jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Thursday, January 13, 2011

kenapa susah nak carik jodoh?

hmmm...kenapa susah sangat nak carik jodoh?
kenapa tetiba lak shera terfikir nk wat entry macam ni arini?

bukan per...tetibe lak shera terfikir kenapa orang pompuan kengkadang susah sangat nak dapat jodoh,susah sangat nk kawen...

dalam islam memang da ade guideline untuk memilih pasagan..tapi kekadang orang kita salah menafsir ape yang telah ditetapkan...kita terlalu memilih dengan ape yang ade pada luaran tanpa selidik apa pon maksud dan  yang tersirat

yelah...kalau banyak sangat pra-syarat untuk memilih pasangan, memanglah susah nak cakap. kriteria ni kekadang susah nak carik kat lelaki zaman sekarang ni...apa kata kita tinjau apa pra-syarat untuk mencari pasangan yang sebenarnya tak patut ada untuk memilih pasangan.

1.nak yang kacak
pertama-tama sekali kita akan memandang betapa kacaknya seorang lelaki tu..bukan kita tak boleh pilih yang kacak, tapi sebenarnya kacak tu selalunya tak bermaksud hati dan budi. benda ni subjektif pada pandangan mata manusia. kenapa mesti pilih yang kulit cerah, tinggi, body builderla...kalau nak yang kacak, tapi perangai hampeh, apekejadah nye?

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

 "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."


lagi satu, lawa sangat ker kite ni nak cari yang kacak?

2.nak yang kaya dan kerja tetap
ni salah satu alasan paling selalu kita dengar. shera pernah tanya pada seorang kawan. 'boleh jamin ker yang dia akan kerja macam sekarang lepas kawen nanti? dibuek nye tetibe ekonomi gawat, and suami anda tetiba muflis, apakah anda akan terus bersamanya?' terjaminkah kebahagiaan tu?fikirkanlah...

lagipun, semiskin mana agaknya kita kalau terlalu mengimpikan lelaki yang kaya?

3.nak yang perfect
nak yang perfect dari segi ape? jasmani? rohani? sebelum tu, shera nak tanya, berapa perfect diri kita? pernah tak kita menilai diri kita sendiri sebelum menilai orang lain? cukup lengkap kah kita? kenapa perlu jadi perfectionist?
bukan ker dalam suatu perkahwinan itu sebenarnya kita saling melengkapi, bukan nya  mengharapkan orang lain melengkapkan kita.

4.nak yang bertanggungjawab
ni lagilah shera tak faham...tanggungjawab dari segi ape? pelik betul shera dengar statement macam ni....ape yang shera fikirkan ialah 'tanggungjawab lepas buat you buat i jadi dah tak dara?' macam ni ker cara kita memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?


5.nak cari yang beragama
oklah... mencari pasangan yang beragama memang sangat-sangat dituntut dalam islam...tapi kalau setakat dalam pihak perempuan yang terlalu mencari yang lelaki beragama, alim dan boleh membimbing kita setelah berkahwin, kita bukan kita je yang membimbing suami kita setelah berkawin kelak? ingat ini drama tv ke? setidak-tidak pun kita saling membimbing. kan itu lebih elok?


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
 
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

6.nak yang baik 
ni lagi satu kriteria yang shera tak faham...baik dari segi ape? maksudye tak pernah masuk penjara? tak pernah kena tahan dalam lokap? tak hisap rokok? tak ambil dadah? tak main perempuan? (memanglah...sape nak nak lelaki macam ni, kan? shera pon taknak...aaiii....mintak jaauuuhhh...)
oklah..katakan kita dah dapt lelaki yang baik gile babas pijak semot pon tak mati? boleh jamin  ke yang hati dan budi kita ni sebenarnya baik gile babas jugak? dijamin takde unsur2 pemikiran negatif?


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."


7.nak yang penyayang
mana kita tau lelaki yang kita pilih ni penyayang ke tidak? kan ke lelaki ni spesis yang susah nak tunjukkan kasih sayang? nak test, buat ujian banyak2 kat lelaki tu, pastu kalau pass sume test...baru leh wat laki...macam tu?


kamon lah...be reality....sejahat-jahat anak adam yang tuhan jadikan ni ade sifat penyayang nye...mane de manusia yang tak penyayang? tell me..show me...tak kanlah yang ni pun susah bebenor nak cari..


8.nak yang hormat kat kita
ni lagi satu...paling jelik bila orang yang tak reti2 nak hormat kat orang lain...tetiba cakap nak carik lelaki yang hormatkan dier!! hish...
(geli geleman aku....eeiiii...)




banyak lagi kriteria lelaki yang selau shera dengar dari mulut kawan2 shera...tak semestinya lelaki yang kita cari tu MESTI dan seMESTInya ade kriteria yang kita nak...
sesungguhnya manusia itu diciptakan allah secara berpasang-pasangan, jangan jadikan ini sebagai halangan untuk kita mencari jodoh..


dan satu nasihat yang agak klise dari shera....
jodoh pertemuan di tangan tuhan....kalau belum sampai jodoh, maksudnya Allah belum temukan si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. carilah...bumi tuhan ni luas..lagipun ketentuan Allah tu datang dengan usaha kita jugak. takkan nak tunggu jodoh tu datang bergolek pulak.

CERMIN-CERMINKAN....
SELAMAT BERAMAL

1 comment:

  1. saye setuju . hee . kalau takde usaha . mmg susah la . hee . semua manusia tak sempurna . klau nk carik yg betol2 perfect mmg takkan jumpe kod . huu

    p/s : i follow u :)

    ReplyDelete

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain