucapkan selamat berbahagia
moga selama awak sejahtera
dengan kedukaan saya

kerana bagi saya
hanya awak cinta saya yang pertama
dan terakhir
hingga akhir nyawa

terima kasih buat awak
kerana awak yang telah membuat saya kecewa
dan membuat saya bencikan
semua insan
bergelar lelaki

dan bencikan diri saya sendiri
kerana menyintai awak.



Thursday, November 10, 2011

demam smurf di malaysia?

korang pernah tengok kartun ni?
kepada yang tak tau..nilah kartun smurf...
aku agak sumer mesti tau,kan?
sape yang tak tau memang ketinggalan zaman gak ar..
ataupun dia adalah terlalu muda untuk kenal watak-watak dalam citer ni...


okelah...sebelum aku pergi lagi jauh, baik aku citerkan serba skit pasal kartun ni...


smurf
watak kartun ni mula-mula muncul dalam komik seorang kartunis berbangsa Belgium, Pierre Culliford atau nama penanya ,Peyo pada 23 oktober, 1958..lama tu sebelum mak aku lahir lagi..tajuk asal komik nya ialah Les Schtroumpfs dalam bahasa perancis atau De Smurfen dalam bahasa Dutch.


nak citer asal usul kartun ni memang panjang...almaklumlah dah tua bebenor umurnye.. tapi bukan aku nak cerita ni sebenarnya...aku pon bukannya minat kartun ni sangat...memang dari aku kecik-kecik aku tak pernah follow langsung citer ni tapi aku memang suka tang lagu dia...sesapa yang tak pernah dengar lagu dia. jom dengar...
*best,kan?


tapi tu pon bukan mende yang aku nak citer sebenarnya...
aku nak citer pasal kegilaan kartun ni...
aku tak tahu kenapa orang giler sangat dengan kartun ni...sebab tu ley bertahan sampai sekarang...terus terang aku cakap aku memang tak minat..
tapi maybe dia ada tarikan yang tersendiri yang aku tak pernah tahu kot...
sampaikan kat sepanyol ada sebuah perkampungan yang dicat biru sepenuhnya semata-mata untuk menyambut kedatangan movie smurf yang bakal ditayangkan disana...




perkampungan yang dikenali sebagai Juscar,berdekatan Ronda yang terletak di utara sepanyol ni dicat sepenuhnya menggunakan lebih dari 1,000 gelen cat yang berwarna biru menyerupai warna watak-watak dalam kartun smurf sempena menyambut kedatangan tayangan perdana smurf the movie pada julai lalu....








dan sebelum ni mati-mati aku ingat orang-orang kat malaysia ni tak minat kat citer kartun ni..rupa-rupanya jangkaan aku meleset...ramai rupanya peminat kartun ni...antaranya yang duduk kat area rumah aku ni...dan antara peminat terbesar siri kartun ni adalah PKNS.


tak percaya?
tengok ni....


boleh dikatakan semua blok PKNS kat seksyen 20 shah alam ni dicat dengan warna biru (termasuk kuning) macam dalam kartun smurf jugak...



*ni tempat letak moto bawah blok aku


caya,kan? besat ar PKNS.....memang smurf kipas-susah-mati diorang nih!

selipar lama

selipar kaler lain