September 2003
Seksyen 16, Petaling Jaya
HARTINI mencampakkan begnya ke penjuru bilik. Dia keletihan. Bahang perjalanan tadi masih terasa. Dia menekan suis kipas. Tanpa menukar pakaian, dia memilih untuk terus berbaring di katilnya. Atikah, Farah, Juana dan rakan-rakan serumahnya yang lain masih belum pulang dari kampung. Nampaknya, dialah yang terawal tiba dari percutian hujung minggu.
Sengaja dia memilih untuk berhujung minggu dirumah ibu saudaranya di Klang, berbanding untuk pulang kekampungnya, memandangkan masih lagi dalam mood berhari raya. Dia berpeluang menghadiri enam rumah terbuka dalam masa dua hari sahaja. ‘ini rekod baru’.
Tiba-tiba dia teringat peristiwa tadi, ketika dia berada di stesyen komuter Klang. Alangkah bodohnya orang bernama Hartini ni! Dia tersenyum sendiri. Bagaimana dia boleh terlupa untuk menyediakan wang kecil untuk tambang komuter? Dia tidak dapat membayangkan berapa banyak agaknya syiling yang bakal keluar andainya dia membayar tiket menggunakan not lima puluh dimesin tiket. Dia juga hairan kerana kaunter tiket juga tidak menyediakan baki wang sedangkan betapa ramai orang beratur sepanjang hari untuk membeli tiket. Dia berasa tertipu.
Nasib baik ada mamat ‘yang tak berapa kacak’ menolong. Masih mengenangkan peristiwa tadi, hartini kembali senyum…
JAUH dia berangan. Malas rasanya untuk ke kedai seberang jalan untuk menukar wang kecil. Dia masih keletihan. Matanya memberat. Perutnya masih kekenyangan. Kedai yang paling dekat hanyalah restoran kfc. Dia memilih untuk melabuhkan punggung di deretan kerusi yang diletakkan di suatu penjuru stesyen itu sementara memulihkan tenaganya.
Tanpa disedari seorang lelaki turut melabuhkan punggung disisisnya.
“Tak sampai lagi ke? Dahlah panas, aku dah berpeluh. Dia ni balik ke, tak? Ohhh….Takkanlah komuter mati tangah jalan?. umpama berjanji kita bertemu disini. Kecewa bagai komuter berhenti.di alunan landasan. Oh…musnahlah impian kini. Gugurnya kalimah cinta…” Lelaki disebelahnya tiba-tiba menyanyi. Mengikut rentak lagu yang seakan pernah didengarinya. Cuma lirik lagu yang diubah. Hartini tersentak. Dia terpinga-pinga.
Dia memandang lelaki itu. Lama. ‘Mamat ni menyanyi ke? Orang gila ke? Alahai..kenapalah pulak dia duduk kat sini? Tadi kan kosong?’ tak ada kerusi lain ke dia nak duduk? Ketakutan mula menyelubungi dirinya..‘bismillah…’
“cik, ada apa-apa yang tak kena ke?” sekali lagi dia tersentak. lelaki di sebelahnya menyapa.
“Eh, tak ada apa-apa. Kenapa?” Dia bertanya kembali. Cuba menyembunyikan ketakukannya. Dia mengamati lelaki itu. Penampilannya kemas. Berkemeja kolar dan berseluar jeans. Rambutnya pendek dan di sisir ketepi. ‘orang waras agaknya. Takkan orang gila pakai macam ni’. Hartini cuba menyedapkan hatinya. Dia membetulkan duduk. ‘Tak apa. Ramai orang sini. Kalau ada apa-apa, aku jerit je.’
“Tak adalah. Saya tengok gelisah dari tadi. Macam kucing nak beranak pulak.” Ada tawa hujung katanya. sah. Orang gila. Macam mana ni? Nak lari ke tak? Tenang, Tini. Tenang.
Bagaimanapun dia terlalu penat untuk bangun dan lari.
“Eh, taklah. Saya panas. Tak selesa duduk”. Cepat-cepat dia mendapat akal. ‘lagi lima minit kalau dia tak blah, aku blah’.
“Owh… macam tu…cik ni dari mana nak kemana?” Aik! Ramah pulak orang gila ni. Hartini mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Malas dia hendak melayan sebarang pertanyaan.
“Sombong betul. Tanya pun tak boleh ke? Bosanlah”.lelaki itu memandang ke depan. Kearah landasan. Tidak satu pun keretapi yang berhenti ketika ini. Orang ramai yang baru turun dari landasan mulai berkurangan. Suasana dilandasan paling akhir itu tenang seketika.
“Komuter ni mati tengah jalan agaknya. Penat tunggu”. kenyataan akhir lelaki itu menarik minat Hartini.
“Tunggu kawan ke?” Lelaki iti memandang hartini. Lama. ‘bercakap pulak dia ni’.
“tak. Tunggu komuter”. Lelaki itu ketawa. pendek. Hartini geram.
“Ha,ah. Tunggu kawan. Dia suruh jemput. Katanya lagi sikit nak sampai. Dah sejam. Sampai manalah agaknya. Dahlah tengah hari panas. Banyak lagi kerja nak dibuat”. panjang lebar jawapannya. Ada nada keluhan dalam suaranya.
“owh…”Hartini mengangguk. Cuba memahami perasaan lelaki itu.
“Cik pula, menunggu orang juga kah?” Dia menunding hartini dengan ibu jari dan menggunakan bahasa baku. Lagaknya terlalu sopan. Meniru gaya Rashidi Ishak dalam filem Anak Mami. Hartini menahan tawa.
“Tak. Saja duduk-duduk”. Hartini selamba. Wajah lelaki iu terus berubah. Kelat. Mungkin rasa terkena. Tawa hartini meletus. Dia menekup tangan ke mulut menahan tawa. lelaki itu turut ketawa melihat telatah Hartini.
“Tak. Saya duduk sini sekejap. Malas nak ke kedai depan sana. Jauh sangat”. Lelaki itu terus memandangnya. Diam. Ada bayang-bayang kehairanan dalam matanya.
“Nak ke kedai? Dari mana?” Dia bertanya. Masih kebingungan dengan jawapan hartini.
“saya nak balik PJ. Tadi ada open house dekat-dekat sini. Nak naik komuter. Tapi pelik pulak kaunter tak ada duit pecah. Duduk sekejap. Nanti nak pergi kedai depan. Cari duit pecah.” Panjang jawapan hartini. Lelaki itu akhirnya menggangguk. Faham.
“Pelik juga kaunter tak ada duit pecah. Kenapa tak pergi kfc? Kan dekat..” Lelaki itu mencadangkan. Hartini tersenyum.
“Saya baru sampai. Penat lagi nak kemana-mana pun. Nak rehat sekejap.” Dia menerangkan.
“Mak tak marah ke kalau balik lewat?” Aik.?. Orang gila ni. Dah macam-macam ditanya’. dia melihat jam tangan. Masih awal.
“Tak. Awal lagi. Nak marah apanya”. Hartini tetap melayan pertanyaan demi pertanyaan lelaki itu. Dia semakin selesa.
Mereka terus berbual. Masing-masing rancak bercerita. Hampir terlupa tujuan asal mereka berada di sini. Akhirnya hartini meminta diri untuk ke kedai bagi menukar syiling.
“Eh, tak payahlah. Jauh nak jalan tu”. Lelaki itu menghalang. Dia cuba mengukur jarak stesyen itu dengan deretan kedai di hujung jalan.
“Tak apa. Saya larat lagi.” Hartini menafikan. Dia berdiri. Lelaki itu turut bangun.
“Awak tunggu sini sekejap...” seolah-olah satu arahan. tidak lagi memanggil Hartini dengan panggilan ‘cik’. Lelaki itu terus berlalu ke kaunter. Hartini hanya memerhatikan. dia duduk kembali. Tidak pasti apakah yang akan dilakukannya. Tidak sampai sepuluh minit, lelaki itu kembali ke tempat hartini.
“tiket awak.” Dia menyerahkan sekeping tiket kepada hartini. Hartini tergamam. Teragak-agak dia menyambutnya.
“Terima kasih. susahkan awak pulak” Hartini terharu. tiada kata-kata yang dapat diucapkan.
“Tak apalah. Nanti saya susah, awak pulak tolong.” Lelaki itu tersenyum. masing-masing terdiam.
“komuter awak dah sampai.” lelaki itu menunjuk ke landasan. Hartini memandang. serentak, mereka bangun.
“Bagi nombor telefon awak. Nanti senang nak bayar balik.” Hartini memandang tepat wajah lelaki itu. ‘cheh, kedekut rupanya. Aku ingatkan nak belanja tadi.’ dia mengguman dalam hati namun tidak diluahkan. seketika, mereka sempat bertukar-tukar nombor telefon.
Hartini cepat-cepat memasukkan tiket ke mesin pemeriksaan tiket automatic. terasa dirinya dipanggil, dia kembali menoleh kearah lelaki itu.
“Awak! Apa saya nak save nama awak?” Lelaki itu separuh menjerit. dia mengangkat telefon bimbitnya melambai Hartini.
“Hartini! nama awak?” Hartini melaung.
“Khairul!” Dia hanya memerhatikan Hartini yang separuh berlari masuk ke gerabak. Sempat membalas lambaiannya.
Dia tersenyum. Seketika, dia menyambung kembali nyanyiannya
“…di bening sinar matamu...kulihat kasih berbunga rindu..menyelimuti rahsia diri..yang engkau cuba menyembunyi..ku meratap pilu…”
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..