jom klik sini...tengok apa ada...

Followers

Wednesday, May 26, 2010

novel: bila cinta didusta

Stesen Komuter Klang,
September 2010


Aku kembali lagi kesini, selepas 7 tahun berlalu…Entah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana cerita sebuah cinta yang bermula disini. Sebuah kisah yang memang tak sehebat cinta Romeo dan Juliet,atau setragis cinta Rama dan Sita. Tapi bagiku ia sebuah cinta yang masih meninggalkan luka yang paling dalam di hatiku hingga kini.

 Masih terlihat-lihat bayangan seorang gadis bertudung hijau turun dari sebuah wira aerobec biru yang berhenti di kawasan menurunkan penumpang, betul-betul dihadapan pintu masuk ke ruang legar stesen komuter. Gadis itu memerhatikan kereta itu berlalu pergi, sebelum melangkah masuk menuju ke kaunter tiket.

Aku berdiri tidak jauh dari kaunter, tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang. Aku sebenarnya masih tenggelam dalam duniaku sendiri. Segala bayangan masa silam tampak begitu jelas seolah-olah ia sedang berlaku. Mataku masih lagi mengekori bayangan gadis itu yang kelihatan kecewa selepas berurusan di kaunter. Ntah kenapa aku begitu tertarik dengan gadis itu. Seolah-olah ada sesuatu yang manarik pada pandanganku. Usai berurusan, gadis itu menuju ke deretan bangku yang disediakan di suatu sudut dan melabuhkan punggungnya dengan berat sekali.

Aku sangat mengenali gadis itu. Masih lagi mengingati wajahnya yang polos tanpa sebarang solekan. Diwajahnya tergambar sedikit riak keletihan. Dengan kurung hijau lumut bercorak batik yang sederhana, dia masih kelihatan anggun. Gadis inilah yang sebenarnya telah mengenalkan aku dengan sebuah dunia paling indah pernah aku nikmati, sebuah dunia yang bernama cinta. Sungguh, aku memang merindui gadis itu
Tatkala aku sedang leka memerhatikan wajah gadis yang hanya wujud dimataku, bayangan seorang lelaki yang kukira sebaya dengan gadis itu turut melabukan punggung disebelahnya. Ya,aku kenal benar dengan lelaki itu. Dia adalah aku di masa lalu..

Aku melihat lelaki itu mengatakan sesuatu kepada si gadis. Lama mereka berbual. Aku sedia maklum apa yang mereka bualkan. Akhirnya gadis itu kelihatan terseyum sebelum kedua-duanya berjalan beriringan menuju ke kaunter tiket. Lelaki itu membeli tiket keretapi dan menyerahkannya kepada si gadis. Mereka kelihatan bertukar-tukar nombor telefon. Sekali lagi aku melihat mereka saling melambai-lambai si gadis berlalu pergi menaiki keretapi.

Tiba-tiba aku terasa bahuku ditolak seseorang. Seketika, aku tersentak. Tanpa aku sedari aku sebenarnya berdiri begitu hampir di laluan pemeriksaan tiket automatik. Aku rupanya sedang menghalang mereka yang baru tiba dari haluan masing-masing. Aku sempat meminta maaf sebelum memandang kambali kearah sepasang uda dan dara yang baru bertemu tadi. Tiada lagi bayangan seperti yang baru ku alami. Hilang begitu saja. Ah, alangkah ringkasnya pertemuan pertama ini. Begitu terpahat kukuh dalam ingatan. Bahkan tidak sesaat pun aku pernah lupa. Inilah panahan cinta asmaraku yang pertama.



nak tahu lebih lanjut?
ttttuuuunnngguuuuuuuuu............

Saturday, May 22, 2010

takot ker aku?


sebenarnya,
aku takut hadapi hidup ini
aku takutkan masa lalu aku
menjerat diri aku masa kini
aku takutkan hari ini
atas kesilapan aku lakukan semalam
aku takutkan hari esok
takut kalau-kalau tindakan aku hari ini
membawa malapetaka pada hari esok

aku tau-mak aku pernah cakap
yang paling dekat dengan kita adalah hari esok
manakala yang paling jauh-adalah hari semalam

aku takut dangan orang lain
mungkin aku pernah sakitkan hati mereka
tanpa aku sedari
mungkin juga aku pernah berbuat salah
lalu menyalahkan orang lain
(aku minta maaf dari lubuk hati aku)

aku takut dengan tuhan
sebab aku selalu melupakan kehadiran-Nya
selalu mengabaikan-Nya
selalu mengingkari perintah-Nya

tapi aku malu(entah kenapa)
malu untuk memohon keampunan-Nya
adakah pintu taubat untukku masih terbuka
untuk hamba-Mu yang penuh dosa?

aku takutkan kematian
aku takutkan hari kemudian
sememangnya aku tak layak untuk syurga-Mu
tapi aku tak mahu ke neraka-Mu

Ya Allah
bukakanlah hatiku
terimalah taubatku
aku mohon keredhaan-Mu
aku insan yang berdosa
berikanlah petunjuk
ku pohon kekuatan
untuk aku hadapi hari ini
dan hari-hari esok yang akan mendatang

menangis dalam sujudku
penuh kerendahan hati
sesungguhnya kau lah tuhan
yang maha pengasih
dan penyayang


20/6/2009 0245H

Monday, March 29, 2010

headache..


sakitnyer kepale sayer arini..kenape yek?


mungkin sbb sayer mkn lewat...biler makan sarapan lewat,maka sayer pon sakit kepala.... sayer perasan bile sayer dah lapar,selalunyer saya akan mengabaikan perut sayer,dan bile saye sakit kelapa kepala itu isyarat yang sayer benar2 dah lapar...


mungkin jugak sebab tekanan kerja...bile banyak kerja maka tekanan pon bertambah


mungkin jugak sebab sayer kurng tido..


sayer jugak selalu mengadap laptop sampai mate sayer jadik merah


sayer jugak sedang stress sebab kereta syer dah semnggu msk workshop...insurannye x settle lagi...


ubat yang saya makan kurang berkesan,mungkin sayer perlu tukar ubat baru...


saya jugak memikirkan masalah kewngan yang sangat serius...nak cari jalan penyelesaian...



bile ade org tanyer bile nak kawen...adusss....

....dan seribu satu kemungkinan lagi...

bile sayer dah sakit kepala...

mata sayer langsung xboleh terkena cahaya...akan bertambah sakit klu sayer memndang cahaya


so,sayer akan duduk diam-diam dalam gelap...selalunyer dalam bilik sayer...kemudian sayer pon zzzzzzzz


kalau kat tempat kerja,sayer akan wat2 xtau...kononnyer sayer xde ape2 masalah sakit kepala...tapi selulunyer xberjaya sebab sayer betul-betul sakit..


sayer akan makan ubat...tapi ni mmg perkara yang terakhir yang akan sayer buat...sebab ubatnyer xberkesan,..



macam mner ni?adussss sakit kepala...


EmbarrassedShocked 1NoTantrum

Friday, March 26, 2010

Everything happens for a good reason!



Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there...to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very moment that they will affect your life in some profound way.


And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.


Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.


Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold you head up because you have every right to.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.



Share this with anyone whom you believe has made a difference in your life!
"If you take your eyes off your goals, all you see is obstacles."

-liriks-

~Srikandi Cintaku~

Dingin Malam Tirai Kenanganku
Menyerlahkan Sekurun Ingatan
Terciptalah Rimba Kehidupan
Percintaan Dalam Perjuangan
Kesetiaan Sebagai Bekalan
Bisikanmu Penuh Pengharapan
Tiada Garis Dapat Memisahkan
Segalanya Kudratmu Tuhan
Alam Bagai Mengerti
Segala Yang Terjadi
Embun Menitis Penuh Simpati
Pertemuan Tiada Awal Akhir
Perutusan Berdarah Kuterima
Gugur Kuntum Di Tengah Halaman
Mega Kini Kurasakan Sepi
Tanpamu Pilu…
Kusemaikan Pepohon Kemboja
Dan Bunganya Adalah Hatiku
Semadilah Dalam Kedamaian
Semangatku Tetap Bersamamu
Kan Ku Usung Jenazah Cinta
Semadikan Nisan Kasih Suci
Semangatkau Tetap Bersamamu
Selama Pasti
Debu Malam Meragut Kenanganku
Menyedarkan Dari Lamunanku
Percintaan Dalam Perjuangan
Kau Abadi Srikandi Cintaku
Tiada Garis Dapat Memisahkan
Segalanya Kudratmu Tuhan
Semangatmu Tetap Bersamaku
Selama Pasti

Thursday, March 4, 2010

ntahlah

Lame betul aku xupdate seliparbiru....bkn sbb aku dah lmer xonline,hari-hari aku bukak internet,tapi aku just update shoutout kat facebook jer...sekarang ni aku tengah xde semangat nak tulis cerita pe yg aku patut tulis...so,kali ni aku nak buat benda yang aku tak tahu...dan memang aku tak pernah tahu...apedia?


Nose-picker
Ntah...aku tak tahu!!!
Tak tahu apa yang aku nak tulis
Tak tahu apa yang ada difikiran
Tak tahu apa yang terjadi
Disekelilingku

Entahlah
Tak tahu apa yang patut aku buat
Sebab aku Tak tahu apa yang aku dah buat
Sebab aku tak tahu apa yang belum aku buat

Entahlah
Tak tahu mana patut aku mula
Tak tahu mana pula garisan penamat
Tak tahu bila akan berakhir

Ntah...aku tak tahu!!!
Aku memang tak tahu
Apa yang aku tahu
Apa motif aku?

Entahlah
Jangan Tanya aku
Sebab
Aku memang tak tahu!!!



Aku yang tak tahu,
Shera
Puisi ni aku tulis secara officially dalam diari aku pada 25/11/2009 kol 3:55am



Korang tau tak?
Military


‘LOVE one another and you will be happy. It’s simple and a difficult as that’- Michael Leuning

Monday, March 1, 2010

YANG TERINDAH BUATMU


Harini aku nak cerita pasal sorang lelaki yang paling hensem pernah aku jumpa...lelaki ni sepuluh ribu kali lagi hensem dari mamat yang xberapa nak hensem...
Aku kenal lelaki ni dari hari pertama aku keluar dari perut mak aku...dialah yang azankan aku and bagi nama yang terindah untuk aku...
Banyak mende aku nak cerita pasal lelaki ni...tapi malas lah pulok nak taip panjang2.pendekkan cerita...aku saaaaaaaayang giler kat lelaki ni...aku pon xragu2 nak ucapkan i love,love,love u soooooo much...
Jangan fikir yang bukan-bukan sebab lelaki ini adalah Beliau yang aku panggil bapak
Disebabkan hujung bulan ni besday bapak aku yang tersayang,terhensem and his a best dad of the year, and every year to come aku ciptakan satu puisi untuk beliau...

(puisi ni aku cipta dari tahun lepas,tapi aku simpankan jer jadi pekasam dalam diari aku...so,tahun ni aku terbitkan special dalam seliparbiru..)

Khas untuk Dtk K...love u so much....
Bapak,
Dalam keseorangan,
Aku teringatkan dirimu,
Yang penuh dengan segala-galanya
Kelembutan,
Kasih sayang,
Pengorbanan,
Kemuliaan.
Kaulah lelaki yang paling aku sayangi
Dunia dan akhirat
Melebihi segala-galanya

Bapak,
Hanya satu dihatiku dari dulu hingga kini
Namun,
Kasih sayang buatmu tak pernah terungkapkan di bibir ini
Maafkan aku bapak

Bapak,
Tak pernah terniat dihatiku untuk melukaimu
Walau hanya secebis
Tapi aku pernah melihat kau menangis
Entah kenapa
Mungkin kerana keperitan hidup kita selama ini
Tidak semewah mana
Tapi kau tetap mampu sediakan semuanya untukku,untuk ibuku,untuk adik-adikku
Waktu itu aku masih kecil
Tak memahami apa yang terjadi
Hanya ingin berseronok dan ingin bermanja
Maafkan aku sekali lagi

Bapak,
Maafkan aku
Masih belum bisa membalas jasamu
Masih terkapai-kapai mencari arah hidup ini
Masih belum bisa menyenangkan hatimu
Tapi kau tak pernah mengeluh
Kerana kau lelaki paling hebat yang pernah aku temui dalam hidupku...

Bapak,
Tak tahu apa yang harus ku katakan lagi
Kerana Tiada kata-kata yang bisa terungkap
setanding segala jasamu mendewasakanku
dan kerana aku benar-benar menyayangimu sepenuhnya
dulu aku memang anak yang nakal
tak pernah mendengar cakap
dan sering menyusahkanmu.
Bersyukur aku kehadrat tuhan
Kerana telah mengurniakan aku seorang bapa
Semuliamu
Seikhasmu
Penyayang
Sekacakmu!!

Dari anakmu yang menyayangimu,
Happy 50th birthday
26/2/2010



*pic ni mser kitorang lunch kat hillcity hotel,ipoh sempena merdeka 2thn lepas...dtk k and dtin f.
‘One word frees us of all the weight and pain of life; that word is LOVE’- Sophocles

Webfetti.com

Thursday, February 25, 2010

cinta mesti ada sebab....

kenape cinta bersebab?
sebab ape kne ade sebab?
sebab ape aku cintakan jejaka bermata coklat tu?
klau xbersebab,kenapa kite mesti bercinta?
cinta bukan perkara main2 n cinta x boleh dipermainkan...
sebab nak bercinta kite ada hati n perasaan,tanpa hati perasaan bukanlah manusia namenyer..
dan manusia xkan boleh hidup tanpa cina cinta
apekejadah manusia hidup tanpa cinta?
apekejadah manusia hidup tanpa hati dan perasaan?
kenapa manusia yg mencintai tanpa sebab selalunyer rugi?
(ape aku melalut nih?)

'aku bercinta kerana ALLAH,aku hanya menyintai ALLAH dah kepadanya jua aku serahkan cintaku'


anyway semalam ngah sdp2 aku dgr mp3 aku ade lagu ni...dah lamer sgt lagu ni....maybe zaman bapak aku kecik2 lg...
anyway lirik dier mmg beSt... ade kne mengena ngan sebuah percintaan...
maleh nak ckp panjang,korg hayatilah sdri..


LOVE ME FOR A REASON-THE OSMOND


Girl when you hold me
how you control me.
You bend me and fold me any way you please.
It must be easy for you the loving things that you do
For just a past time for you.
I could never be and I never know girl if I should stay or go
Cause the games that you play keep driving me away

Don't love me for fun girl let me be the one girl
Love me for a reason and let the reason be love.
Don't love me for fun girl
let me be the one girl
Love me for a reason let the reason be love.

Kisses and caresses are only minor tests Babe
Of love which it stresses between a woman and a man.
So if love ever lasting isn't what you're asking
I'll have to pass girl and proudly take a stand
I can't continue guessing because it's only messing up my pri
And my mind oh
so right now it's time to tell you

Don't love me for fun girl let me be the one girl
. . .
I'm just a little old fashioned it takes more than
A physical attraction my initial reaction is honey
Give me love not a facsimile of love.

Don't love me for fun girl let me
be the one girl

 aku bkn knl pon kompulan ni...tapi kter knelah amik tau ape yang dah terjadi,sedang terjadi n yg akan terjadi..

diorg ni sbnrnyer femes dalam thn 70an...zaman agogo atau dlm bhs melayunyer zaman elvis presley...dah lebey 50thn diorg ni menyanyi..
antara lagu2 femes diorg crazy horses,double lovin,down by the river and byk lagi
nak tahu lagi..korg gi jer kt sini
(aku maleh nak citer panjang...ni wat pengetahuan korg jer...)

ok? 

Wednesday, February 24, 2010

cipan bin tenuk!!!!

apsal susah sgt aku nak upload entry baru utk blog sejak dua tiga lapan menjak ni ha?
ni kali terakhir yg kelima den torai...barula menjadik 

yess!!! bingo!!!


bukan aku malas nak update...tiap2 mlm aku online..
tapi alkesahnyer aku nyer entry xleh nak save..
entry aku tiap2 kali pas taip musti xberjaya dgn successnyer..
bende ni musti kuar...kompom nyer lah....
sampai beku pale hotak aku ni...

korang nak tau apa yg terjadi n knape aku xleh nak update?




 sebab nilah..

Friday, January 8, 2010

tahniah!,tahniah!,tahniah dan tahniah lagi....

~~(dari kul 12 tgh malam aku bukak blog ni...igtkan nak wat post at least 1 entry...tau2 sampai kol 6 pg baruler hinngap satu idea...
susah gak kan nak dapat idea ni sbnrnyer kan?)~~

malam tadi bler aku masuk keje...aku dapat satu crite yg syiok...bagi aku dan mereka2 yang terlibat...
(dan mood aku pon baik jer sepanjang malam...)

kak ain telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal kt wad bersalin kpj selangor...musti best kan dapat anak...
seribu tahniah ar buat beliau...pasni klu dlam pantang tu..jgn x online plk facebook...(kang xde plk org aku nak kutuk pasni...hehehe...)

tahun 2010 ni kirenyer baby pertama yg lahir di kalangan bdk2 wad ni...ni jgk baby yg terakhir lahir daripada persatuan mak2 buyung wad 4b...hehehe
antara bekas2 mak buyung 2010:
kak linda,kak rizana,kak lina,fizah,miela dan yg terakhir kak ain-tarikh lahir diorang sumer dkt2 jer...so,coti pon sme2 jer...
tahniah ar untuk kejayaan korang...

skrg masing2 dah start berkerja dari coti buat anak...meriah ah wad cite psl anak jer hari2...aku still xtau nak mencelah kot mane...dolu waktu diorang pregnant hari2 cite psl perut...aku xtau sme de nak dgr atau mencelah...
the point is...criter diorg xde kne mengene ngan aku yang berjiwa brutal ni...

(ni bukan gambar anak beliau...harap maklum...) 

turn aku bile,ek?aku plan nak bersalin tahun ni gak(2010) sbb klu btul ikut tarikhnye tahun harimau merupakan tahun yang baik...anak2 yg dilahirkan pd tahun ni adalah anak yg pintar,berani dan bertuah...tapi soalannyer.....BILE LAK AKU KAWEN NI?

bercakap pasal kawen...tetibe pulak aku rindu sgt2 kat jejaka yang xberapa nak hensem...musti die tgh nyenyak tido dibuai mimpi indah...entah sapelah dalam mimpi beliau sampai aku mesej pon xsedor...(harap2 akuler tu...)

aku rindu gile kat beliau walaupun malam tadi beliau yang hntr aku datang keje..ntah kenapa...aku xkesah kitorang lambat kawen asalkan beliau sentiasa sayangkan aku...angau ker?

so,lagu ni aku tujukan buat beliau

TERPESONA

Kau selalu dihatiku,
Tiap detik dan waktu,
Engkau masih dihatiku,
Walau pun kau tak tahu,

Kaulah yang terindah,
Seindah taman kota babylon,
Bagai bidadari,
Ayu wajahmu tiada terperi,
Inginku bersamamu selalu.

Kau selalu di hatiku,
Kau bertakhta di jiwaku,
Cintaku hanya untukmu,
Walau pun kau tak tahu.
Tapi apa ku pasti,

Kau tak akan kumiliki,
Telah ku cuba berkali,
Kau tak pernah pun peduli.

p/s lagu ni dihadiahkan member baik aku mser kt kolej..Shark..
beliau dah pon berkawen tahun lepas...tahniah ar skali lagi...

tapi apsal macam xkene jek lagu ni ngan mood entry aku arini? ah,lantaklah!!
lagu ni jer yang terlintas dalam kepala hotak aku pagi ni...(ade aku kesah?)

hehehe
-ape pulak mood korang?-

Saturday, January 2, 2010

kenangan masa lalu

xtau nak kesahkan ape...layan jelah...




ntah lah..
-agak2 korang kitorang ni seswai x?-

Friday, January 1, 2010

happy new year 2010!!!

happy new year to all my friend!!

kat ner aku sambut new year ni,ek?

xkan xtau...kat ner lagi..kat wad ler,,...mcm thn2 yang lepas gak...xde kemana pon aku pegi...

pada aku sambut tahun baru kat wad ni membawa satu pengertian yang indah dalam kamus hidup aku...

ape dia,ek?

malam ni dari tingkap 4 wad aku leh tengok pertunjukan bunga api dari seluruh shah alam...sana sini bunga api...xleh aku gambarkan keindahan malam tu untuk korang...best

aku sempat wish happy new year untuk jejaka yg xberapa nak hensem..hmmm kat mane beliau skrg ni yek?sat aku call...

(lagu tema callerringtone beliau..Kantoi by ZeeAvi)
"samekom...kat mane syg?"
"wsalam,sat ada cal masuk"
aku malas nak tgu lmer2 kang crdt aku abis...(aku kan kedekut credit..)
"sayang...nape letak?sekejap jer.."(beliau cal balik)
"sape cal?"
"napi...dia kate ade polis lagi kat dataran..."
"abis tu syg ktner ni?
"kat blkg maybank...tgh lepak2.."
"jauhnyer,ngan sape?"
"pat org jer..kat dataran ade lagi budak2 vivac...malas nak pi..polis kacau"
"oh yeke...kate nak pi mancing malam ni?"
"tulah...tadi lupe nak cucuk..maybank pulok tutup..xleh ar nak p kolam mancing...xde rm.."
"pulak"

azam aku untuk tahun baru...hmmm..perkara pertama yang aku terfikir...
1.nak kawen!!!
2.nak kumpul duit banyak2




-hehe-
-ape pulak azam korang?-

Monday, December 28, 2009

selamat menyambut ulang tahun...

selamat menyambut ulang tahun...
yang pertama kali dalam sejarah...
(since 28/12/2008)

aku berbangga sebagai rakyat malaysia yang majmuk dan penuh kesantunan lagi aman dan makmur...aku kibarkan jalur gemilang sempena hari sambutan ulang tahun yang pertama...
(ape aku merapik meraban nih)

musti korang tertanya2 ulang tahun mende yang aku nak sambut ni,kan?

merdeka ker?
besday aku ker?
besday adik sedara aku ker?
setahun umur kete aku ker?
genap setahun aku menang loteri ker?
ulangtahun ape,ek?




selamat ulang tahun pertunangan...


jarang2 betul orang sambut mende ni,kan?tapi aku dah berjaya pecah rekod!!!
yuhu!!!

ni sebenarnyer bukanlah khabar gumbira bagi aku...yelah sapelah nak bertunang lamer2

banyak dugaan yang menanti...
banyak lagi nak diharungi...

...anyway..aku still rase bangga dapat sambut menda lain yg org xpernah buat...



ape plan aku yek?aku ade surprise pling besar utk jejaka yang xberapa nak hensem!

korg nak tau ape dia?nak tau x?

lein entry aku citer!!!
hehehe...

-surprise untuk semua-

Wednesday, December 23, 2009

rintihan jiwa...

Aku xtau ape aku nak kesahkan untuk harini...tapi tetibe jer aku dengar lagu ni kat headphone aku maser aku bukak lagu kt laptop aku harini...


Lagu ni aku burn dari CD lamer aku curik dari mamat yg xberapa nak hensem...

Aku tujukan khas buat kawan2 yang baru putus chenta

Rintihan jiwa


Terbayang gambar wajahmu


Menjelma disudut hatiku


Tak terdaya aku membiarkan ia pergi


Walaupun telah berlalu


Tiada lagi kau disisi


Masih belum kusedia keranda untukmu...


Apakah salahnya diriku


Hingga sanggup kau tinggalkanku


Setelah ku beri kasih...ku padamu


Dan telah ku sandarkan harapan melangit pada dirimu


Chorus: Dengarkanlah...


Rintihan jiwa ini


Yang menjerit memanggil oh namamu..


Hanya tuhan yang tahu betapa aku cinta padamu


dan kerana-Nya jua kita terpisah


*ulang apakah salahnya diriku...


**ulang terbayang gambar wajahmu...




*Penyanyinyer aku xtau...


Tak silap aku kumpulan DATA...


Tapi macam pelik jer aku bile aku salin lirik lagu ni...


Korang xker rase pelik?





**Anyway cinta itu adalah petanda bahawa kita adalah seorang manusia normal yang masih mempunyai perasaan. jatuh cinta dan putus cinta adalah sebahagian daripada rencah dalam kehidupan kite....jadikan pengalaman putus cinta sebagai petanda untuk memulakan kehidupan baru...bukan petanda pengakhiran sebuah cerita dan bukan juga tandanya kita xlayak untuk dicintai...tapi mungkin ada seseorang diluar sana yang dijadikan untuk kite...mungkin kita belum temui...tapi lambat laun pasti akan kite jumpa juga...dan yang paling penting,cinta kepada yang yang maha Esa adalah cinta yang paling sempurna dan hakiki....AMIN...**




Monday, December 21, 2009

madah pujangga

Friend in different language...



Hindi-dosth



German-freund



Spanish-amigo



French-ami



Pinoy-kaibigan



Deutch-urend



Mexican-amigo



Tamil-thozan



For me?



It’s simple...





























U...


Saturday, December 19, 2009

perempuan melayu terakhir....

lamer tol aku x update blog kesayangan aku nih...
korang cbe teka aku ktner skrg ni? aku kt restoren nasmir alor star..(ni adalah promotion,mner tau,tauke nak bg aku mkn free pas ni...)
apelah aku wat jauh2 merantau kt utara ni?
sro beb? aku bkn merantau...tapi gue blik bercoti2 mesia...habiskan coti aku yg tertunggak....hehehe

kepulangan hamba kali ni xditemani gua nyer body guard yang xberapa nak hensem tu...
tapi gua blik sorg2 jer...(beliau kan org berkerjaya...mner leh tinggalkan keje lmer2 mcm gua...hehehe)

utk pengetahuan korg gak, ini coti pling lamer pernah aku amik since aku keje kt kpj selangor specialist hospital...korang jgn jeles ar...2 minggu bersamaan ngan 15 hari....lmer tu.....

sbb tu gak aku dah lmer x update blog ni..kt umah aku mner ler ader internet...aku nak masukkan broadband ker ape ker tapi mak aku ckp umah aku jauh dari pencawang,klu mskkn internet sure lmbat...aku iyakan jelah...nak bantah...emak...
hehheh..

hari ni aku nak story kat korng psl personaliti...
aku dah lmer nak menulis psl personaliti kt blog ni tapi xpernah kesampaian...
4 tahun yang lalu aku pernah menulis pasal personaliti aku tapi dalam diari jelah...xpernah lak aku terbitkan kt luar....

ape aku nak tulis pasl personaliti ni,ek?dalam diari aku dulu aku terjemahkan yang personaliti aku sebernarnye kasar,pendek kate mcm lelaki..
stail aku cakap,
tangan dan kulit kasar,xpernah berlosyen,
jalan kengkang,
stail rambut pendek,
jeans lusuh,cap and tee jer bler aku kuar...
yang paling wajib ble aku dressing ialah
SELIPAR!!
waktu tu pun aku seorang yang kalis lelaki...tapi aku pon xtau samada mmg xde lelaki yang teringin nk kenal ngan aku lgsung atau aku berpendirian aku ni xcantik...so,biarkan jelah aku mcm ni...
bak kate zizan raja lawak musim2
XDE HAL PUNYER...

dalam fikiran aku lelaki musti nak kan pompuan yang cantik,lemah lembut dan yg pling penting senang betul jatuh keriba lelaki...ala...budak2 melayu...
xkan korang xtau....

ni membuatkan aku merasa jijik ngan bangsa aku sendiri...termasuklah kwn2 aku...asal lelaki kenyit mate,dah layu,asal lelaki kate hai,dah tumbang...walaupun lelaki tu masuk dalam ketegori jongos....dan xde masa depan..
aku benci lelaki!!

pada masa yg same timbul gak perasaan jeles ngan kwn2...sume dah ade couple sdiri,time nilah aku tanamkan dalam diri yang pelajaran tu lg penting dari segala2nyer...
aku gak jeles ngan pompuan2 melayu terakhir kat luar sana...pada aku mereka mmg dilahirkan cantik,lemah lembut cara jalan dan berkulit halus dan mulus...

pastu aku mulai sedar aku dilahirkan sbg pompuan dan ttap akn mati sbg pompuan...masa sbnrnyer yg ,merubah penampilan and personaliti aku...termasuk kerjaya aku yang memerlukan aku menjadi seorg pompuan yang lemah lembut,dan sensitif terhadap persekitarn...paling penting,aku dah pandai mekap...
hehehe

yang paling penting aku berubah bile aku dapat tahu ade gak rupenyer hamba allah kt dunia ni yang sukakan aku...and aku berharap beliau mmg dilahirkan utk aku,dan dapat memimpin aku untuk menjadi seorg wanita solehah idaman lelaki
INSYA ALLAH..
lain entry aku story pasal pertemuan aku ngan jejaka yg xberapa nak hensem ni,dan mcm ner kitorg leh bersama sampailah skrg ni,ok?

mcm mner personaliti aku skrg agaknyer?aku skarg ni bukanlah berbeza sgt ngan aku yg dulu...perangai kasar aku still terbawa2 cume xdelah terlampau sgt....
aku jgk dah tinggalkan jean lusuh tee and cap aku...aku dah xtau mner aku campak sumer tu...


Posted by Picasaskrg ni plak aku lebih selesa
kasut tinggi,blouse,accessori mcm selendang,gelang,
dan baju kurung especially ble blik kampung...aku dah xsegan ngan baju kurung ble jln2 tgh bandar alor star walaupun aku still rase janggal kalau pkai baju kurung kuar dating kt shah alam...

yelah...persepsi org utara ngan org selatan berbeza...terlalu jauh mcm langit dan bumi...kalau aku kuar dating pakai baju kurung kt kuala lumpur,atau shah alam aku x nafikan mmg pergerakan aku terbatas...sume nak cepat dan laju...mase pon bergerak terlau pantas....tapi kt kedah kehidupan lebih santai dan rileks... 

banyak lagi sebenarnyer perbezaan antara antara utara dan selatan...nanti lein entry aku stori lg,ek?

-apa komen anda?-

selipar lama

selipar kaler lain