SEORANG penceramah wanita di tv ada
menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah
satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki
untuk mengambilnya sebagai isteri.
Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
1. Al Nananah – wanita
yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita
sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Al Manaqah – wanita
ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang
sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan
jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia
juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Al Hudaqah – wanita
yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia
tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri
orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami
dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Al Basaqah – wanita
sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri
bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka
melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang
lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah – wanita
yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau
majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis.
Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh
ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat
demikian. Walahu’alam..
Berpesan-pesan kepada kebaikan..
Berpesan-pesan kepada kebaikan..
(taken from http://hafizamri.com )
No comments:
Post a Comment
sila komen klu brann..