jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Thursday, March 17, 2011

hidup ni menyakitkan part 2

semalaman
tak dapat lelapkan mata
memikirkan tentang aku
memikirkan tentang kamu
masa depan kita yang masih kelam

aku cinta kamu
cinta sepenuh hati
tak sanggup kehilangan cintamu

tolong
tolong jangan tinggalkan aku

tiba-tiba kamu menelefon
maafkan aku sayang
kita perlu berbincang

terkejut tergamam
kau yang aku fikirkan
yang tak sanggup aku hilangkan dari ingatan

sayang, biar apapun yang terjadi
biar badai melanda
biar ombak mengganas
biar dipisahakan lautan api
aku tetap cinta kamu
hingga hari terakhirku
memiliki nyawa
itu kata terakhirmu semalam
sebelum kita sekali lagi berpisah


insya-allah sayang
lagi dua bulan kita akan bernikah
lagi katamu


entah mengapa aku bercelaru
kerana aku pun cinta kamu
tak sanggup aku bayangkan andai kita terpisah

3 tahun bertunang
8 tahun bersama
walau kita berjauhan
namun kau dan aku
tetap merasakan rindu itu
mengggunung didada
menyesak di jiwa

memang aku tak mahu akhiri pertunangan ini dengan perkahwinan
kerana aku sebenarnya takut
hatimu akan berubah
tak mampu lagi cintai aku
seperti hari ini
seperti hari semalam

kau juga tergamam
terkedu
bila aku katakan
kita terpaksa juga berpisah
tatkala semalam
aku mendapat perkhabaran
yang aku sendiri tak pasti
apa perasaanku
aku mendapat tawaran bekerja
nun jauh disana
diperbatasan jihad!

1 comment:

sila komen klu brann..

selipar lama

selipar kaler lain