jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Monday, March 1, 2010

YANG TERINDAH BUATMU


Harini aku nak cerita pasal sorang lelaki yang paling hensem pernah aku jumpa...lelaki ni sepuluh ribu kali lagi hensem dari mamat yang xberapa nak hensem...
Aku kenal lelaki ni dari hari pertama aku keluar dari perut mak aku...dialah yang azankan aku and bagi nama yang terindah untuk aku...
Banyak mende aku nak cerita pasal lelaki ni...tapi malas lah pulok nak taip panjang2.pendekkan cerita...aku saaaaaaaayang giler kat lelaki ni...aku pon xragu2 nak ucapkan i love,love,love u soooooo much...
Jangan fikir yang bukan-bukan sebab lelaki ini adalah Beliau yang aku panggil bapak
Disebabkan hujung bulan ni besday bapak aku yang tersayang,terhensem and his a best dad of the year, and every year to come aku ciptakan satu puisi untuk beliau...

(puisi ni aku cipta dari tahun lepas,tapi aku simpankan jer jadi pekasam dalam diari aku...so,tahun ni aku terbitkan special dalam seliparbiru..)

Khas untuk Dtk K...love u so much....
Bapak,
Dalam keseorangan,
Aku teringatkan dirimu,
Yang penuh dengan segala-galanya
Kelembutan,
Kasih sayang,
Pengorbanan,
Kemuliaan.
Kaulah lelaki yang paling aku sayangi
Dunia dan akhirat
Melebihi segala-galanya

Bapak,
Hanya satu dihatiku dari dulu hingga kini
Namun,
Kasih sayang buatmu tak pernah terungkapkan di bibir ini
Maafkan aku bapak

Bapak,
Tak pernah terniat dihatiku untuk melukaimu
Walau hanya secebis
Tapi aku pernah melihat kau menangis
Entah kenapa
Mungkin kerana keperitan hidup kita selama ini
Tidak semewah mana
Tapi kau tetap mampu sediakan semuanya untukku,untuk ibuku,untuk adik-adikku
Waktu itu aku masih kecil
Tak memahami apa yang terjadi
Hanya ingin berseronok dan ingin bermanja
Maafkan aku sekali lagi

Bapak,
Maafkan aku
Masih belum bisa membalas jasamu
Masih terkapai-kapai mencari arah hidup ini
Masih belum bisa menyenangkan hatimu
Tapi kau tak pernah mengeluh
Kerana kau lelaki paling hebat yang pernah aku temui dalam hidupku...

Bapak,
Tak tahu apa yang harus ku katakan lagi
Kerana Tiada kata-kata yang bisa terungkap
setanding segala jasamu mendewasakanku
dan kerana aku benar-benar menyayangimu sepenuhnya
dulu aku memang anak yang nakal
tak pernah mendengar cakap
dan sering menyusahkanmu.
Bersyukur aku kehadrat tuhan
Kerana telah mengurniakan aku seorang bapa
Semuliamu
Seikhasmu
Penyayang
Sekacakmu!!

Dari anakmu yang menyayangimu,
Happy 50th birthday
26/2/2010



*pic ni mser kitorang lunch kat hillcity hotel,ipoh sempena merdeka 2thn lepas...dtk k and dtin f.
‘One word frees us of all the weight and pain of life; that word is LOVE’- Sophocles

Webfetti.com

No comments:

Post a Comment

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain