jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Wednesday, May 26, 2010

novel: bila cinta didusta

Stesen Komuter Klang,
September 2010


Aku kembali lagi kesini, selepas 7 tahun berlalu…Entah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana cerita sebuah cinta yang bermula disini. Sebuah kisah yang memang tak sehebat cinta Romeo dan Juliet,atau setragis cinta Rama dan Sita. Tapi bagiku ia sebuah cinta yang masih meninggalkan luka yang paling dalam di hatiku hingga kini.

 Masih terlihat-lihat bayangan seorang gadis bertudung hijau turun dari sebuah wira aerobec biru yang berhenti di kawasan menurunkan penumpang, betul-betul dihadapan pintu masuk ke ruang legar stesen komuter. Gadis itu memerhatikan kereta itu berlalu pergi, sebelum melangkah masuk menuju ke kaunter tiket.

Aku berdiri tidak jauh dari kaunter, tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang. Aku sebenarnya masih tenggelam dalam duniaku sendiri. Segala bayangan masa silam tampak begitu jelas seolah-olah ia sedang berlaku. Mataku masih lagi mengekori bayangan gadis itu yang kelihatan kecewa selepas berurusan di kaunter. Ntah kenapa aku begitu tertarik dengan gadis itu. Seolah-olah ada sesuatu yang manarik pada pandanganku. Usai berurusan, gadis itu menuju ke deretan bangku yang disediakan di suatu sudut dan melabuhkan punggungnya dengan berat sekali.

Aku sangat mengenali gadis itu. Masih lagi mengingati wajahnya yang polos tanpa sebarang solekan. Diwajahnya tergambar sedikit riak keletihan. Dengan kurung hijau lumut bercorak batik yang sederhana, dia masih kelihatan anggun. Gadis inilah yang sebenarnya telah mengenalkan aku dengan sebuah dunia paling indah pernah aku nikmati, sebuah dunia yang bernama cinta. Sungguh, aku memang merindui gadis itu
Tatkala aku sedang leka memerhatikan wajah gadis yang hanya wujud dimataku, bayangan seorang lelaki yang kukira sebaya dengan gadis itu turut melabukan punggung disebelahnya. Ya,aku kenal benar dengan lelaki itu. Dia adalah aku di masa lalu..

Aku melihat lelaki itu mengatakan sesuatu kepada si gadis. Lama mereka berbual. Aku sedia maklum apa yang mereka bualkan. Akhirnya gadis itu kelihatan terseyum sebelum kedua-duanya berjalan beriringan menuju ke kaunter tiket. Lelaki itu membeli tiket keretapi dan menyerahkannya kepada si gadis. Mereka kelihatan bertukar-tukar nombor telefon. Sekali lagi aku melihat mereka saling melambai-lambai si gadis berlalu pergi menaiki keretapi.

Tiba-tiba aku terasa bahuku ditolak seseorang. Seketika, aku tersentak. Tanpa aku sedari aku sebenarnya berdiri begitu hampir di laluan pemeriksaan tiket automatik. Aku rupanya sedang menghalang mereka yang baru tiba dari haluan masing-masing. Aku sempat meminta maaf sebelum memandang kambali kearah sepasang uda dan dara yang baru bertemu tadi. Tiada lagi bayangan seperti yang baru ku alami. Hilang begitu saja. Ah, alangkah ringkasnya pertemuan pertama ini. Begitu terpahat kukuh dalam ingatan. Bahkan tidak sesaat pun aku pernah lupa. Inilah panahan cinta asmaraku yang pertama.



nak tahu lebih lanjut?
ttttuuuunnngguuuuuuuuu............

Saturday, May 22, 2010

takot ker aku?


sebenarnya,
aku takut hadapi hidup ini
aku takutkan masa lalu aku
menjerat diri aku masa kini
aku takutkan hari ini
atas kesilapan aku lakukan semalam
aku takutkan hari esok
takut kalau-kalau tindakan aku hari ini
membawa malapetaka pada hari esok

aku tau-mak aku pernah cakap
yang paling dekat dengan kita adalah hari esok
manakala yang paling jauh-adalah hari semalam

aku takut dangan orang lain
mungkin aku pernah sakitkan hati mereka
tanpa aku sedari
mungkin juga aku pernah berbuat salah
lalu menyalahkan orang lain
(aku minta maaf dari lubuk hati aku)

aku takut dengan tuhan
sebab aku selalu melupakan kehadiran-Nya
selalu mengabaikan-Nya
selalu mengingkari perintah-Nya

tapi aku malu(entah kenapa)
malu untuk memohon keampunan-Nya
adakah pintu taubat untukku masih terbuka
untuk hamba-Mu yang penuh dosa?

aku takutkan kematian
aku takutkan hari kemudian
sememangnya aku tak layak untuk syurga-Mu
tapi aku tak mahu ke neraka-Mu

Ya Allah
bukakanlah hatiku
terimalah taubatku
aku mohon keredhaan-Mu
aku insan yang berdosa
berikanlah petunjuk
ku pohon kekuatan
untuk aku hadapi hari ini
dan hari-hari esok yang akan mendatang

menangis dalam sujudku
penuh kerendahan hati
sesungguhnya kau lah tuhan
yang maha pengasih
dan penyayang


20/6/2009 0245H

selipar lama

selipar kaler lain