jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Showing posts with label feminisme. Show all posts
Showing posts with label feminisme. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

bentuk tubuh singkap peribadi wanita

(dipetik dari kitab primbon jawa)


jom check...anda tergolong dalam ketegori perempuan yg mcm mne?

1) pagar negeri

ciri-ciri: mempunyai paha yang besar, dada agak lebar dan rahang mulut yang agak lebar
peribadi: wanita jenis ini akan meninggalkan suaminya apabila berjumpa dengan lelaki yang diminatinya

2) pecah buah

ciri-ciri: bertubuh pendek dan kecil, berwajah manis
peribadi: memiliki sifat berani menentang halangan, kuat berusaha untuk mencari kekayaan

3) matahari terbenam

ciri-ciri: bertubuh kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan diwajah dan alis mata tebal
peribadi: suka menyimpan persaan dan tindak tanduk kadangkala mengejutkan


4) bunga lawang

ciri-ciri: bertubuh kecil, kulit putih kekuningan dan gaya melangkahnya begitu pantas serta sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana
peribadi: pandai menyimpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumah tangga dan kaun keluarga

5) mendung petang

ciri-ciri: bentuk tubuh yg agak gemuk, berkulit kuning, tinggi sedang dan renungan matanya seperti orang sedang marah
perbadi: tidak sesuai untuk dijadikan isteri

6) sempadan negara

ciri-ciri: berbadan kecil, kulit kemerahan, rambut panjang, tingkah lakunya menarik dan banyak kepandaian
peribadi: mempunyai cinta teguh, tidak mudah mendengar hasutan orang dan amat baik untuk dijadikan isteri


7) mustika lalu

ciri-ciri: berkulit kuning, bentuk wajah agak lebar, orangnya peramah, pandangan matanya tajam tetapi manis serta menarik, tubuhnya tegap.
peribadi: pandai bercakap dan baik budi pekerti

8) pandan setaman

ciri-ciri: bertubuh tunggi, mata seperti orang baru bangun tidur dan pandai bercakap
peribadi: setia dalam persahabatan, pandai menyimpan rahsia, sopan serta bertanggungjawab

9) ratna murni

ciri-ciri: memiliki kulit kekuningan, bibir merah tua, susunan gigi nampak sama, buah dadanya sedang, dan sinar mata terang
peribadi: amat sesuai dijadikan isteri. jenis suka melakukan kerja dengan cepat dan sempurna, tutur kata yang menarik hati, pandai menggunakan bahasa yang lembut, akan melindungi suami daripada sebarang cacian atau tuduhan, serta taat pada keluarga.


10) pisang suluh

ciri-ciri: bertubuh kecil, kulit kemerahan. ada juga yang memiliki kulit seperti kulit manggis
peribadi: dapat memberi kepuasan kepada suami

11) sirih terlentang

ciri-ciri: memiliki kaki yang agak melintang, jika berjalan kakinya slalu menendang tanah
peribadi: memiliki sifat yang tidak baik, perangainya agak pemboros dan melakukan perbuatan keji

12) buah manggis

ciri-ciri: berkulit seperti buah manggis, hitam tetapi manis. raut wajahnya lembut
peribadi: setia dalam bercinta dan ikhlas serta jujur terhadap suami

13) guntur madu

ciri-ciri: bertubuh sedang, kulit kuning, mata seperti orang baru bangun tidur tetapi sorotan mata seperti orang marah.
peribadi: rajin bekerja, dapat memuaskan suami ketika bersenggama

14) sinar sari

ciri-ciri: memiliki tubuh yang sedang, bibir sedikit lebar, paha agak melintang dan kerdip matanya nampak tersusun
peribadi: tidak mempunyai pandangan yang jauh dan selalu melakukan tindakan bawah sedar

15) kala sedar

ciri-ciri: suka berhias dri waktu petang dan kemudian berjalan ke rumah orang
peribadi: tidak elok dijadikan isteri kerana khianat pada suami dan tidak tahu menguruskan rumah tangga


16) kencana kuning

ciri-ciri: memiliki badan yang tegap, kulit kuning, buah dada sedang rambut hitam tetapi hujungnya kemerahan
peribadi: pandai menyimpan rahsia dan taat.



petua-petua wanita: persoalan dan penyelesaian
aminah noor





Tuesday, October 30, 2012

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan 
disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, March 20, 2012

Bila Kartun Dipotretkan

aku memang admirer betul watak2 princess dalam kartun2 keluaran Walt Disney...memang cantik2 dan masing2 ada perwatakan yang positif...jom jenguk macam mana lah agaknya bila wajah2 mereka dipotretkan?

  •  princess Yasmin



  • princess ariel


  •  pochahontas

  •  emeralda


  • princess Aurora

  • princess shera
?????


JANGAN MARAAA AAA....

Monday, March 19, 2012

cara serikan wajah secara semula jadi

Andai garis halus dan kedutan mula kelihatan di wajah, jangan tergesa-gesa menjalani rawatan pemulihan wajah atau melakukan pembedahan plastik kerana proses penuaan itu mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang. Justeru, banyak lagi kaedah untuk mengurangkan tanda itu dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi malah ada yang langsung tidak memerlukan kos.

Berikut beberapa tip untuk mendapatkan wajah dan tubuh yang lebih segar dan menarik.


Berhenti merokok
Ia tip antipenuaan paling utama kerana merokok menyebabkan kerosakan pada kulit dan membunuh sel hidup serta kolagen yg sepatutnye mambantu mengurangkan tanda penuaan. Merokok juga membuatkan kita kelihatan lebih cepat tua.


Lindungi kulit daripada pancaran matahari. 
Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara keterlaluan boleh mempercepatkan lgi proses penuaan. Kurangkannya dengan menggunakan losen tabir suria dan cuba elakkan berada di bawah matahari terik.

Perbaiki diet seharian. 
Pengambilan makananan yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dab bijirin elok untuk membantu mengurangkan maasalah kulit yang sering terdedah kepada pencemaran. Untuk tempak lebih muda remaja, kulit memerlukan banyak vitamin C dan E yang boleh meningkatkan kolagen dalam kulit.

 Amalkan minum teh hijau setiap hari.
Teh hijau juga menawarkan kelebihan antioksidan dan kajian menunjukkan pengambilannya pada waktu siang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah, di samping membina ketahanan dairpada penyakit jantung.

Tidur secukupnya.
Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, perlu mendapatkan tidur yang cukup bagi mengurangkan tanda penuaan pada wajah.Ketika tidur,tubuh membebaskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan sel. Tidur yang cukup juga mengurangkan tekanan pada diri.


credit to: http://www.kampungfm.com/cara-serikan-wajah-secara-semula-jadi-t6377.html

Wednesday, February 2, 2011

girl outing...chills!!

(sila senget kan kepala anda untuk melihat gambo ini yer...)

gambar ni ade kne mengena ngan entry kali ni ker?
the answer is: ada dan tak ada

ok..nak cerita pasal outig kitorang kat key el..aritu...shera sebenarnye tanak upload...tapi da di ugut dan diberi amaran keras oleh miss de dirah...
(mak aih..takut ahhh..)
maka shera terpakse upload kan jugak....nak wat camner....naaseebb badan..





tau lah awak tu sangat saannntekkk...bergaya macam bukit bintang tu awak yang empunya pulokkk..








kitorang sebenar nye on the way nak p nonton SITI DI ALAM FANTASI..
lepak jap kat bukit bintang...alaaa..neik LRT...takdelah jauh bebenor jarak nye..

da dapat pon tiket nyer...tapi awal lagi ni....jom sambung merayap...



jom rayap!!!








ok..tak jauh rayap nye...sebelah jer...kat taman tasik titiwangsa...
nak rayap jauh lagi?
penat oi!!dahlah pakai kasut tumit tinggi pat belas inci!!

gambar dalam istana buaya budaya?

mntak maap ler...awal-awal lagi beteri hset da kong...tak dapat ar nak share...

apa kaitan ngan gambar pertama?
fizo omar kan ker pelokon dalam teater ni...pegang watak putera..

ok cik de dirah a.k.a scoot gurl...

ANDA SUDA BERPUAS HATI???

Wednesday, January 5, 2011

entry mari memasak: pajeri nenas!!


agak lame jugak shera tak memasak...
memandangkan hari ni mood kerajinan, so mari kite memasak pajeri nenas....

resepi ni berasal dari utara sebab atok shera selalu masak...
hmmm....peberet ni..

bahan-bahan yang diperlukan:

numero uno:
mestilah nenas....dah name pon pajeri nenas,kan?
lainlah klu pajeri terung, maka terunglah bahannye....
ye tak?


oklah...terung nenas ni make sure tak terlalu tua tak terlalu mude....
yang sedang-sedang masaknye...


pastu potonglah macam mne suker...tak kesahlah..
then, rendam dalam air panas menggelegak sampai air tu sejuk dan ditapis,,
tujuannye untuk hilangkan rase payau dan masam pada terung nenas


 bawang putih, bawang merah halia ditumbuk halus-halus


 kerisek jangan banyak- sikit sudaaaa


 ni ape ek?
 yang menyedapkan pajeri...
udang kering
jangan lupe plak tau...


 rempah ratusnya harus ada...
kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang


 santan....fresh punyer....bukan yang kotak tau!!!
banyak and berlambak kat market keliling shah alam ni..
(kalau pandai carik lah...hehehe)


cili giling ngan serbuk kari-campur dan gaulkan hingga sebati
(...jangan tanye kari cap ape...shera tak tau pasal brand-brand ni...
beeeddaall je...)


ok...care-care membuatnye...

tumiskan seeemuaaa bahan-bahan nye 
dimulai dengan bismillah....

bawang yang telah ditumbuk
rempah ratus
kari dan cili

sampai naik bau...bukan sampai hangit..

pastu baru masukkan 
kerisek
udang kering

masukkan juga santan...sikit-sikit jangan sampai meruap..

bila agak-agak da masak, masukkan nenas...
tambah lagi santan kalau perlu...
*
*
*
*
*
da siap....
hmmm makan panas-panas pon sodap...



**kalau cara masaknye batul, pajeri ni boleh tahan sampai seminggu dalam suhu bilik jer...



sElaMaT MeNCubA!!!

Saturday, December 19, 2009

perempuan melayu terakhir....

lamer tol aku x update blog kesayangan aku nih...
korang cbe teka aku ktner skrg ni? aku kt restoren nasmir alor star..(ni adalah promotion,mner tau,tauke nak bg aku mkn free pas ni...)
apelah aku wat jauh2 merantau kt utara ni?
sro beb? aku bkn merantau...tapi gue blik bercoti2 mesia...habiskan coti aku yg tertunggak....hehehe

kepulangan hamba kali ni xditemani gua nyer body guard yang xberapa nak hensem tu...
tapi gua blik sorg2 jer...(beliau kan org berkerjaya...mner leh tinggalkan keje lmer2 mcm gua...hehehe)

utk pengetahuan korg gak, ini coti pling lamer pernah aku amik since aku keje kt kpj selangor specialist hospital...korang jgn jeles ar...2 minggu bersamaan ngan 15 hari....lmer tu.....

sbb tu gak aku dah lmer x update blog ni..kt umah aku mner ler ader internet...aku nak masukkan broadband ker ape ker tapi mak aku ckp umah aku jauh dari pencawang,klu mskkn internet sure lmbat...aku iyakan jelah...nak bantah...emak...
hehheh..

hari ni aku nak story kat korng psl personaliti...
aku dah lmer nak menulis psl personaliti kt blog ni tapi xpernah kesampaian...
4 tahun yang lalu aku pernah menulis pasal personaliti aku tapi dalam diari jelah...xpernah lak aku terbitkan kt luar....

ape aku nak tulis pasl personaliti ni,ek?dalam diari aku dulu aku terjemahkan yang personaliti aku sebernarnye kasar,pendek kate mcm lelaki..
stail aku cakap,
tangan dan kulit kasar,xpernah berlosyen,
jalan kengkang,
stail rambut pendek,
jeans lusuh,cap and tee jer bler aku kuar...
yang paling wajib ble aku dressing ialah
SELIPAR!!
waktu tu pun aku seorang yang kalis lelaki...tapi aku pon xtau samada mmg xde lelaki yang teringin nk kenal ngan aku lgsung atau aku berpendirian aku ni xcantik...so,biarkan jelah aku mcm ni...
bak kate zizan raja lawak musim2
XDE HAL PUNYER...

dalam fikiran aku lelaki musti nak kan pompuan yang cantik,lemah lembut dan yg pling penting senang betul jatuh keriba lelaki...ala...budak2 melayu...
xkan korang xtau....

ni membuatkan aku merasa jijik ngan bangsa aku sendiri...termasuklah kwn2 aku...asal lelaki kenyit mate,dah layu,asal lelaki kate hai,dah tumbang...walaupun lelaki tu masuk dalam ketegori jongos....dan xde masa depan..
aku benci lelaki!!

pada masa yg same timbul gak perasaan jeles ngan kwn2...sume dah ade couple sdiri,time nilah aku tanamkan dalam diri yang pelajaran tu lg penting dari segala2nyer...
aku gak jeles ngan pompuan2 melayu terakhir kat luar sana...pada aku mereka mmg dilahirkan cantik,lemah lembut cara jalan dan berkulit halus dan mulus...

pastu aku mulai sedar aku dilahirkan sbg pompuan dan ttap akn mati sbg pompuan...masa sbnrnyer yg ,merubah penampilan and personaliti aku...termasuk kerjaya aku yang memerlukan aku menjadi seorg pompuan yang lemah lembut,dan sensitif terhadap persekitarn...paling penting,aku dah pandai mekap...
hehehe

yang paling penting aku berubah bile aku dapat tahu ade gak rupenyer hamba allah kt dunia ni yang sukakan aku...and aku berharap beliau mmg dilahirkan utk aku,dan dapat memimpin aku untuk menjadi seorg wanita solehah idaman lelaki
INSYA ALLAH..
lain entry aku story pasal pertemuan aku ngan jejaka yg xberapa nak hensem ni,dan mcm ner kitorg leh bersama sampailah skrg ni,ok?

mcm mner personaliti aku skrg agaknyer?aku skarg ni bukanlah berbeza sgt ngan aku yg dulu...perangai kasar aku still terbawa2 cume xdelah terlampau sgt....
aku jgk dah tinggalkan jean lusuh tee and cap aku...aku dah xtau mner aku campak sumer tu...


Posted by Picasaskrg ni plak aku lebih selesa
kasut tinggi,blouse,accessori mcm selendang,gelang,
dan baju kurung especially ble blik kampung...aku dah xsegan ngan baju kurung ble jln2 tgh bandar alor star walaupun aku still rase janggal kalau pkai baju kurung kuar dating kt shah alam...

yelah...persepsi org utara ngan org selatan berbeza...terlalu jauh mcm langit dan bumi...kalau aku kuar dating pakai baju kurung kt kuala lumpur,atau shah alam aku x nafikan mmg pergerakan aku terbatas...sume nak cepat dan laju...mase pon bergerak terlau pantas....tapi kt kedah kehidupan lebih santai dan rileks... 

banyak lagi sebenarnyer perbezaan antara antara utara dan selatan...nanti lein entry aku stori lg,ek?

-apa komen anda?-

selipar lama

selipar kaler lain