jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Saturday, January 29, 2011

entry stail orang pemalas...

tak sehat...selsema batuk and headache!!!


tak termasuk separa schizophrenic!!!


so aktiviti arini;

BLOGWALKING 


FACEBOOKING


YOU TUBE


SAMPAI LU MAMPOS!!!!!

Friday, January 28, 2011

sesuatu yang memungkinkan sesuatu

aku pingin sekali berkata-kata tentang seseorang
yang aku sayangi 
yang aku cintai
tapi tak tahu dari mana patut aku mulai....
Kerana
tiada kata yang bisa aku unkapkan,
tiada titik yang aku bisa noktahkan
terus terang aku katakan
aku hanya manusia biasa
yang telah,sedang dan akan terus melakukan sesuatu
untuk menagih secebis cintamu
biarpun hati terluka
biarpun dilanda kecewa
kerana sesuatu inilah
yang bisa memungkinkan sesuatu...



Shera khalid

http//:seliparbiru.blogspot.com
12-10-10@7:34 am

Tuesday, January 25, 2011

sakit ape beliau ni?

seminggu gak budak ayie ni admit kat sital sultanah bahiyah...
bukan sakit mende pon..just nak complete kan antibiotik jer...kalau ikotkan budak sekor ni...memang haram dia nak makan ubat...takkan maunyer...so, nak tak nak, doktor terpaksa tahan beliau kat wat..


ayie dah discharge 19 haribulan aritu lagi..tup-tup sampai jer kat rumah doktor call...bagitau yang result platelets beliau tinggi....


memanglah kalau orang yang ade jangkitan kuman pada badannya sel darah putih dan jumlah platelets(sel darah kuning) akan meningkat... tapi result darahnya sekarang dah nik giler-giler tnggi melambung...mengalahkan paras normal orang dewasa pulak...(untuk maklumat paras platelets bagi orang dewasa adalah 150-400 x 109 per liter) tapi paras platelet ayie adalah 3,122 x 109 per liter, enam kali ganda lagi tinggi...


(untuk maklumat, ayie baru jer umur 13 tahun, belum msuk lagi kelas tingkatan2 untuk tahun 2011  dua sebab sakit..)


keadaan ini dipanggil thrombocytosis..ia bukan penyakit tapi ia adalah petanda kepada penyakit-penyakit yang lebih bahaya iaitu polycythermia, kawasaki disease, leukemia, penyakit-penyakit usus, kanser tulang dan lain-lain lagi.


apa pulak fungsi sel darah kuning atau platelets? klik sini, (maleh pulak nak cerite panjang)


ape penyakit beliau????


fakta 1:
harus diketahui bahawa beliau bukanlah sakit gigi...
beliau mengalami bengkak pada bahagian kiri bawah dagu..yang dikenali sebagai submandibular swelling penyakit ni tak melibatkan mana2 bahagian gigi...kompilasi paling teruk adalah jangkitan dan sakit...juga kesukaran untuk makan...


fakta 2:



beliau ditahan kat wad adalah untuk siasatan lanjut (macam polis lak) dan untuk antibiotik....sebab beliau sangat-sangat-sangat liat untuk makan ubat..(ok gambar macam ade orang laen pulak enterprem..dah beliau malu nak amik gambar sebab muka nya dah senget sebelah, nak wat mcm mner...hehehe.)


fakta3:
beliau admit kat spital sultanah bahiyah, doktor2 dari bahagian pergigian pediatrik yang merawat beliau..
doktor siti

dari kiri dr siti, dr azila(duduk) ayie(baring), dr john, dr nurul , dan abang-abang jururawat yang gendut hensem

doktor suspek beliau mungkin mengalami ketumbuhan@ kanser pada bahagian submandibular...sebab beliau langsung xde sakit gigi...doktor rancang untuk wat pembedahan kecil pada bahagian yang bengkak dan hantar specimen untuk dipastikn benar atau tidak jangkaan awl mereka...namun bengkak ini telah surut lepas beberapa hari antibiotik dan masalah lein pula timbul...


fakta 4:
setelah mendapati platelets ayie sangat tinggi, mereka mengambil keputusan untuk refer ayie kat bahagian kanak-kanak hospiatal sultanah bahiyah...


setengah jam jugak nak pujuk ayie amik darah kat sini...hadoi....doktor-doktor sumer dah bengang nak memujuk budak 13 tahun ni dicucuk...meraung sampai habis nafas beliau..(harap maaf gambar seterunya dah dipadam oleh beliau sebab beliau sangat menjaga kehenseman beliau).
tapi ape result darah beliau?


sama-samalah kita tunggu beliau follow up minggu depan...
harap-harap takde pe yang perlu dirisaukan...doakan je yang terbaek untuk beliau..

Tuesday, January 18, 2011

bila kita suda bosan....

bosan betul menuggu owg sakit ni...hmmm xtau nk watper..
selma ni dok kt spital selalu pikir pasal owg y sakit...tapi tak terpikir pulak ape org yang menunggu tu rase..

ni lah aktiviti kitorang sementara meneman ayie yang sakit kat spital semalam...






ok...yg tepi skali tu iqbal..aka blalang klik cini..
yang tengah tu, budak yang sakit...da semiggu kat spital...doktor pon kofius ape sakit nye...almaklumlah...doktor baru qualified...ade ke patut doktor tu boleh cakap.."sepanjang i blajar kat russia, tak pernah i jumpe penyakit camni..."
piiirah mabok...lu dok kat russia bakpe...dok ar kat mesia...kan da jumpe?

yg pkai bj biru tu yg pling cun...sape lagi...



saheh!!!!
memng xde keje...

Monday, January 17, 2011

malam gugurnya jantung kebumi

sedih...sedih...sedih..


selama ni shera selalu menyorok dari bercakap pasal mende ni...sedih sangat..


memedihkan..
menyedihkan
geram..
bengang..


tapi ape nak buat, benda da jadi...


menyesal tak gune


marah takleh ubah balik masa


tergamam...gugur jantung shera ke bumi..




ni kisah malam 12 disember 2010


shera on shiff malam...tetiba dapat call dari jejaka yang tak berapa nak hensem..."sayang...i accident,kereta terbalik"


shera terduduk...rase macam nak nangis...tak tahu nak cakap per...


"teruk ke? kat mane?"cuba berlagak cool,walaupun dah rase macam nak tumbang



"teruk jugaklah...bibir saya pecah.."


"gerammmmm...nape tak mati jer terus??"...tapi shera cakap dalam hati jer...

 lepas satu, satu masalah...insurans accident bulan 3 aritu still pending nikan pulak accident lagiii??


sejak hari Mr KCJ kesayangan shera duduk jer kat bengkel,tak pernah nampak lagi dah...area mane pon shera tak tahu...khabarnya..kat PJ


shera tak sanggup nak pi tengok...shera boleh dengar dia merintih panggil shera....maaf sayang shera bukan tak nak tengok...tapi hati shera sakit sangat tengok Mr KCJ yang dah xde rupe kereta lagi...


enjin da patut kene ganti baru...badan nye habis kemek...


lepas dua minggu baru shera berani tengok wajah Mr KCJ dalam facebook jejaka yang tak berapa nak hensem...lagi sekali jiwa shera hancur berkecai...lagi teruk dari ape yang shera bayangkan....shera terus menangis...


sampai sekarang pon shera still tak pergi jenguk Mr KCJ kat bengkel....



ntah macam mane rupenye sekang???











shera doakn awk cepat sembuh
dan kembali ceria seperti dulu....


SALAM SAYANG,
SHERA

Saturday, January 15, 2011

mengharap pada bintang

mase untuk mengemas barang!!!
shera daat coti-coti malaysia ....seminggu direct!!!
yahoooo...


tetibe ppulak shera terjumpa cd lamer...lagu-lagu dalam cd ni ni semua nye lagu english evergreen dan lagu-lagu country....shera actually tak kenal pon siapa penyanyi lagu-lagu ni....sebab semua artis ni da setat wat album sebelum mak shera lahir lagi...


antara lagu2 dalam cd ni adalah penyanyi asal untuk lagu-lagu popular macam lagu spiderman, wantanamera, to the girl i love before, i miss you like crazy, masterpiece of love, season of the sun, promise you,all i need to know dan lain-lain lagi....


lagu-lagu ni kalau dengar memalam memang terbuai-buai sampai tertido...


salah satu lagu lagu yang shera sangaaaat suker masa shera kecik dulu ialah lagu im wishing on a star. lagu ni sebenarnya dijadikan lagu tema drama the 10th Kingdom.....wei, shera suker giler drama ni weh...kalau sesapa pernah follow lah drama ni kat nTv7 di awal abad ke21...(da ghupenye shera hidop)





(best gilor citer ni)

wishing on a star
ROSE ROYCE



I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a dream
To follow what it means

I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a dream
To follow what it means

And I wish on all the rainbows that I see
I wish on all the people who really dream
And I'm wishing on tomorrow, praying it'll comes
And I'm wishing on all the lovin' we've ever done

I never thought I'd see
A time when you would be
So far away from home
So far away from me

Just think of all the moments that we'd spent
I just can't let you go, for me you were meant
And I didn't mean to hurt you, but I know
That in the game of love you reap what you sow

I feel it's time we should make up, baby
I feel it's time for us to get back together
And make the best of things, oh, baby
When we're together, whether or never

I feel it's time we should make up, baby
I feel it's time for us to get back together
And make the best of things, oh, baby
When we're together, whether or never

I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a dream
To follow what it means

And I wish on all the rainbows that I see
I wish on all the people we've ever been
And I'm hopin' on all the days to come and days to go
And I'm hopin' on days of lovin' you so

I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a star
Oh;oh;oh;
And I wish on all the rainbows that I see

I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a star
And I wish on all the rainbows that I see

I'm wishing on a star
To follow where you are
I'm wishing on a star
oh, oh, ah, ah

I'm wishing on a star, oh,oh
To follow where you are
I'm wishing on a star, baby
To follow wherever you might be

Wishing in a star, oh, oh
To follow where you are, oh, oh, ah, ah


SIAPE AGAKNYE ROSE ROYCE?

owh diorang ni sebenarnya goup penyanyi country  Disco, Soul, Funk, Urban, Quiet Storm. ditubuhkan pada tahun 1973 di los angelas usa...
dianggotai oleh 5 orang termasuk sorang pompuan...tapi banyak back up singer...
antarnya Henry Garner (drums), Terral “Terry” Santiel (congas), Lequeint “Duke” Jobe (bass), Michael Moore (saxophone), Rose Norwalt (lead vocals) , Kenny Copeland (trumpet, lead vocals), Kenji Brown (guitar, lead vocals), Freddie Dunn (trumpet), and Michael Nash (keyboards)
maleh nak citer pepanjang...ala...kirenye diorg ni penyayi lahhhh....abes citer..


okalh shera nak neik bas da ni flight malam ni..
horayyyyy balik kampung!!!

Friday, January 14, 2011

ntah ler tak tau pon? (perlu ker?)

dah lame gak shera dapat mende ni dari emel...tapi baru sekarang shera terpikir nak kongsi ngan uols...


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan




4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.




5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.




6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.




7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.




8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.




9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.




10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.




11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.




12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.




13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.




14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya


Thursday, January 13, 2011

kenapa susah nak carik jodoh?

hmmm...kenapa susah sangat nak carik jodoh?
kenapa tetiba lak shera terfikir nk wat entry macam ni arini?

bukan per...tetibe lak shera terfikir kenapa orang pompuan kengkadang susah sangat nak dapat jodoh,susah sangat nk kawen...

dalam islam memang da ade guideline untuk memilih pasagan..tapi kekadang orang kita salah menafsir ape yang telah ditetapkan...kita terlalu memilih dengan ape yang ade pada luaran tanpa selidik apa pon maksud dan  yang tersirat

yelah...kalau banyak sangat pra-syarat untuk memilih pasangan, memanglah susah nak cakap. kriteria ni kekadang susah nak carik kat lelaki zaman sekarang ni...apa kata kita tinjau apa pra-syarat untuk mencari pasangan yang sebenarnya tak patut ada untuk memilih pasangan.

1.nak yang kacak
pertama-tama sekali kita akan memandang betapa kacaknya seorang lelaki tu..bukan kita tak boleh pilih yang kacak, tapi sebenarnya kacak tu selalunya tak bermaksud hati dan budi. benda ni subjektif pada pandangan mata manusia. kenapa mesti pilih yang kulit cerah, tinggi, body builderla...kalau nak yang kacak, tapi perangai hampeh, apekejadah nye?

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

 "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."


lagi satu, lawa sangat ker kite ni nak cari yang kacak?

2.nak yang kaya dan kerja tetap
ni salah satu alasan paling selalu kita dengar. shera pernah tanya pada seorang kawan. 'boleh jamin ker yang dia akan kerja macam sekarang lepas kawen nanti? dibuek nye tetibe ekonomi gawat, and suami anda tetiba muflis, apakah anda akan terus bersamanya?' terjaminkah kebahagiaan tu?fikirkanlah...

lagipun, semiskin mana agaknya kita kalau terlalu mengimpikan lelaki yang kaya?

3.nak yang perfect
nak yang perfect dari segi ape? jasmani? rohani? sebelum tu, shera nak tanya, berapa perfect diri kita? pernah tak kita menilai diri kita sendiri sebelum menilai orang lain? cukup lengkap kah kita? kenapa perlu jadi perfectionist?
bukan ker dalam suatu perkahwinan itu sebenarnya kita saling melengkapi, bukan nya  mengharapkan orang lain melengkapkan kita.

4.nak yang bertanggungjawab
ni lagilah shera tak faham...tanggungjawab dari segi ape? pelik betul shera dengar statement macam ni....ape yang shera fikirkan ialah 'tanggungjawab lepas buat you buat i jadi dah tak dara?' macam ni ker cara kita memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?


5.nak cari yang beragama
oklah... mencari pasangan yang beragama memang sangat-sangat dituntut dalam islam...tapi kalau setakat dalam pihak perempuan yang terlalu mencari yang lelaki beragama, alim dan boleh membimbing kita setelah berkahwin, kita bukan kita je yang membimbing suami kita setelah berkawin kelak? ingat ini drama tv ke? setidak-tidak pun kita saling membimbing. kan itu lebih elok?


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
 
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

6.nak yang baik 
ni lagi satu kriteria yang shera tak faham...baik dari segi ape? maksudye tak pernah masuk penjara? tak pernah kena tahan dalam lokap? tak hisap rokok? tak ambil dadah? tak main perempuan? (memanglah...sape nak nak lelaki macam ni, kan? shera pon taknak...aaiii....mintak jaauuuhhh...)
oklah..katakan kita dah dapt lelaki yang baik gile babas pijak semot pon tak mati? boleh jamin  ke yang hati dan budi kita ni sebenarnya baik gile babas jugak? dijamin takde unsur2 pemikiran negatif?


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."


7.nak yang penyayang
mana kita tau lelaki yang kita pilih ni penyayang ke tidak? kan ke lelaki ni spesis yang susah nak tunjukkan kasih sayang? nak test, buat ujian banyak2 kat lelaki tu, pastu kalau pass sume test...baru leh wat laki...macam tu?


kamon lah...be reality....sejahat-jahat anak adam yang tuhan jadikan ni ade sifat penyayang nye...mane de manusia yang tak penyayang? tell me..show me...tak kanlah yang ni pun susah bebenor nak cari..


8.nak yang hormat kat kita
ni lagi satu...paling jelik bila orang yang tak reti2 nak hormat kat orang lain...tetiba cakap nak carik lelaki yang hormatkan dier!! hish...
(geli geleman aku....eeiiii...)




banyak lagi kriteria lelaki yang selau shera dengar dari mulut kawan2 shera...tak semestinya lelaki yang kita cari tu MESTI dan seMESTInya ade kriteria yang kita nak...
sesungguhnya manusia itu diciptakan allah secara berpasang-pasangan, jangan jadikan ini sebagai halangan untuk kita mencari jodoh..


dan satu nasihat yang agak klise dari shera....
jodoh pertemuan di tangan tuhan....kalau belum sampai jodoh, maksudnya Allah belum temukan si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. carilah...bumi tuhan ni luas..lagipun ketentuan Allah tu datang dengan usaha kita jugak. takkan nak tunggu jodoh tu datang bergolek pulak.

CERMIN-CERMINKAN....
SELAMAT BERAMAL

Wednesday, January 12, 2011

novel: bila cinta didusta III


Universiti Kebangsaan Malaysia
Julai 2004


SUZANNE berjalan cepat-cepat. Cuaca hari itu panas terik. Dia menapak pulang dari kampus ke asrama menjelang pukul 4 petang. Malas dia hendak mengulangkaji di perpustakaan seperti biasa. Matanya sudah terlalu mengantuk. Beg yang digalasnya terasa semakin berat. Semakin penat. Sebaik tiba dihadapan pintu biliknya, dia terlihat sekeping sampul surat terselit di celah pintu. Cepat-cepat dia menarik surat itu keluar. Dia teruja. Rasa mengantuknya tiba-tiba hilang.

‘Untuk Anna’. Demi melihat nama yang tertera di sampul, dia kecewa. Kalau ikutkan hati mau saja dikeronyok dan dibuang. Kalaupun bukan dari Kamil, mungkin dari Jamal. Mungkin juga Azhar atau Mukhlis. Mungkin juga dari ‘secret admirer’ Adrianna yang lain. Suzanne semakin menyampah. Dia segera membuka beg sandang dan mencari kunci sebelum melngkah masuk ke bilik. Adrianna dilihatnya sedang bersenang lenang di katilnya sambil membaca majalah hiburan.

“ANNA, surat lagi. Untuk kau.” Dia mencampakkan sampul yang berwarna merah jambu ke riba Adrianna. Kasar. Adrianna segera duduk. Terkejut dengan sergahan Suzanne.

            “Kot ya pun, janganlah marah. Bagi elok-elok sikit, tak boleh ke?” Adrianna menahan amarah. Namun dia tidak terus memarahi Suzanne. Sebaliknya, sampul itu dibelek dan dicium. Harum. Suzanne dilihatnya melabuhkan punggung di meja bacaan sambil mencapai akhbar yang sempat dibelinya sebelum pulang.

            “My love, sweet Anna…siapalah agaknya, ya? Bertuah betul hidup aku.” Adrianna tersenyum sendiri sebelum membuka sampul itu. Dia sempat menjeling kearah Suzanne yang berpura-pura khusyuk membaca akhbar, seolah-olah tidak mendengar kata-kata Adrianna.

            “Ala…entah mamat sesat mana yang tersilap bagi surat tu kat kau. Entah-entah nama awek dia Suzanna” Suzanne sinis. Malas dilayan sikap mengada-ngada sahabatnya.

            “Yelah. Entah-entah untuk kau. Kan, su? Kau bacalah…nak juga aku tau...” Adrianna menyerahkan surat telah yang dibacanya kepada Suzanne. Senyumannya sinis. Suzanne kaget dengan kenyataan Adrianna.

            Suzanne menyambut surat itu tanpa teragak-agak. Dia membuka kandungan surat iu dengan rakus.

            “Kehadapan adikku yang cantik, manis dan jelita, Adrianna…ishk...mamat mana yang tulis ni? Surat ni untuk kaulah, Anna!” sambil merungut, dia menyerahkan kembali surat itu kepada Adrianna.

            “Hahaha…tau pun kau. Surat ni untuk Adrianna. Diulangi, untuk Adrianna! Bukan untuk kaulah Su! Mamat buta manalah nak tulis surat cinta untuk perempuan ulat buku macam kau ni, Su! Hahaha…” Adrianna menyambut surat dari Suzanne dengan hilaian tawa. dia telah berjaya mengenakan Suzanne.

            Suzanne sebal. Geram dengan kata-kata Adrianna. Dia mengetap bibirnya.. Segera Suzanne berlalu dari situ. Kakinya dihentak-hentak. Geram. Gelagat Suzanne membuatkan Adrianna kembali ketawa. Kali ini terbahak-bahak. Namun dia tahu rajuk Suzanne tidak akan lama.

            “Jaga kau Adrianna. Satu hari nanti, aku akan kenakan kau balik” Suzanne mengguman dalam hati. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik. Dia mula menyimpan dendam.


selipar lama

selipar kaler lain