laman selipar yang sudah berlumut
hijau pekat dan tebal
pelik
rupanya dah lama kutinggalkan
laman selipar yang sudah buruk
dan bertambah lesu
aku masih rindu untuk menulis
masih rindu untuk luahkan sayang
pada dunia cetusan idea
dan fikiran
tapi daya ku tak empunya
jemari sudah patah
sendi sudah ketat
bahana terlampau banyak berfikir
tanpa diluahkan
susah rupanya jadi seorang shera khalid
yang banyak perkara yang perlu difikir
tapi tak pandai berkongsi
dan maaf
aku tak dijadikan untuk itu
dan aku janji
esok aku akan kembali
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..