jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Showing posts with label info penyakit. Show all posts
Showing posts with label info penyakit. Show all posts

Monday, March 19, 2012

cara serikan wajah secara semula jadi

Andai garis halus dan kedutan mula kelihatan di wajah, jangan tergesa-gesa menjalani rawatan pemulihan wajah atau melakukan pembedahan plastik kerana proses penuaan itu mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang. Justeru, banyak lagi kaedah untuk mengurangkan tanda itu dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi malah ada yang langsung tidak memerlukan kos.

Berikut beberapa tip untuk mendapatkan wajah dan tubuh yang lebih segar dan menarik.


Berhenti merokok
Ia tip antipenuaan paling utama kerana merokok menyebabkan kerosakan pada kulit dan membunuh sel hidup serta kolagen yg sepatutnye mambantu mengurangkan tanda penuaan. Merokok juga membuatkan kita kelihatan lebih cepat tua.


Lindungi kulit daripada pancaran matahari. 
Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara keterlaluan boleh mempercepatkan lgi proses penuaan. Kurangkannya dengan menggunakan losen tabir suria dan cuba elakkan berada di bawah matahari terik.

Perbaiki diet seharian. 
Pengambilan makananan yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dab bijirin elok untuk membantu mengurangkan maasalah kulit yang sering terdedah kepada pencemaran. Untuk tempak lebih muda remaja, kulit memerlukan banyak vitamin C dan E yang boleh meningkatkan kolagen dalam kulit.

 Amalkan minum teh hijau setiap hari.
Teh hijau juga menawarkan kelebihan antioksidan dan kajian menunjukkan pengambilannya pada waktu siang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah, di samping membina ketahanan dairpada penyakit jantung.

Tidur secukupnya.
Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, perlu mendapatkan tidur yang cukup bagi mengurangkan tanda penuaan pada wajah.Ketika tidur,tubuh membebaskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan sel. Tidur yang cukup juga mengurangkan tekanan pada diri.


credit to: http://www.kampungfm.com/cara-serikan-wajah-secara-semula-jadi-t6377.html

Tuesday, March 22, 2011

Costello: sindrom orang muda nampak tua?

dulu aku anggap penyakit ni hanyalah mitos semata-mata sampailah baru-baru ni aku terbaca pasal cerita pasal seorang kanak-kanak, mohamad haikal mikhail 1 tahun 5 bulan yang disahkan mengidap sindrom costello sejak dilahirkan...

apadia sindrom costello?
bagaimana ia terjadi?
apa kesan sindrom ni?


(costello ye, bukan castello...cuba fahami dan eja dengan betul...)

costello atau juga dikenali dengan nama castello  faciocutaneoskeletal syndrome(FCS) adalah penyakit DNA atau gen yang melibatkan banyak bahagian badan..

ia dikenalpasti dengan simptom berikut:
>pertumbuhan intelektual dan tumbesaran yang lambat berbanding bayi normal
>kulit yang tak elastik(menggelebeh macam orang tua) terutama di muka dan tangan
>selalunya juga melibatkan jantung, dimana dengupan lebih laju, stuktur jantung akan terganggu dan akhirnya otot jatung akan membesar tanpa kawalan dan akhirnya menjadi lemah.

pengidap penyakit ini juga 15 kali lebih cenderung untuk mendapat tumor samada tumor yang mengandungi tumor (cancerous tumor) atau tumor yang tidak mengandungi kanser(non-cancerous tumor)

peratusan orang yang mengidap penyakit ni teramatlah jarang iaitu sekitar 200-300 orang diseluruh dunia.

macam mana merawat?
tak ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ni melainkan rawatan untuk menghalang penyakit ni menjadi lebih teruk lagi..tapi gen yang menyebabkan penyakit ni iaitu HRAS mutation adalah penyebab utama penyakit ini dan ia sebenarnya boleh dirawat lebih awal

pendek kata, penyakit ni lebih kepada penyakit gen dan untuk tahu lebih lanjut klik sini

Tuesday, February 22, 2011

penyakit malas...ape penyelesaiannya?

hari ni aku memeng malas gila...
banyak mende tergendala yang patut aku buat tapi tak buat
antaranya nak basuh baju
siram pokok bunga...(sejak bile aku tanam bunga ni)
jemor baju
mandi
makan
wei agak-agak lah...takkan makan pon malas?

 malas bace buku...esok dah nak exam...
ha?exam?...yelah...jap gi aku bce buku..

nak citer pasal exam aku ker?
ADVANCE CARDIOVASCULAR LIFE SUPPORT
exam paling advance untuk seorang yang bakal bergelar pendidik paramedik
kirenye staraf dengan doktor ar ni...
wooo...bangga seh..tak sumer doktor amik exam  ni tau!!!
~cayalah shera~


takut wooo...
nak citer tak?
korang nak tau ker?
tak payah lah kot?

aku malas!!!

Monday, February 7, 2011

untuk bacaan lelaki sahaja...

kebaikan berhenti merokok
1. Dalam sejam
Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun
2. Lapan hingga 12 jam
Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus
3. 24 jam
Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun
4. 48 jam
Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan
5. Dua minggu
Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus
6. Empat minggu
Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya
7. Setahun
Risiko sakit jantung turun 50 peratus
8. Lima tahun
Risiko strok sama dengan orang tidak merokok
9. 10 tahun
Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok
11. 15 tahun
Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok

Thursday, February 3, 2011

entry seorang misi yang berwibawa...

(sile beri tabik hormat)

febuary
genap setahun aku ditukarkan ke department ICU/CCU
banyak yang aku belajar
banyak jugak yang aku belum belajar

biaselah misi belajar ape lagi..
penyakit
sebab penyakit
cara menyetel masalah

banyak lagi lah..

tapi satu yang aku tak puas hati
dulu aku senior kat wad aku
asistant bos(walaupun bukan kesayangan)
in-charge macam-macam assignment
penyetel masalah

tapi sekarang
aku lah budak junior..
tak boleh in-charge itu,ini,
begitu,begini

sampaikan benda yang selalu buat hari-hari dan dah expert
dah tak bermakna lagi..

wibawa entah kemana..
skill berkurang
taulah aku ni sape..

tapi aku jadikan semangat
meneruskan kerjaya yang paling mulia
(alaa...tahun depan jer aku nak berenti...kesah ape..)


ok..untuk menamkan balik skill aku ni,
aku pelawa korang..
bloggers cute, macho dan agk seksi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAPE NAK KENE CUCUK?
SILE HULUR TANGAN ANDA...



Tuesday, January 25, 2011

sakit ape beliau ni?

seminggu gak budak ayie ni admit kat sital sultanah bahiyah...
bukan sakit mende pon..just nak complete kan antibiotik jer...kalau ikotkan budak sekor ni...memang haram dia nak makan ubat...takkan maunyer...so, nak tak nak, doktor terpaksa tahan beliau kat wat..


ayie dah discharge 19 haribulan aritu lagi..tup-tup sampai jer kat rumah doktor call...bagitau yang result platelets beliau tinggi....


memanglah kalau orang yang ade jangkitan kuman pada badannya sel darah putih dan jumlah platelets(sel darah kuning) akan meningkat... tapi result darahnya sekarang dah nik giler-giler tnggi melambung...mengalahkan paras normal orang dewasa pulak...(untuk maklumat paras platelets bagi orang dewasa adalah 150-400 x 109 per liter) tapi paras platelet ayie adalah 3,122 x 109 per liter, enam kali ganda lagi tinggi...


(untuk maklumat, ayie baru jer umur 13 tahun, belum msuk lagi kelas tingkatan2 untuk tahun 2011  dua sebab sakit..)


keadaan ini dipanggil thrombocytosis..ia bukan penyakit tapi ia adalah petanda kepada penyakit-penyakit yang lebih bahaya iaitu polycythermia, kawasaki disease, leukemia, penyakit-penyakit usus, kanser tulang dan lain-lain lagi.


apa pulak fungsi sel darah kuning atau platelets? klik sini, (maleh pulak nak cerite panjang)


ape penyakit beliau????


fakta 1:
harus diketahui bahawa beliau bukanlah sakit gigi...
beliau mengalami bengkak pada bahagian kiri bawah dagu..yang dikenali sebagai submandibular swelling penyakit ni tak melibatkan mana2 bahagian gigi...kompilasi paling teruk adalah jangkitan dan sakit...juga kesukaran untuk makan...


fakta 2:



beliau ditahan kat wad adalah untuk siasatan lanjut (macam polis lak) dan untuk antibiotik....sebab beliau sangat-sangat-sangat liat untuk makan ubat..(ok gambar macam ade orang laen pulak enterprem..dah beliau malu nak amik gambar sebab muka nya dah senget sebelah, nak wat mcm mner...hehehe.)


fakta3:
beliau admit kat spital sultanah bahiyah, doktor2 dari bahagian pergigian pediatrik yang merawat beliau..
doktor siti

dari kiri dr siti, dr azila(duduk) ayie(baring), dr john, dr nurul , dan abang-abang jururawat yang gendut hensem

doktor suspek beliau mungkin mengalami ketumbuhan@ kanser pada bahagian submandibular...sebab beliau langsung xde sakit gigi...doktor rancang untuk wat pembedahan kecil pada bahagian yang bengkak dan hantar specimen untuk dipastikn benar atau tidak jangkaan awl mereka...namun bengkak ini telah surut lepas beberapa hari antibiotik dan masalah lein pula timbul...


fakta 4:
setelah mendapati platelets ayie sangat tinggi, mereka mengambil keputusan untuk refer ayie kat bahagian kanak-kanak hospiatal sultanah bahiyah...


setengah jam jugak nak pujuk ayie amik darah kat sini...hadoi....doktor-doktor sumer dah bengang nak memujuk budak 13 tahun ni dicucuk...meraung sampai habis nafas beliau..(harap maaf gambar seterunya dah dipadam oleh beliau sebab beliau sangat menjaga kehenseman beliau).
tapi ape result darah beliau?


sama-samalah kita tunggu beliau follow up minggu depan...
harap-harap takde pe yang perlu dirisaukan...doakan je yang terbaek untuk beliau..

selipar lama

selipar kaler lain