jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Friday, November 27, 2009

selamat menyambut raya haji....

entry aku utk arini adalah....
selamat menyambut hari raya haji!!!!

mintak maaf zahir dan batin!!!

Tuesday, November 24, 2009

perempuan memang tak guna...

i dapat artikel ni dari 'somebody' yg send kt emel i few years ago...yesterday when i read blik emel lamer,i terbace balik artikel ni,so i think you all patut bacer eventought u all musti dah tau...anyway ni just nak refresh balik pale hotak kiter yg sebenarnyer dah tersumbat ngan unsur2 karat and berkerak....enjoy...

1.Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.

Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.
Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik"'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.
Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.
Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

-insaf tak?-

Monday, November 16, 2009

mari berpantun bersama kak shera...

ape entry aku utk mlm ni?aku igtkan nak berpantun jelah malam ni...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan aku makan,
suruh berpantun aku xtahu

waah...pandai sungguh aku mencipta pantun...xsangka ek?jangan marah....

dulu mser aku sekolah aku memang juara bab berpantun...almaklumlah akukan budak sastera..so,apa2 event,akulah yg tuliskan skrip nyer...siap pantun 8 kerat lagi...jgn xcaya...aku memang akui dulu cinta aku terhadap sastera memang tinggi...aku start membaca novel dari darjah 2 lagi...(awal,kan?macam xcaye jer...kalau korang time ni musti lari2 lagi,xpakai sluar,kan?) and novel yag selalunyer jadi perhatian aku adalah novel penyiasatan bersiri the hardy boys...novel pertama dari genre sastera dan sejarah yg pertama aku bcer mase aku darjah 4,tajuknyer debu2 hiroshima...kisah benar abdul razak,satu-satunyer anak melayu yang hidup di jepun mser hiroshima dibom oleh amerika...(tahun bile la ni aku dh x ingat....xsilap aku tahun 1941 sampai jepun menyerah kalah kt amerika....korg musti xpernah jmpe n bcer novel ni,kan?kan?)novel ni memang betul2 mengubah perseption dan haluan aku hidup aku seawal yang mungkin...and start dari situlah aku start menjadi pembaca novel yang setia,sampailah aku besar skrg ni....

antara novel2 kesayangan aku...(kawan2 yang kenal ngan aku musti xcayer pnyer ble dapat atu mende ni...yelah aku kan bengong2 sket orgnyer....)
  • dewa cintaku-dila hussein(novel terbitan pertama rosyam nor)
  • trilogi bagaikan puteri-ramlee awang murshid(sumer 3 siri aku beli)
  • ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih siri 1&2-Habiburrahman el-syrozi (aku beli setahun sebelum kuarnyer movie ayat2 cinta and ketika cinta bertasbih)
  • hartini-aziz afkar(novel klasik terbitan tahun 1972,)
  • awang vampiro-nizam zakaria (kisah hero melayu yg xpernah kte kenal,watak2 dia macam betul2 hidup,respek betul kt novelis dia)
  • mangsa-fathilah anas (sepuluh kali aku bcer,sepuluh kali aku nangis...xtau knape)
banyak lagi nak criter kt cni...oklah...dah nak start wat keje...dah kul 5.30am abis keje kul 7,pastu tido,esok coti....

Sunday, November 15, 2009

peace no war....


kitorang dah berbaek...jangan marah.....


(ni bkn gambar aku,ek!!)
aku mne lah marah lamer2 ngan dia...paling kuat pon smiggu jer....coz aku sayang giler2 ngan dier...xtaulah sma ada aku ni kene angin pukau atau pn....xbaek tau...yang aku tau..inilah cita aku satu-satunyer n buat selamenyer...

jiwang abis,beb!!!

arini aku edit layout aku...cantik x?cantik atau x,sile beri komen anda...timekasih.....


Friday, November 13, 2009

sesi meluahkan perasaan...

malam ke3?waaahhh...hebatnyer aku!!!
tapi apahalnyer malam ni sumer org meluahkan perasaan?
tadi aku bace perasaan che ma kat facebook,banyak lagi problem dia kat arab nun...aku ingatkan dah pi arab,settle ar problem dia rupenyer lagi same jer....hmmm...

ni sambil aku menaip,sambil mendengar luahan perasaan sarah and nurul...masing2 ada tekanan kat tempat kerja...masing2 stress...hai...kiter sumer senasib..mne de tmpat kat dunia ni yg xde masalah...

tapi masalah kitorng ni berpunca dari bos kitorg yang bodoh lagi bahalul..!!
tulah sayang sgt kt anak buah dia,tapi dia xsedar yg anak buah dia dah pijak2 kepala dia...bodoh tahap kambing...kitorng ni hanya perhatikan dari jauh dan gelakkan kebodohan dia...

sumpah aku xpernah jumpa org sebodoh bos kitorang tu...seumur hidup aku..nilah pertama kali...

Thursday, November 12, 2009

gaduh,gaduh,gaduh dan gaduh lagi....

gaduh!!!aku ker yg ego sebenarnyer??
sebenarnyer aku kesian sangat2 kat dia...tapi aku geram!!!!!geram!!!!bengang!!!!!
maybe sebab hormon,kot??tapi memang aku tengah stresss sangat2 skrg ni!!!!
salah ker aku???ker sebab stress aku lepaskan geram kt dia???aduh!!!

ape patut aku buat??
kanda maafkan dinda xmampu kawal perasaan dinda...tapi dinda harap kanda dapat fahami dilema yang dinda hadapi...
(ayat skema habis!!)

korang nak tau ape dilema aku???mesti korang terkejut bile dapat tau hal ni,kan?semalam dahlah aku bengang pasal xdapat coti raya,hari ni mak aku call suruh aku putuskan tunang!!!!korang mesti terkejut,kan?kan?kan?alasan sebab kitorg dah lamer sgt2 tunang and still xde tanda2 yg kitorang nak kawen!!!dah 6 tahun,beb!!!!munasabah ker alasan tu?kalau korang jadik aku,ape korang nak buat?????

Wednesday, November 11, 2009

xdapat coti raye!!!!!geramnyer!!!

keje malam arini...bosannye...sepanjang hati aku dok termenung jer kt umah...nak tido xleh.....
dah 2 hari gaduh ngan org tuer tu....ader ker boleh dia xpedulikan aku lgsung!!!dah 2hari berturut2 aku balik kul 9 n terus bersiap2 nak kuar...sampai kul 12 aku tunggu....ble cal...ader ker dia ckap penat!!!abis tu pi lepak ngan geng vivac xpenat lak!!!sakit hati....tadi just hantar laptop jer...sepatah haram pon dia xckp ngan aku...arrrrrggghhh!!!!!firasat aku mmg kuat mengatakn dia ada org lain!!!salah ker aku????

(shera,rilex jgn sbb kecik ni ko putus tunang!!!!,tapi,ni bkn kali pertama...dah dekat seratus kali dia wat hal yg same!!!,tapi aku still bagi dia peluang!!!sebab aku sygkan dia....and aku mmg xnak kehilangan dia...kalau leh aku nak spent all my lifetime with him...(itu kate aku 3tahun nan lalu...sekarang aku terpaksa fikir balik))

malam ni lagi satu barah yang dah lamer bernanah dalam jiwa aku.....X DAPAT COTI RAYE!!!! aku bukan ape,coti tahunan aku ada lagi 20 hari,tau x!!!!!and now is NOVEMBER...xkan nak carry forward tahun depan!!!!ni bkn kes aku dapat coti utk raya puasa atau x...tapi ni kes coti aku banyak lagi!!!!DATIN FATIMAH dah bising pasal aku xbalik2....

aaaarrrrrrrggggghhhhhh sumer orang!!!!!cubelah fahami!!!!!

anyway mak aku marah sekejap jer...pastu cool balik....aku pon trylah mesej ngan mak aku balik......

SHERA:sayangku dah makan?bosanlah keje malam ni(jangan silap,ni memang ayat skema untuk mak aku)
DATIN F:siang tadikan dan tanyer??(aiseh,aku luper ar siang tadi aku dah call beliau)hidup ni kena ceria.fikirkan yang positif,baru x bosan(bagus gak ayat mak aku ni....novel maner dia petik agaknyer?)
SHERA:tengah bosan sgt2 ni...xdapat coti raye!!!apecerite ni??(ayat nak luahkan persaan)
DATIN F:Eh,itu je? that's small matter..ambil cuti pd 11-15dec.ramai2 kite p pahang.mak,bapak,adik2,tok,paksu,maksu,pakcik & family,makngah & family dan makpon & family,tokngah...semua turun ke pahang!so,pejam mata tok hari raya dan bergembiralah d pahang nanti!ok?(senang betul jadik mak,ek?boleh bg idea spontan mcm tu...at least terubat sket bengang aku mlm ni....eh! tapi bukan ker tarikh tu shah ajak aku p teluk batik ngan geng vivac dia??ah....mampuslah....saper sruh gaduh ngan aku???)
SHERA:tapi...susah betul nak dapat coti skrg ni...akak klu leh nak berenti keje sgt2...tension mcm nak giler....
DATIN F:ayiak..jgn susahkan hati.just forget apa yg dh berlalu and gift a very special tahniah kpd diri sendiri utk memulakan hari ini dan hari2 ygstrusnye...bye!(tiggi betul motivasi mak aku ni...manelah ayat dia petik?anyway aku mmg respek betul kt mak aku ni...kata2 dia selalu jadi perngsang utk aku trus bertahan smpai skrg...klu x, mmg aku dah lamer give-up)

kalau mak aku dah bye,maknenyer dia dah nak masuk tido...dah kul 2,beb!!!mne leh berjaga lamer2...nanti masyukkk anginnnnn...


macam maner ni???

aaaarrrrrrrggggghhhhhh sumer orang!!!!!cubelah fahami!!!!!

Sunday, November 8, 2009

futsal?seswai ker?

mlm td ada perlawanan futsal kt extreme park,shah alam....abis smpai kol 12...

seswai ker aku mein futsal? awww...mcm xcaye jer?

bkn aku xnak mein..cume aku ni jnis malas ah nak sport ni..aku lg seswai dok dpn pc..menaip blog atau pon dok jer kat wad....melayan pesakit aku...anyhow berat badan aku xpernah lak naik...n aku pn xderlah masalah kesihatan setakat ni...alhamdullillah....

so,aper aku wat kt futsal center mlm td?
aku jadik penonton jek kt tepi gelanggang...sokong jelah tunang tersayang mein bola....sepak sana,sepak sini...ishk..kesian lak aku nengok bola tu kene sepak....xsmpai ati lak aku nengok lame2....pastu dengar org citer psl fotography...minat aku tu....
eventhough aku bknlah fhm sgt istilah yg diorg pkai tu....aku yekan jelah...istilah medical aku tau lah.....

hari ni aku bce paper dapat tau negeri sembilan menang lwn kelantan 3-1,setelah 61 tahun diorg xpernah menang piala?ishk...dah same umor ngan atok aku tu.....bangga ade,kesian pon ade....
tapi aku bknlah peminat bola, so aku xdelah nak sokong sesape...(walaupon sblm ni aku sokong kelantan)
oklah banyak keje ni....esok sambong...chow chin chow....

Friday, November 6, 2009

.....stress.....

arini dah masuk hari ke5 aku kje dari kul 7pg smpailer 930mlm....tension....rse mcm nak nagis jer.....huhuhu...

ble lah diorng ni nak amik staff baru agaknyer....xfikir ker org yg kerje tunggang terbalik kat wad ni?
(tapi pon klu amik staff baru asik menyemak jer kepala hotak aku...itu xreti,ini xtau....apeler pnyer nurse zaman skrg ni?kolej mne agaknyer diorang training???)

Monday, November 2, 2009

cerita ngeri

  • takut wei cite ni...aku amik kt internet....

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

 
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....


"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.


"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"


"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..


Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...


"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

hahaha....sila gelak....

selipar lama

selipar kaler lain