jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Wednesday, January 12, 2011

novel: bila cinta didusta III


Universiti Kebangsaan Malaysia
Julai 2004


SUZANNE berjalan cepat-cepat. Cuaca hari itu panas terik. Dia menapak pulang dari kampus ke asrama menjelang pukul 4 petang. Malas dia hendak mengulangkaji di perpustakaan seperti biasa. Matanya sudah terlalu mengantuk. Beg yang digalasnya terasa semakin berat. Semakin penat. Sebaik tiba dihadapan pintu biliknya, dia terlihat sekeping sampul surat terselit di celah pintu. Cepat-cepat dia menarik surat itu keluar. Dia teruja. Rasa mengantuknya tiba-tiba hilang.

‘Untuk Anna’. Demi melihat nama yang tertera di sampul, dia kecewa. Kalau ikutkan hati mau saja dikeronyok dan dibuang. Kalaupun bukan dari Kamil, mungkin dari Jamal. Mungkin juga Azhar atau Mukhlis. Mungkin juga dari ‘secret admirer’ Adrianna yang lain. Suzanne semakin menyampah. Dia segera membuka beg sandang dan mencari kunci sebelum melngkah masuk ke bilik. Adrianna dilihatnya sedang bersenang lenang di katilnya sambil membaca majalah hiburan.

“ANNA, surat lagi. Untuk kau.” Dia mencampakkan sampul yang berwarna merah jambu ke riba Adrianna. Kasar. Adrianna segera duduk. Terkejut dengan sergahan Suzanne.

            “Kot ya pun, janganlah marah. Bagi elok-elok sikit, tak boleh ke?” Adrianna menahan amarah. Namun dia tidak terus memarahi Suzanne. Sebaliknya, sampul itu dibelek dan dicium. Harum. Suzanne dilihatnya melabuhkan punggung di meja bacaan sambil mencapai akhbar yang sempat dibelinya sebelum pulang.

            “My love, sweet Anna…siapalah agaknya, ya? Bertuah betul hidup aku.” Adrianna tersenyum sendiri sebelum membuka sampul itu. Dia sempat menjeling kearah Suzanne yang berpura-pura khusyuk membaca akhbar, seolah-olah tidak mendengar kata-kata Adrianna.

            “Ala…entah mamat sesat mana yang tersilap bagi surat tu kat kau. Entah-entah nama awek dia Suzanna” Suzanne sinis. Malas dilayan sikap mengada-ngada sahabatnya.

            “Yelah. Entah-entah untuk kau. Kan, su? Kau bacalah…nak juga aku tau...” Adrianna menyerahkan surat telah yang dibacanya kepada Suzanne. Senyumannya sinis. Suzanne kaget dengan kenyataan Adrianna.

            Suzanne menyambut surat itu tanpa teragak-agak. Dia membuka kandungan surat iu dengan rakus.

            “Kehadapan adikku yang cantik, manis dan jelita, Adrianna…ishk...mamat mana yang tulis ni? Surat ni untuk kaulah, Anna!” sambil merungut, dia menyerahkan kembali surat itu kepada Adrianna.

            “Hahaha…tau pun kau. Surat ni untuk Adrianna. Diulangi, untuk Adrianna! Bukan untuk kaulah Su! Mamat buta manalah nak tulis surat cinta untuk perempuan ulat buku macam kau ni, Su! Hahaha…” Adrianna menyambut surat dari Suzanne dengan hilaian tawa. dia telah berjaya mengenakan Suzanne.

            Suzanne sebal. Geram dengan kata-kata Adrianna. Dia mengetap bibirnya.. Segera Suzanne berlalu dari situ. Kakinya dihentak-hentak. Geram. Gelagat Suzanne membuatkan Adrianna kembali ketawa. Kali ini terbahak-bahak. Namun dia tahu rajuk Suzanne tidak akan lama.

            “Jaga kau Adrianna. Satu hari nanti, aku akan kenakan kau balik” Suzanne mengguman dalam hati. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik. Dia mula menyimpan dendam.


No comments:

Post a Comment

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain