jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Saturday, April 23, 2011

orang paling tak guna...

Tiba-Tiba Aku Rasa Menyampah
Meluat
Jijik
Muntah
Bila Nombor Telefon Mu Terpampang
Dalam Panggilan Masuk Hensetku

Nak Ku Baling Henset Ni Kedinding
Tapi Apakan Daya
Harganya Beribu
3 Bulan Kumpul Gaji

Lalu Apa Harus Ku Buat?
Silent
Dibiarkan Tanpa Berjawap

Kenapa?

Aku Muak
Dengan Sikapmu
Egomu
Caramu
Melayan Aku

Tak Guna Ada Mata
Kalau Tak Ingin Melihatku
Tak Guna Ada Telinga
Kalau Tak Ingin Mendengarku
Tak Guna Ada Hati
Dan Perasaan
Kalau Hatiku Sering Disakiti
Tak Guna Ada Akal
Kalau Tidak Pernah Berfikir
Andai Orang Lain Terluka
Dengan Lakumu

Padahal
Aku Bukan Orang Lain Dalam Hidupmu
Aku Yang Dulu Kau Akui
Pernah Cintai
Sepenuh Jiwa
Setiap Helaan Nafas
Dan Selagi Masih Bernyawa

Tapi Kenapa
Aku Rasa Macam Orang Asing
Yang Singgah Keduniamu
Sejak Kebelakangan Ini

Maafkan Aku
Kalau Kehadiran Ku
Menyusahkan
Aku Rela Mengundur Diri

Monday, April 18, 2011

bila cinta didusta episod 6...

Seksyen 18, Shah Alam
Disember 2008

HARI minggu yang sungguh tenang. Cuaca amat panas. Bosan duduk dirumah. Sepanjang hari dia asyik mendengar tangisan Aryan. Khairul semakin rimas dengan rengekan Aryan. Apabila ditanya perihal Aryan, Adrianna hanya menjawab Aryan demam biasa. Penat dia melihat Adrianna kehulu kehilir memujuk Aryan. Bila dipelawa untuk membawa Aryan ke klinik, Adrianna enggan. Menurutnya Aryan baru sahaja dibawa ke klinik malam tadi. Akhirnya Khairul mangambil keputusan utuk keluar.
            “Demamnya belum kebah lagilah sayang. Baru sepuluh minit I bagi ubat demam. Nanti tertidurlah ni. Kan Aryan, kan?” Adrianna tenang menjawab. Tangannya menepuk belakang Aryan. Mulutnya sekali-sekala kedengaran berzikir bagi menenangkan anaknya.
            Setelah pasti Aryan sudah mulai tertidur, dia menghenyakkan punggungnya ke sofa. Aryan diletakkan secara meniarap di ribanya. Peti televisyen dipasang perlahan agar tidak mengganggu Aryan.
            Are you sure don’t want to seek doctor for Aryan?” Khairul mempelawa sekali lagi. Sekadar mendapatkan kepastian.
            “Tak payah. I boleh handle. Thanks.” Adrianna menolak. Matanya tidak lekang dari kaca televisyen. Tangannya masih menepuk lembut Aryan yang diribanya.
            “Kalau macam tu, I keluar dulu.”
            “Kemana?” Adrianna menoleh.
            “Car wash. Basuh kereta. Kenapa? Ada barang dapur nak kirim ke?”
            “Hmm...Nothing for now. But if got anything I’ll message. You’ll bring your handphone, dear?” Adrianna bertanya kembali.
            “Ada. I bawa. I’ll go now then. Bye.” Khairul berkata sebelum berlalu.
            “Okay.” Adrianna kembali menonton televisyen. Baginya tidak ada apa yang perlu dirisaukan mengenai Khairul. Kesihatan Aryan lebih utama.

Friday, April 1, 2011

bila perempuan diabadikan dalam kartun.......terbaek!







selipar oh my selipar

aduhai
selipar ku yang berwarna biru
kenapelah jadi begini
kelmarin kau yang aku bawa bersiar-siar
jalan jalan pekan
semalam kau juga yang aku bawa
jalan jalan di keliling rumah
tak tau kenapa
hari ni tetiba selipar ku hilang lagi
merajuk kenapa ntah
tak tahu ape salah ku

selipar oh selipar
marilah kesini
jangan lah merajuk lagi
sebab kaulah satu2 ya kawan aku
tak ade kedua
tak ade ketiga
sebab aku malas lagi nak ke uptown
mencari selipar
yang selesa macam kau

aduih
berpusing keliling rumah
mencari kau
berkaki ayam lah aku
menjinjit hujung jari
menjejak tanah
aduih mane dia ni?

agaknya dia merajuk
sebab aku dah 3 hari tak update blog
selipar biru

hah..
sekarang aku dah update
tapi napa kau tak muncul muncul lagi?
merajuk ape lagi nya
tiba2 mak aku muncul
ntah dari mana
dikakinya terselit selipar biru

macam aku kenal
memang aku kenal
eh, itu selipar aku

mak dari mana?
mak dari tepi sawah
mencari selipar mak yang hilang
merajuk kenapa ntah
mak pon tak tahu
takkan pulak sebab mak
dah 3 hari tak update blog
kau ade nampak?

tiba-tiba tangan aku automatik
menggaru kepala yang tak gatal..

korang ade nampak
selipar mak aku tak?

selipar lama

selipar kaler lain