jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Monday, November 15, 2010

Mimpi erotic yang indah?


Malam itu aku sendirian, berbaring diperbaringan dikamar kecilku. Masih terbayangkan senyuman si jejaka kacak yang kutemui saban hari. Ah…alangkah….

Tiba-tiba entah dari mana muncul nya…dia…yang didalam anganku, tanpa sepatah kata- dia berbaring disisiku. Aku tergamam. Hatiku segera bertanya..mana dia tahu? Namun aku gembira- dia yang kuseru telah muncul

Dia hanya merenung wajahku- tanpa bicara, matanya tidak berkedip. Sungguh kacak, ah! Jejaka…jatuh cintakah aku padamu?
Bibirku dikucup. Aku hanya membiarkan. Ah! Jejaka… sungguh aku tidak mampu menghalang gerakan nalurimu. Aku juga tak mampu menolakmu jauh dariku-kerana kau yang sememangnya aku inginkan.

Aku mengusap rambutnya. Ah! Jejaka…sebuah pertanyaan yang terlintas difikiran aku ketika itu “siapa kamu, jejaka? Yang menjelma ketika aku dambakan kamu?”
“aku bukan siapa-siapa, aku hanyalah bayangan yang akan muncul kerana seruanmu” aku tergamam buat sekian kalinya…hatiku mulai sedih. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Aku kemudian menangis semahu-mahunya. Ah! Jejaka… tidak layakkah aku buatmu? Apakah segala-galanya yang ku inginkan hanya mampu muncul dalam khayalan? Terlalu hinakah aku buatmu? Benarlah anggapanku selama ini- kau membenci aku?

Terasa tubuhku dipeluk, erat “mengapa aku tiada tempat dihatimu?”Tiada jawapan darinya. hanya pelukan yang semakin erat. Segera aku memahami. Bukan aku yang kamu inginkan. Kamu hanya memujuk. . Ah! Jejaka. Alangkah indahnya jika hatimu juga memeluk hatiku sebegini erat.

Ah! Jejaka…
Tanpa kusedari aku tertidur dalam pelukannya sepanjang malam. Aku bahagia walaupun aku tahu dia hanyalah bayangan yang datang bila diseru. Walaupun cintanya bukan untukku.

……….aku terjaga dari tidurku. Aku masih sendirian dikamar ini. Alangkah sedihnya mimpi yang baru kualami. Cinta yang baru berputik dalam sanubari ini telah kelayuan. Aku kembali menangis semahu-mahunya. 

Terima kasih jejaka. Terima kasih kerana sudi hadir dalam mimpiku biarpun hanya semalaman. Aku berjanji akan kulepaskanmu selama-lamanya. Semoga cinta yang kau temui nanti adalah cinta yang kau inginkan. walaupun ku tahu, engkaulah selama ini yang aku inginkan…


shera Khalid
8 November 2010
11:05 pm

selipar lama

selipar kaler lain