jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Costello: sindrom orang muda nampak tua?

dulu aku anggap penyakit ni hanyalah mitos semata-mata sampailah baru-baru ni aku terbaca pasal cerita pasal seorang kanak-kanak, mohamad haikal mikhail 1 tahun 5 bulan yang disahkan mengidap sindrom costello sejak dilahirkan...

apadia sindrom costello?
bagaimana ia terjadi?
apa kesan sindrom ni?


(costello ye, bukan castello...cuba fahami dan eja dengan betul...)

costello atau juga dikenali dengan nama castello  faciocutaneoskeletal syndrome(FCS) adalah penyakit DNA atau gen yang melibatkan banyak bahagian badan..

ia dikenalpasti dengan simptom berikut:
>pertumbuhan intelektual dan tumbesaran yang lambat berbanding bayi normal
>kulit yang tak elastik(menggelebeh macam orang tua) terutama di muka dan tangan
>selalunya juga melibatkan jantung, dimana dengupan lebih laju, stuktur jantung akan terganggu dan akhirnya otot jatung akan membesar tanpa kawalan dan akhirnya menjadi lemah.

pengidap penyakit ini juga 15 kali lebih cenderung untuk mendapat tumor samada tumor yang mengandungi tumor (cancerous tumor) atau tumor yang tidak mengandungi kanser(non-cancerous tumor)

peratusan orang yang mengidap penyakit ni teramatlah jarang iaitu sekitar 200-300 orang diseluruh dunia.

macam mana merawat?
tak ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ni melainkan rawatan untuk menghalang penyakit ni menjadi lebih teruk lagi..tapi gen yang menyebabkan penyakit ni iaitu HRAS mutation adalah penyebab utama penyakit ini dan ia sebenarnya boleh dirawat lebih awal

pendek kata, penyakit ni lebih kepada penyakit gen dan untuk tahu lebih lanjut klik sini

Monday, March 21, 2011

tips mengatasi kulit wajah yang kusam secara efektif dan organik


mengalami kulit wajah yang kusam dan tak bermaya? tak payah banyak budget pon untuk beli produk...sekarang wajah kusam boleh diatasi dengan menjengah ke dapur rumah anda iaitu dengan menggunakan buah-buahan..
( lainlah kalau korang memang jenis malas nak ke dapur,kan?)

jom try!
 epal:
hancurkan isinya, tambahkan 1 sudu makan madu dan sapukan pada wajah.biarkan selama 15-30 minit kemudian bilas dengan air suam

 timun:
belah 4 memanjang. buang bijinya dan gosokkan kewajah. biarkan selama 5-10 minit. bilas dengan air suam

 betik:
hancurkan betik yang sudah dibuang biji. tambahkan 1 sudu makan madu. sapukan kewajah yang telah dibersihkan, biarkan selama 15-30 minit dan bersihkan dengan air suam

strawberry:
hancurkan strawberry, tambahkan 1 sudu makan madu, sapukan ke wajah. biarkan selama 15-30 minit. bilas dengan air suam

tomato:
tomato dibelah 2 secara melintang, gosok-gosokkan bahagian dalam buah tomato pada wajah. biarkan 5-15 minit. bilas dengan air suam

lobak merah:
haluskan lobak merah, tambahkan 1 sudu makan madu dan sapukan ke wajah biarkan selama 15-30 minit. bilas dengan air suam.


senang,kan?
selamat mencuba!

Thursday, March 17, 2011

hidup ni menyakitkan part 2

semalaman
tak dapat lelapkan mata
memikirkan tentang aku
memikirkan tentang kamu
masa depan kita yang masih kelam

aku cinta kamu
cinta sepenuh hati
tak sanggup kehilangan cintamu

tolong
tolong jangan tinggalkan aku

tiba-tiba kamu menelefon
maafkan aku sayang
kita perlu berbincang

terkejut tergamam
kau yang aku fikirkan
yang tak sanggup aku hilangkan dari ingatan

sayang, biar apapun yang terjadi
biar badai melanda
biar ombak mengganas
biar dipisahakan lautan api
aku tetap cinta kamu
hingga hari terakhirku
memiliki nyawa
itu kata terakhirmu semalam
sebelum kita sekali lagi berpisah


insya-allah sayang
lagi dua bulan kita akan bernikah
lagi katamu


entah mengapa aku bercelaru
kerana aku pun cinta kamu
tak sanggup aku bayangkan andai kita terpisah

3 tahun bertunang
8 tahun bersama
walau kita berjauhan
namun kau dan aku
tetap merasakan rindu itu
mengggunung didada
menyesak di jiwa

memang aku tak mahu akhiri pertunangan ini dengan perkahwinan
kerana aku sebenarnya takut
hatimu akan berubah
tak mampu lagi cintai aku
seperti hari ini
seperti hari semalam

kau juga tergamam
terkedu
bila aku katakan
kita terpaksa juga berpisah
tatkala semalam
aku mendapat perkhabaran
yang aku sendiri tak pasti
apa perasaanku
aku mendapat tawaran bekerja
nun jauh disana
diperbatasan jihad!

Wednesday, March 16, 2011

hidup ni menyakitkan

aku dah bosan ngan sumer ni
harap namer jer da tunang
tapi masing-masing buat hal sendiri

kau buat hal kau
aku buat hal aku

memang patut pon kitorang tak kawen-kawen lagi
dah masuk 3 tahun bertunang
8 tahun bersama

tak kuasa nak pikir pasal kawen
walaupon umur dah lanjut
sebab sebenarnya takde siapa pon antara kita
yang nak rasa tanggungjawap tu

sebab tu aku rase tak kan dapat jadi isteri yang baik nanti
kalau dapat suami yang macam kamu

mintak maaf saya pos kan ni dalam blog
sebab saya tahu awak takkan pernah nak faham...

saya rase terabai
dan diabaikan
alangkah baiknya kalau saya tak pernah kenal awak
dan kita tak pernah bercinta

kawan2 awak lagi penting untuk awak
berbanding saya
dengarlah cakap kawan2 awak tu sangat

asik pendam perasaan jer
lama2 saya jadik giler

sebelum betul2 jadik giler
baik saya cakap macam ni

kang bila saya dah jadik giler
tak de siapa yang nak dengar cakap saya lagi
walaupon sekarang awak memang dah tak mau dengar apa saya cakap

tak guna berbincang lagi
kalau awak asik mengelak dari saya
tak angkat call saya
tak reply mesej saya

saya tak tau samada awak da ada pengganti saya
atau tidak
saya tak nak amik peduli lagi
saya dah malas nak buang masa lagi

awak asik buat saya rasa sunyi
padahal awak tau saya takde sesapa kat sini
takde kawan
awak satu-satunya kawan baik saya
tapi pernah tak awak anggap saya kawan awak?

takpayah jawap
sebab saya dah tau semua jawapan awak...

Saturday, March 12, 2011

oh my god!!!

my bilik da serupa tempat pembuangan sampah!!!
(calon-calon suami sile jangan bace!!!)


bizii goler aku minggu ni...dari start exam dua minggu sudah..sampailah hari bakal bapa mertua aku meninggal
samapilah dah settle kenduri hari ketujuh..
ghupenye banayk mende yang biasanya aku buat dah tak buat.. 
jangan lah jadi kebiasaan pulak mende yang satu ni
MENGEMAS!
takut terbawa-bawa pulak sampai lepas kawen nanti...
(harap bakal makmertua aku pon tak bace entry yang satu ni)



sebakol hanger....yang pakai nye dua tige jer..
ni aku kebas dari hostel aku maser student dulu..
ala...hager terbuang...takkan nak dibuang kot?

buku exam dan buku panduan solat sunat...dari minggu lepas dok tang tu jugak..

Katalog leno...
dah abes orang order, dan dah dapat barang nye, katalog pon terbiar..
nak buang belum expired lagi..

jangan tak tau..ni pencil case aku...sebakol...

CD rosak...aku pon tak tau nak campak ke mana...kebanyakkan citer nye aku tak pernah tengok pon...
(bukan barang milik aku)

kad undangan kawen...
banayk jugak kad undangan kawen dari kawan-kaawan...ade yang yang aku pergi, ade yang tak...
nak tunggu kad undangan aku, bile lagi lah gamak nye....


ade cadangan kat mane aku nak campak kan barang ni sumer?

Wednesday, March 9, 2011

tips menghadapi orang yang blur nak mampus sampai korang pon naik fed-up..

kadang-kadang rase susah kan nak menghadapi kawan-kawan yang tahap ke'blur'an dia melampau nak mampus..
pening betul..cakap tak pernah nye nak faham2..macam orang giler la pulak nak menerangkan nye..
last2 last kena terangkan satu2...
sampai lah dia kate "ooooooooooooooo....barulah aku faham.."
punyelah panjang muncung o nya..
kadang-kadang rase nak lempang pon ade,kan?

kadang-kadang rase menyesal pulak bile dah tercakap dengan beliau...

nak tau gak ape tips yang korang pakai untuk mengatasi masalah ni..

jom semak!
(aku ringkaskan jer..kang tulis pepanjang, korang pulak blur...haru...)

1.elakkan bergosip dengan beliau
kalau nak bergosip, cuba jangan cari beliau...kang teruk korang nak explain kat die


2.sile gunakan bahasa yang mudah difahami
ni standard lah,,kalau korang guna bahasa tamil, sure dia takkan faham punye..
tapi biasa lah orang pompuan kalau bergosip atau perli orang selalu nya akan guna bahasa kias..
ala...kita kan bangsa yang tinggi nilai falsafah nye..tak gitu?


3.buat-buat blur jugak
senang..kalau dia dah start tanye, korang pon tanye dia balik..
contoh "kenapa kau cakap Gemok tu kaki ampu?"
korang jawap balik "kenape ye"
pastu korang pon buat gak muke blur...


4.buat-buat tak dengar ucapan beliau
lepas jer korang bercakap (atau tercakap dengan beliau) jangan menyesal..sebalik nya korang buat-buat tak dengar dan teruskan bercakap..


5.cuba tukar topik
tukar jer topik baru kalau korang rase dia dah buat muke blur

6.melarikan diri
jangan ragu-ragu lagi...cepat-cepat lari dari medan blur kalau nak selamat..
make sure dia xkejor korang,,kalau kejar gak..korang buat-buat ar masuk jamban ker, bilik bos ker...balik umah ker..

7.tambahkan lagi blur dia..pastu gelakkan dia kuat-kuat
 cara ni paling bagos...gerenti dia rasa malu kene gelak...pastu musti dia tak tanye da...
kalau nak lagi ekstrem..korang gelak lah sampai guling-guling pastu buat-buat sawan...gerenti  100% menjadik..

selamat mencuba!

Monday, March 7, 2011

suamiku menang pilihanraya: isteri disuruh cium tangan TPM?

keputusan pilihanraya bagi n27 merlimau dan n28 kerdau dah diumumkan tepat pukul 8:30 malam tadi
nampknya BN menang lagi di kedua2 tmpat


pilihanraya ni diadakan sebab kematian penyandang sejak tahun 2008,
Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN meninggal sebab serangan jantung


aku bukan nak cerita pasal pilihanraya
malas nak amik tau pon sebenarnye..
takde maknenye pon
aku tak minat langsung politik
baru malam jugak tadi aku tau siapa calon parti bertanding..


tapi malam tadi sementara menunggu de dirah mekap,
tertengok lah berita sekejap..
live lagi kat tv3


roslan ahmad, wakil dari BN diumumkan pemenang untuk Dun Merlimau
dengan undi majoriti 2,724.


dapat dirasakan keseronokan beliau dan isteri bila menang


taknak cakap banyak..
mungkin mereka terlampau seronok


bukan nak cetuskan kontroversi
sebab aku pon tak sokong pembangkang


bukan nak cakap pasal agama jugak
bila bersalam dengan bukan muhrim


bukan nak cakap pasal hormat
bila ada timbalan ketua negara menyokong suami kita


tapi nak cakap pasal isteri orang
cium tangan selain dari suami dan ayah
depan mata sendiri
semua orang pulak tu
siap suruh lagi...


ditonton berjuta-juta rakyat malaysia
berbangsa melayu
dalam dan luar negeri


ape maknenye tu?
entah!






p/s: ni pon aku baru jer tau ade name tempat kat malaysia ni name kerdau?
jangan marah...

selipar lama

selipar kaler lain