jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Thursday, November 10, 2011

demam smurf di malaysia?

korang pernah tengok kartun ni?
kepada yang tak tau..nilah kartun smurf...
aku agak sumer mesti tau,kan?
sape yang tak tau memang ketinggalan zaman gak ar..
ataupun dia adalah terlalu muda untuk kenal watak-watak dalam citer ni...


okelah...sebelum aku pergi lagi jauh, baik aku citerkan serba skit pasal kartun ni...


smurf
watak kartun ni mula-mula muncul dalam komik seorang kartunis berbangsa Belgium, Pierre Culliford atau nama penanya ,Peyo pada 23 oktober, 1958..lama tu sebelum mak aku lahir lagi..tajuk asal komik nya ialah Les Schtroumpfs dalam bahasa perancis atau De Smurfen dalam bahasa Dutch.


nak citer asal usul kartun ni memang panjang...almaklumlah dah tua bebenor umurnye.. tapi bukan aku nak cerita ni sebenarnya...aku pon bukannya minat kartun ni sangat...memang dari aku kecik-kecik aku tak pernah follow langsung citer ni tapi aku memang suka tang lagu dia...sesapa yang tak pernah dengar lagu dia. jom dengar...
*best,kan?


tapi tu pon bukan mende yang aku nak citer sebenarnya...
aku nak citer pasal kegilaan kartun ni...
aku tak tahu kenapa orang giler sangat dengan kartun ni...sebab tu ley bertahan sampai sekarang...terus terang aku cakap aku memang tak minat..
tapi maybe dia ada tarikan yang tersendiri yang aku tak pernah tahu kot...
sampaikan kat sepanyol ada sebuah perkampungan yang dicat biru sepenuhnya semata-mata untuk menyambut kedatangan movie smurf yang bakal ditayangkan disana...




perkampungan yang dikenali sebagai Juscar,berdekatan Ronda yang terletak di utara sepanyol ni dicat sepenuhnya menggunakan lebih dari 1,000 gelen cat yang berwarna biru menyerupai warna watak-watak dalam kartun smurf sempena menyambut kedatangan tayangan perdana smurf the movie pada julai lalu....








dan sebelum ni mati-mati aku ingat orang-orang kat malaysia ni tak minat kat citer kartun ni..rupa-rupanya jangkaan aku meleset...ramai rupanya peminat kartun ni...antaranya yang duduk kat area rumah aku ni...dan antara peminat terbesar siri kartun ni adalah PKNS.


tak percaya?
tengok ni....


boleh dikatakan semua blok PKNS kat seksyen 20 shah alam ni dicat dengan warna biru (termasuk kuning) macam dalam kartun smurf jugak...



*ni tempat letak moto bawah blok aku


caya,kan? besat ar PKNS.....memang smurf kipas-susah-mati diorang nih!

No comments:

Post a Comment

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain