story ni khas ku tujukan untuk si MAMAT YANG TAK BERAPA NAK HENSEM a.k.a wak jo tentang apa yang dia dah buat kat aku lebih kurang bulan lalu, yang dia katakan aku sangat kurang hajar dengan dia, and tak hormat kat dia….aku nak dia tahu yang hati aku teramat sakit dan berparut smpai ke belakang tumit dan berjaya membuat aku teramat-amat bengang sampai perut aku pon boleh berkeroncong lagu black metal
(sebab bila aku dah bengang, aku akan berasa sangat lapar, sampaikan kepala lori sekalipon aku boleh telan…)
hari tu aku terpaksa dan dipaksa untuk balik ke kampung, walaupun cuti aku aku hanya 2 hari setengah, urgent sangat-sangat untuk balik ke kampung nun di alor star kedah semata-mata untuk amik geran kereta aku dari maybank
tujuan aku rush ambik geran tu sebenarnya untuk dihantar ke puspakom. almaklumlah aku nyer kete baru nak kuar dari bengkel, dan enjinnya dah ditukar. So, untuk mendapatkan pengesahan dari puspakom, diorang akan mintak geran kereta yang ori dari bank
banyak hallah pulak diorang ni….terima jelah yang fotostat tu..ingat senang ke aku nak mintak coti balik kampung? ingat tak penat ker naik bas 6 jam dari shah alam?
nasib baik bank tak banyak kerenah, just nak mintak tandatangan pengesahan dari owner jer, kalau tak aku rase maunya aku mengamuk dekat pegawai bank tu jugak….
bukan sebab aku taknak balik kampung, jumpa kedua ibu bapa tercinta, tapi masalah nya apa kes aku nak balik kampung kalau pukul nam pagi sampai alor star, malam nanti nak naik bas balik shah alam pulak..Hang ingat aku wonder women ke apa…
TAPI ITULAH REALITINYA…
selesai jer urusan aku kat bank, terus aku rush pulak pi shahab perdana untuk beli tiket bas. nasib betul-betul baik aku baik sebab aku dapat beli tiket bas pukul 11.30 malam karang. yelah..Time-time penghujung cuti sekolah ni, susah sikit nak dapat tiket, pasal semua orang dah balik key el untuk mulakan sesi baru persekolahan (skema la pulak ayat aku..tak boleh blah)…
maka disini lah bermulanya episode paling bangang dalam hidup aku….terima kasih kepada JEJAKA YANG TAK BERAPA NAK HENSEM sebab berjaya menjadikan kebangangan ni sebuah reality yang paling bangang selama aku hidup….
sedap betul aku terlelap dalam bas…sedar tak sedar dalam pukul 4 lebih bas dah nak masuk negeri Selangor…mau nya tak letih? dah sepanjang hari aku berjalan…ingat aku boleh tahan ker?
(*1-oh, ya..lupa lak nak cerita, pas aku pi beli tiket bas kat shahab perdana mergong, aku terus ikut mak bapak aku pi kenduri kahwin sedara belah mak aku kat Bandar darulaman, jitra in case lah takut aku tak sempat makan malam karang, lagipon memang sepanjang hari aku tak makan langsung…komitment punya pasal…)
(*2-elloo...yang tak tau jauh mana antara mergong dengan jitra tu tolong jangan buat kesimpulan sendiri…sila google map untuk kepastian..)
aku tersedar bila tetiba bas berenti secara mengejut…aku betul-betul fikir yang bas ni dah accident..maybe aku da arwah dah kot? rupanya sangkaan aku meleset…bas ni rosak rupanya…betul-betul lagi berapa km nk sampai bawah sign board ‘SELAMAT DATANG KE NEGERI SELANGOR’. owh rupenyer dah masuk sabak bernam….
aku tengok jam dah nak masuk pukul 5 pagi…agak aku lah sebab jam aku ni cepat 15 minit dari waktu sebenar…yelah..jam pakai kerja memanglah cepat sikit timing nyer..biaselah…
mamai, mengantuk tapi still boleh tahan lagi…takpelah…biasanya kalau bas rosak, diorang pakai back up team, mesti ada punyalah bas lain yang akan datang unuk bawak kitorang(penumpang baslah..) untuk ke destinasi..
malangnya setelah hampir 2 jam menunggu..back up bas yang datang kebanyakannya just masuk key el and klang….abes, macam mana dengan shah alam? aku dah mula risau…dahlah sejuk pepagi buta ni, penat. perut makin berkocak…aku rase rase pon back up nasi kenduri kawin siang tadi dah makin hilang kesannya..yelah…dah berapa jam…
Last-last driver bas tu boleh kata back up bas yang untuk ke shah alam akan datang pukul 8 karang!! gila ker ape??aku dah makin lapar ni…penat…and then dia boleh cakap, kalau nak cepat, pegi jer key el, pastu cari bas lain dari sana…aku dah start bengang..tapi boleh handle lagilah bila dia kata boleh claim balik kat kaunter bila sampai pudu nanti…
Ah! aku tak larat nak tunggu lama-lama..dahlah sejuk, menggigil dengan aircond bas ni…harap air cond sejuk bakpe, enjin tak leh hidup..(aku pon heran..tang mana enjin, tang mana air cond?) maunya aku suruh jer driver bas tu tolak bas dari sabak bernam sampai shah alam..pastu nanti berenti betul-betul depan rumah aku..
TAPI AKU TAK GAMAK...AKU KAN BAIK HATI ORANGNYE…
pastu, bile ada jer bas back up berenti, aku terus ambik keputusan untuk tukar jer bas…even bas tu masuk key el…takpelah…redah jer…aku tak larat nak tunggu sampai ke siang…banyak lagi perkara wajib aku nak kena buat…(makan misalnya…)
aku berjaya menjejakkan kaki kat pudu sebelum pukul 7 pagi…fulamak..pudu baru lah…canggih woo…and perkara pertama ialah mencari kaunter tiket..(baru aku ingat…bas eagle express…memang sumpah aku takkan naik bas ni lagi dah balik ampung nanti) dan aku yakin sebelum pukul 7 pagi takde maknenye kaunter tiket bas nak bukak….
untuk menghilangkan rase frustrated aku dan menunggu bila masenye kaunter tiket nak bukak..melilau aku cari toilet kat dalam pudu ni…haram jadah sumer kunci..adaka patut! terpaksa aku tunggu kat depan toilet sampailah ada cleaner yang bukakkan kunci toilet…maka dapatlah aku basuh muka cuci taik mata sikit-sikit…
tapi untuk tunggu kaunter bukak, aku rase maunya aku kene tuggu sampai pukul
10 karang…takpelah..aku kasi halal jer lah duit tu…maleh aku nak claim…penat sangat dah ni… perut, dapatkah kau bertahan lagi?
Time nilah JEJAKA YANG TAK BERAPA NAK HENSEM baru sibuk-sibuk nak call, Tanya pukul berapa nak sampai.. Tau tak aku terkandas kat key el ni? kalau boleh, beliau nak jugak-jugak aku sampai sebelum pukul 9 pagi sebab beliau nak terus ke puspakom.
aku pon dengan kelam kabut keluar dari pudu cari LRT untuk ke KL sentral.then, cari komuter ke shah alam pulak. baru aku teringat stesen PUTRA plaza rakyat betul-betul kat belakang pudu (even aku selalu naik LRT, tapi aku sebenarnya tak pernah naik PUTRA…manelah aku tau nak naik ke arah Gombak atau seri petaling? ) tapi aku taulah kalau nak naik Komuter kene turun kat Stesen Bandaraya..Tang mana sebenarnya bandaraya sebenarnya tu pun aku tak tau…yelah..aku dok shah alam, bukannya key el…
Part yang paling malang untuk aku bila aku tertinggal fail geran kereta aku kat toilet pudu! nasib baik aku sedar awal, sebelum aku naik PUTRA lagi. so aku terpaksa minta kebenaran dari akak yang jaga kaunter PUTRA tu untuk patah balik ke pudu pi cari fail aku yang tertinggal. nasib baik jugak tertinggal kat pudu, kalau tertinggal dalam bas?
Time aku sampai balik kat pudu, ada pakcik ni dah duduk sedap depan kaunter toilet. (And aku percaya pakcik nilah orang yang jaga toilet,kutip duit toilet-tadi takde pon?..) aku buat tak tau terus meluru ke dalam toilet even aku dengar pakcik tu panggil ‘miss,miss’…what? aku bukan nak kencing! aku nak ambik fail aku tertinggal lah! waktu aku keluar tu jugak baru aku perasan dua tiga orang brader yang duduk-duduk kat situ time sebelum aku berangkat tadi still ada kat situ lagi…tersengih-sengih macam kerang busuk!
bila sampai balik kat PUTRA, aku still konfius samada nak naik ke arah Gombak atau arah seri petaling sebab dua-dua nanti memang akan bertemu di stesen bandaraya. last-last aku nekad jer naik Putra arah seri petaling. pastu barulah aku tau yang aku dah salah naik keretapi bila perhentian berikutnya hang tuah. sepatutnya perhentian berikutnya kalau aku nak ke bandaraya ialah stesen masjid jamek. korang konfius ker? aku pon konfius gak….
Time tu jugak aku turun keretapi tu and pergi kat perhentian arah yang bertentangan….dipendekkan cerita, akhirnya sampai gak aku kat stesen bandaraya….
satu hal pulak dah sampai stesen bandaraya, aku terpaksa cari manelah pulak stesen komuter ni? merayau-rayau aku pepagi buta kat area tu…ikut sign board, tapi separuh jalan jer diorang pacak…tak tunjuk habis…sampai last sign board aku follow, pastu hilang! patutlah orang cakap DBKL ni pamalas…sekarang baru aku percaya!
Time aku konfius, mengantuk, lapar, penat, dengan kaki sakit (sebab kasut yang yang aku pakai makan kaki…) time tu jugak JEJAKA YANG TAK BERAPA NAK HENSEM call, suruh aku cepat sikit….nak jer aku jerit kat dia tengah-tengah key el tu yang AKU DAH SESAT LAH WOIII!!!! padahal jam belum lagi pukul 8
Last-last aku dah give up, and terlampau penat gila babas, rasenye macam nak tidur jer kat kaki lima. At least aku bolehlah rehat barang sekejap, tu pun kalau DBKL tak halau lah….
Dan aku rasa bab paling bodoh bila aku hantar mesej kat JEJAKA YANG TAK BERAPA NAK HENSEM mintak dia tolong datang jemput aku kat sini, sebab aku betul-betul dah taklarat nak berjalan, aku rase macam nak pengsan kat sini and yang paling penting sekali aku dah sesat…
dia boleh jawab ‘AWAK GILE KER NAK SAYA JEMPUT AWAK DEKAT KL TU?’
lagi parah jiwa aku… rase macam nak nangis jer time tu (tapi memang aku dah menangis dah pon)….sekuat manapun aku, time tu aku betul-betul give up, tak larat langsung nak melangkah lagi..
aku pon reply ‘TAKPELAH KALAU MACAMTU, DARI AWAK JADI GILA, BAIK SAYA JER YANG JADI GILA MERAYAU-RAYAU KT KL NI SORANG-SORANG, PUAS HATI?’
Dan buat kesekian kalinya aku rase yang dia takkan faham…
Dan satu-satunya petunjuk yang aku dah tak sesat bila aku nampak orang ramai-ramai datang dari satu arah. gaya diorang macam nak ke ofis, dan bau perfume diorang pon wangi jer…seolah-olah baru jer disembur…(yelah..pepagi macam nikan time orang masuk ofis….) aku pon follow dari arah mana diorang datang…sekali macam jejak pemburu jejak daaa..
baru aku tau yang stesen komuter tu sebenarnya kat seberang jalan..kene lalu jejantas…memang takde satu signboard pon kat sini yang mengatakan stesen komuter tu sebenarnya jaaauuuhhh lagi…
And aku pon baru sedar yang duit dalam dompat aku tinggal rm10 jer….manalah aku terpikir nak cari ATM…kepala otak aku kan tengah serabut! dan kenapalah tak ada orang jual kopok ker, air ker kat stesen ni? boleh jugak aku isi perut sikit sementara menunggu keretapi…tapi realitinya…TAK ADA!!
nasib baik mak supply jeruk pelam satu Tupperware…boleh jugak aku buat sarapan. And aku perasan awek sebelah kanan aku and amoi sebelah kiri aku jeling-jeling jer kat jeruk pelam aku ni. tak taulah samada diorang kecur air liur tengok aku makan jeruk ataupun diorang heran tengok aku makan jeruk pepagi buta macam ni. tapi perasaan aku lebih kepada yang nombor dua. Ah, lantaklah…perut aku dah pedih gila babeng dah ni….
Time tu jugak baru aku sedar yang kaki aku yang melecet ni sebenarnya dah berdarah..penuh kasut..patutlah aku rasa becak jer dari tadi. rupanya dah becak dengan darah…
dipendekkan jugak cerita, akhirnya komuter ke shah alam pon sampai dengan jayanya…syukur alhamdulillah….boleh lah aku makan nasik sampai shah alam karang…
cerita aku tak habis kat situ jer…elok sampai kat stesen shah alam seksyen 19, JEJAKA YANG TAK BERAPA NAK HENSEM dah pon menunggu dengan muka masam…dahlah tak hensem, buat pulak muka macamtu, tetiba lak perut aku berkeroncong balik…tension betul…tujuan dia untuk dapatkan geran kereta tu jer…bukan sebab nak jumpa aku pon!
kalau aku seorang lelaki, aku akan tanya tunang aku; penat ker? dah makan ker belum? nak makan tak? cukup tidur ker tak? sakit kaki ker, setidak-tidaknya aku akan tanya tunang aku macam mana rumah, ataupun pasal perjalanan aku tadi. tapi realitinya TIDAK!
tanpa sepatah kata beliau hantar jer aku terus kat rumah…habis macamtu jer…bila aku tanya, nak terus ke puspakom ker?
dia boleh jawap ‘PENATLAH…NAK SAMBUNG TIDUR..TENGAH HARI KARANGLAH PERGI’
ADUHAI…..TEPUK DAHI AKU!!!!
perlukah aku cekik seseorang????
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..