jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Tuesday, January 25, 2011

sakit ape beliau ni?

seminggu gak budak ayie ni admit kat sital sultanah bahiyah...
bukan sakit mende pon..just nak complete kan antibiotik jer...kalau ikotkan budak sekor ni...memang haram dia nak makan ubat...takkan maunyer...so, nak tak nak, doktor terpaksa tahan beliau kat wat..


ayie dah discharge 19 haribulan aritu lagi..tup-tup sampai jer kat rumah doktor call...bagitau yang result platelets beliau tinggi....


memanglah kalau orang yang ade jangkitan kuman pada badannya sel darah putih dan jumlah platelets(sel darah kuning) akan meningkat... tapi result darahnya sekarang dah nik giler-giler tnggi melambung...mengalahkan paras normal orang dewasa pulak...(untuk maklumat paras platelets bagi orang dewasa adalah 150-400 x 109 per liter) tapi paras platelet ayie adalah 3,122 x 109 per liter, enam kali ganda lagi tinggi...


(untuk maklumat, ayie baru jer umur 13 tahun, belum msuk lagi kelas tingkatan2 untuk tahun 2011  dua sebab sakit..)


keadaan ini dipanggil thrombocytosis..ia bukan penyakit tapi ia adalah petanda kepada penyakit-penyakit yang lebih bahaya iaitu polycythermia, kawasaki disease, leukemia, penyakit-penyakit usus, kanser tulang dan lain-lain lagi.


apa pulak fungsi sel darah kuning atau platelets? klik sini, (maleh pulak nak cerite panjang)


ape penyakit beliau????


fakta 1:
harus diketahui bahawa beliau bukanlah sakit gigi...
beliau mengalami bengkak pada bahagian kiri bawah dagu..yang dikenali sebagai submandibular swelling penyakit ni tak melibatkan mana2 bahagian gigi...kompilasi paling teruk adalah jangkitan dan sakit...juga kesukaran untuk makan...


fakta 2:



beliau ditahan kat wad adalah untuk siasatan lanjut (macam polis lak) dan untuk antibiotik....sebab beliau sangat-sangat-sangat liat untuk makan ubat..(ok gambar macam ade orang laen pulak enterprem..dah beliau malu nak amik gambar sebab muka nya dah senget sebelah, nak wat mcm mner...hehehe.)


fakta3:
beliau admit kat spital sultanah bahiyah, doktor2 dari bahagian pergigian pediatrik yang merawat beliau..
doktor siti

dari kiri dr siti, dr azila(duduk) ayie(baring), dr john, dr nurul , dan abang-abang jururawat yang gendut hensem

doktor suspek beliau mungkin mengalami ketumbuhan@ kanser pada bahagian submandibular...sebab beliau langsung xde sakit gigi...doktor rancang untuk wat pembedahan kecil pada bahagian yang bengkak dan hantar specimen untuk dipastikn benar atau tidak jangkaan awl mereka...namun bengkak ini telah surut lepas beberapa hari antibiotik dan masalah lein pula timbul...


fakta 4:
setelah mendapati platelets ayie sangat tinggi, mereka mengambil keputusan untuk refer ayie kat bahagian kanak-kanak hospiatal sultanah bahiyah...


setengah jam jugak nak pujuk ayie amik darah kat sini...hadoi....doktor-doktor sumer dah bengang nak memujuk budak 13 tahun ni dicucuk...meraung sampai habis nafas beliau..(harap maaf gambar seterunya dah dipadam oleh beliau sebab beliau sangat menjaga kehenseman beliau).
tapi ape result darah beliau?


sama-samalah kita tunggu beliau follow up minggu depan...
harap-harap takde pe yang perlu dirisaukan...doakan je yang terbaek untuk beliau..

No comments:

Post a Comment

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain