Andai garis halus dan kedutan mula kelihatan di wajah, jangan tergesa-gesa menjalani rawatan pemulihan wajah atau melakukan pembedahan plastik kerana proses penuaan itu mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang. Justeru, banyak lagi kaedah untuk mengurangkan tanda itu dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi malah ada yang langsung tidak memerlukan kos.
Berikut beberapa tip untuk mendapatkan wajah dan tubuh yang lebih segar dan menarik.
Berhenti merokok
Ia tip antipenuaan paling utama kerana merokok menyebabkan kerosakan pada kulit dan membunuh sel hidup serta kolagen yg sepatutnye mambantu mengurangkan tanda penuaan. Merokok juga membuatkan kita kelihatan lebih cepat tua.
Lindungi kulit daripada pancaran matahari.
Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara keterlaluan boleh mempercepatkan lgi proses penuaan. Kurangkannya dengan menggunakan losen tabir suria dan cuba elakkan berada di bawah matahari terik.
Pengambilan makananan yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dab bijirin elok untuk membantu mengurangkan maasalah kulit yang sering terdedah kepada pencemaran. Untuk tempak lebih muda remaja, kulit memerlukan banyak vitamin C dan E yang boleh meningkatkan kolagen dalam kulit.
Amalkan minum teh hijau setiap hari.
Teh hijau juga menawarkan kelebihan antioksidan dan kajian menunjukkan pengambilannya pada waktu siang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah, di samping membina ketahanan dairpada penyakit jantung.
Tidur secukupnya.
Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, perlu mendapatkan tidur yang cukup bagi mengurangkan tanda penuaan pada wajah.Ketika tidur,tubuh membebaskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan sel. Tidur yang cukup juga mengurangkan tekanan pada diri.
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..