HARI minggu yang sungguh tenang. Cuaca amat panas. Bosan duduk dirumah. Sepanjang hari dia asyik mendengar tangisan Aryan. Khairul semakin rimas dengan rengekan Aryan. Apabila ditanya perihal Aryan, Adrianna hanya menjawab Aryan demam biasa. Penat dia melihat Adrianna kehulu kehilir memujuk Aryan. Bila dipelawa untuk membawa Aryan ke klinik, Adrianna enggan. Menurutnya Aryan baru sahaja dibawa ke klinik malam tadi. Akhirnya Khairul mangambil keputusan utuk keluar.
“Demamnya belum kebah lagilah sayang. Baru sepuluh minit I bagi ubat demam. Nanti tertidurlah ni. Kan Aryan, kan?” Adrianna tenang menjawab. Tangannya menepuk belakang Aryan. Mulutnya sekali-sekala kedengaran berzikir bagi menenangkan anaknya.
Setelah pasti Aryan sudah mulai tertidur, dia menghenyakkan punggungnya ke sofa. Aryan diletakkan secara meniarap di ribanya. Peti televisyen dipasang perlahan agar tidak mengganggu Aryan.
“Are you sure don’t want to seek doctor for Aryan?” Khairul mempelawa sekali lagi. Sekadar mendapatkan kepastian.
“Tak payah. I boleh handle. Thanks.” Adrianna menolak. Matanya tidak lekang dari kaca televisyen. Tangannya masih menepuk lembut Aryan yang diribanya.
“Kalau macam tu, I keluar dulu.”
“Kemana?” Adrianna menoleh.
“Car wash. Basuh kereta. Kenapa? Ada barang dapur nak kirim ke?”
“Hmm...Nothing for now. But if got anything I’ll message. You’ll bring your handphone, dear?” Adrianna bertanya kembali.
“Ada. I bawa. I’ll go now then. Bye.” Khairul berkata sebelum berlalu keluar mendapatkan kereta.
“Okay.” Adrianna kembali menonton televisyen. Baginya tidak ada apa yang perlu dirisaukan mengenai Khairul. Kesihatan Aryan lebih utama. Tangannya tidak berhenti menepuk belakang Aryan. Sesekali mengusap belakang bayi itu. Sayangnya kepada Aryan melebihi segala-galanya.
DIA leka membaca akhbar. Seketika, dia berhenti membaca untuk meneguk kopi. Suasana di gerai itu sangat tenang. Hanya terdapat beberapa orang pelanggan selang dua buah meja daripada mejanya. Kedengaran bunyi deejay radio sedang berceloteh. Sekali sekala deejay memainkan beberapa buah lagu. Khairul tidak pasti topic apa yang sedang dibincangkan. Sekadar untuk memeriahkan suasana. Dia sengaja memilih gerai yang paling hujung untuk menikmati secawan kopi agar dia dapat melihat keretanya dengan jelas.
Seberang jalan bertentangan dengan gerai yang dikunjunginya, dia dapat melihat beberapa petugas car wash sedang tekun membasuh kereta proton perdana V6 kesayangannya. Mula-mula mereka menyiram air sehingga membasahi keseluruhan keretanya. Kemudian meletakkan entah apa-apa sabun untuk mencuci keretanya. Dia tidak pernah mengambil tahu bahan kimia apapun yang digunakan. Yang dia tahu, keretanya sudah bersih dan selesa untuk dipandu.
“Khairul!” Dia tersentak. Seseorang memnggil namanya. Bahunya ditepuk dari belakang. Kuat.
“Muaz! Hey, kau buat apa kat sini? duduklah” Khairul mempelawa. Seketika, mereka bersalaman.
“Lama betul aku tak Nampak kau. Makin handsome sekarang, ya?” Muaz, bekas rakan sepejabatnya masih belum berubah. Masih suka memuji.
“Well, macam biasa. Aku sentiasa kacak.” Khairul berseloroh.
“Aku dengar-dengar kau dah kahwin,kan?” Muaz bertanya.
“Dah dekat setahun pun. Anak aku pun dah besar.”
“La... lama betul rupanya aku tinggalkan CempakaSari. Tak sangka betul. Apa khabar Hartini sekarang?” Khairul terdiam seketika. Wajah Muaz direnung dalam-dalam.
“Dah lama aku tak jumpa Hartini. Aku pun tak tahu mana dia sekarang.” Khairul tidak berselindung. Muaz terlopong.
“Tapi dulu kan...” Muaz tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia sedia maklum kisah percintaan Khairul dan Hartini sejak beberapa tahun lalu. Dia juga pernah mewakili Khairul sewaktu majlis pertunangan mereka dahulu.
“Adrianna isteri aku sekarang.” pendek jawapan Khairul. Tapi mampu membuatkan Muaz terus terlopong.
“Arianna? Tapi..” Muaz masih tidak dapat meneruskan ayatnya. Dia segera teringat kisah semalam. Betapa mesranya Adrianna berdampingan dengan seorang lelaki berhampiran kawasan pejabatnya. Dia melihat Adrianna mendukung seorang bayi. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga. Betapa menyampahnya dan bencinya dia melihat kebahagiaan ‘keluarga’ itu. Bagaimanapun dia amat pasti lelaki yang ditemuinya bersama Adrianna itu bukan Khairul.
“Tapi apa?” Khairul bertanya. ada sedikit senyuman dihujung katanya. Geli hati melihat rupa Muaz. yang terpinga-pinga. Namun dia tidak tahu apa sebenarnya yang difikir Muaz.
“Berapa agaknya umur anak kau sekarang?” Muaz menukar topic. Dia cuba menyiasat. Ingin dipastikan apakah yang dilihatnya semalam benar-benar Adrianna atau orang lain.
“Lapan bulan. Kenapa?” Pendek jawapan Khairul. Muaz tersentak.
‘mungkin juga bukan Adrianna.’ Muaz berbisik dalam hati. Cuba untuk menafikan apa yang dilihatnya. Tak mungkin dia akan memberitahu Khairul mengenai pertemuannya dengan Adrianna semalam.
“Hey, story lah sikit. Macam mana kau boleh sangkut dengan Adrianna pula.” Setahunya dulu sedikit pun khairul tidak pernah hairan dengan godaan Adrianna yang seksi dan tergedik-gedik.
“Hartini tipu aku...” Khairul menghela nafas yang panjang. Dia lalu menceritakan bagaimana akhirnya dia berkahwin dengan Adrianna, dan bukan dengan Hartini yang pernah dicintainya.
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..