jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Sunday, December 2, 2012

Movie Review: Aku, Dia dan Tong Sampah.


lately, shera memang sangat2 jarang nonton drama2 melayu kat tv....xtaulah nape...bkn drama jer, movie pon memang sangat jarang nonton...bukan takde mood, just tak rasa lah nak tangok..tapi tadi shera terjumpa lak movie ni kat youtube..memula heran gak tak pernah dengar pon tajuk movie ni kat cinema...dah dalam youtube tajuknye movie,kan?

sekali baru tau yang movie ni sebenarnya telefilem yang dah pun ditayangkan kat tv9, 3 oktober 2012 aritu. drama ni terbitan playground production. kiranya takdelah lama sangat kot shera ketinggalan..huhuhu


yang bestnya drama ni dilakonkan oleh aktor cute Beto Khusairy (eh, xleh sebut cute, nanti dia marah....) bergandingan dengan aktress Siti Saleha...genre romantik komedi gituuuu.....citer ni bagi shera memang sweet sangat, dan buat shera tersenyum sorang2 pepagi buta ni...


nak tau sinopsis? bace kat bawah...(copy paste jer pon)



Lakonan Siti Saleha, Beto Kusyairy, Razif Hashim, Liyana Van Der Sijp, Fauziah Nawi, Zizi Zulkifli, Tania Zainal, Projek Disko Baldi, Liyana Fizi.

Sinopsis Drama. Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Karya asal pelajar
Karya ini telah dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara yang membuat projek akhir semester mereka dalam bentuk filem pendek.

"Bagaimanapun, untuk menghasilkan telefilem ini, skrip asalnya telah diolah oleh penulis, Nadia Khan yang sebelum ini terkenal dengan hasil karya novelnya, Kelabu.

"Ini satu penghormatan kerana kami yang sudah biasa dengan pementasan teater kini diberi tanggungjawab besar untuk menerbitkan sebuah telemovie yang berkualiti dan kami turut bersyukur pihak TV9
memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk menerbitkan telefilem ini," katanya.

ni link youtube untuk full movie Aku, dia dan Tong Sampah:


best,kan? shera pon tertarik dengan lagu bertajuk 'sesungguhnya' oleh Beto Khusyairy....walaupun suara dia xberapa, tapi lirik dia memang best giler...jom jenguk...mungkin Beto boleh jadi penyanyi stu hari nanti kalau ada latihan yang baik...(malas nak ulas panjang-lebar)


lagi satu lagu yang mengusik perasaan....kat ending dia, tajuk 'jatuh' dari Liyana Fizi...memang best...suara dia pon merdu jer....sempoi sangat..jom layan..


best,kan?

memang kebanyakan orang cakap telefilem ni best....ni sedutan dari paper sinar harian pasal cerita ni...

okey? enjoy!

No comments:

Post a Comment

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain